Kedai Makanan/Minuman Silaturahim Teluk Batik
Tahun lepas rasanya lima kali aku ada tugasan di Lumut. Seperti biasanya makan pagi dan tengahari aku menjamu selera di hotel yang disediakan untuk aku. Hanya di malam hari ada sahaja kenalan yang mengajak aku menjamu selera di luar terutamanya di Manjung.
Terlepaslah aku untuk menjamu selera makan tengahari di Kedai Makanan/Minuman Silaturahim Teluk Batik ini. Kedai yang berhampiran persimpangan ke Teluk Batik ini penah aku kunjungi sebelum tahun 2010. Menu ala kampong dengan ulaman, ikan bakar dan makanan lautnya begitu menyelerakan. Pelanggannya ketika itu terpaksa menunggu meja kosong.
Minggu lepas dalam perjalanan ke tempat penginapan di Hotel Best Western Marina Island Resort, aku singgap sebentar di kedai ini. Jam ketika itu sudah menghampiri 5 petang, kelihatan ada beberapa pekerja yang sedang mengemaskan meja kerusi.
Tidak pasti bila aku berpeluang lagi menjamu selera makan tengahari di sini. Adakah keenakan menunya masih sama seperti dulu.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Warung Sawit di Manjung
Agak kurang aku membuat posting mengenai makanan. Hinggakan sudah ada yang bertanya. Kerap juga makan luar sama ada berkeluarga, berkawan ataupun bersendirian. Tapi keghairahan menulis mengenai makanan yang dijamah seolah hilang begitu sahaja. Terbaru (Disember lepas) berpeluang menjamah Briyani Peha Kambing Puncak Mutiara di Kampung Pelek, Bukit Mertajam tetapi rnenunya biasa-biasa saja. Ingatkan selera sudah mula betah tetapi geng makan Mus Speedrider juga berkongsi pendapat yang sama.
Cuti Raya Cina lepas, kami sekeluarga ke Lumut. Trip with no reservation! Pagi di Ipoh dan tengahari di Lumut. Mulanya bercadang ke Cameron tapi sudah terkena sebelum ini kalau berpergian ke Cameron di musim-musim cuti alamatnya kekenyangan makan “jem” dalam kereta sajalah mengesot di jalan raya tanah tinggi tersbut.
Rupa-rupanya di Lumut pun sama! Dari jauh lagi sudah ternampak deretan kenderaan yang mengesot di pekan Lumut itu. Hinggakan tiada ruang kereta untuk parking. Setelah hampir satu jam terperangkap di atas jalan raya, kami mengambil keputusan pulang ke Taiping.
Dalam perjalanan menghala ke Pantai Remis, berhampiran litar go-kart di persimpangan lampu isyarat, kami terpandang deretan kenderaan yang berhenti di tepi sebuah gerai kecil di bawah deretan pokok kelapa sawit. Dalam beberapa kali perjalanan tugasan aku ke Lumut tahun lepas, gerai ini sentiasa mengamit hati aku. Mungkin masih kekenyangan Briyani Kambing dan Acar Rampai di Restoran Briyani berhampiran Stesen Minyak Petronas persimpangan lampu isyarat Manjung/Teluk Rubiah, kami meneruskan perjalanan.
Minggu lepas dalam perjalanan tugasan di Lumut, aku singgah di gerai kecil ini. Menurut beberapa orang anggota polis yang ditemui di sini, gerai ini dikenali sebagai Warung Sawit memang terkenal di kalangan pemandu lori.
Atas syoran anggota polis ini aku mencuba Mee Rebus. Kuahnya sedikit cair tetapi cucur dan tauhu gorengnya melazatkan lagi Mee Rebus.
Lain kali aku nak cuba Laksa pula. Mungkin bersama dengan orang rumah seorang aku itu.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Taiping Pickers
Blog bisnes anak-beranak dari Taiping. Klik sini.
Sungai Sempeneh
Masih lagi dalam project house keeping tahun baru, aku terjumpa gambar-gambar Sungai Sempeneh di Batu Kurau. Sudah tak ingat bila kali terakhir aku mandi sungai dan langsung tak ingat bila kali terakhir aku mandi di Sungai Sempeneh ini.
Sabtu lepas rancangan ke Karai terpaksa dibatalkan kerana anak jantan aku seorang itu ada gotong-royong mengecat sekolah. Tak pasti lagi hendak ke mana Sabtu ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Gambar ini diambil daripada peperiksaan SPM 2011 bagi mata pelajaran Sejarah Kertas 2, soalan nombor 8. Perhatikan bulatan berwarna merah Gambar asal dari Muzium NegaraSejarah oh sejarah!
Cerita penuh di sini.