Lontong Makcik Gemuk Jalan Riong
Seminggu dua ini aku asyik teringinkan makan Lontong! Mengalahkan orang perempuan mengidam.
Tiba-tiba aku teringatkan Lontong Makcik Gemuk Jalan Riong pada zaman bergelandangan aku di KL pada pertengahan hingga pengunjung 80an dahulu.
Gerai kecil berhadapan Kilang Rempah Cap Mata (kalau betul ingatan aku!), belakang NST dan tepi TV3 di Bangsar ini sentiasa padat dengan pelanggan di waktu pagi. Gerai ini menu utamanya ialah Nasi Lemak dengan laukpauk tetapnya Ikan Bilis Goreng, Ayam Goreng, Paru Goreng, Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Tumis Sotong Basah, Sadin, Ayam Masak Merah dan Rendang Daging serta Telur Rebus dan Telur Goreng.
Di samping itu turut terjual Lontong Kuah Masak Lodeh dan Kuah Kacang.
Bersama rakan sewa sebilik di Jalan Tenggiri, kami boleh dikatakan setiap hari bersarapan di sini. Menu pilihan kami ialah Lontong Berlauk. Kalau poket kering (biasanya!) kami hanya mengorder Lontong Kosong iaitu hanya tambahan sebiji Telur Rebus. Kalau poket tebal kami akan “taruk semua yang ada” – dari Paru, Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Tumis Sotong Basah hinggalah ke Rendang Daging. Ayam Goreng dan Ayam Masak Merah tidak begitu menjadi pilihan untuk dimakan bersama Lontong. Sadin pula hanya khusus dengan Nasi Lemak.
Ada kalanya kalau terdesak, Makcik Gemuk ini dengan senang hati membenarkan kami makan dahulu bayar kemudian!
Hinggalah ke hari ini kalau Orang Tua aku, Mertua aku ataupun Orang Rumah Aku Seorang tu hendak buat Lontong, mesti aku syorkan sekurang-kurang adanya Kuah Kacang dan Sambal Tumis Ikan Biliis mengiringi Kuah Lodeh. Kalau ada Rendang Daging dan Sambal Tumis Sotong itu sudah jadi bonus!
Kini gerai kecil ini sudah lama tiada. Tidak pasti jika ada waris Makcik Gemuk ini yang masih berniaga Lontong.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Kuan Meng ChinTakziah kepada keluarga Kuan Meng Chin
Ini posting lama saya bertarikh 10 Mei 2009.
(Sabtu 9 Mei 2009. Perlumbaan Petronas Cub Prix Rd. 3 di Terengganu masih dalam saringan separuh akhir. Tinggal lagi tiga pusingan sebelum acara akhir. Bulldog Kuan sebagai Clerk-of-the-Course mendapat panggilan telefon memaklumkan isterinya di Pulau Pinang dalam keadaan tenat. Setelah berunding dengan Steward bertugas dan Pengarah Perlumbaan, Bulldog dinasihati supaya pulang ke Pulau Pinang. Kebetulan ada penerbangan Air Asia ketika itu. Bulldog sampai di rumahnya, No. 10, Jalan York, Pulau Pinang pukul 6 petang. Isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisi Bulldog pada jam 4.30 pagi hari ini 10 Mei 2009, Hari Ibu.) Cerita lanjut di sini.
Semalam 29 Mac 2012 Khamis, arena motorsport Malaysia khususnya Cub Prix dikejutkan dengan berita kematian Kuan Meng Chin, bekas pelumba Cub Pix yang juga anak bongsu Bulldog Kuan. Meng Chin meninggal dunia jam sekitar 7.00pm akibat penyakit kanser.
Keuzuran Meng Chin kebelakangan ini sebenarnya merisaukan Bulldog terutama dalam persiapan menjelangnya bermula Kejohanan Cub Prix Petronas 2012 dengan Pusingan Pertama pada 31 Mac dan 1 April 2012 di Batu Kawan.
Walaupun tidak lagi berlumba, Meng Chin sekali-sekala turut membantu Bulldog dalam mengelolakan Cub Prix terutama jika diadakan di Batu Kawan dan Padang Kota Lama, di samping 2 orang lagi anak lelakinya iaitu Meng Leong dan Meng Heng serta anak perempuannya, Ah Leng serta menantunya, Gary.
Walaupun Meng Chin tidak pernah menjuarai mana-mana perlumbaan cub prix, beliau adalah salah seorang pelumba muda berbakat yang terpilih mengikuti latihan selama 2 minggu di Kenny Robbert Training Ranch di Sepanyol. Latihan intensif yang diketuai oleh jurulatih Kenny Robert dan Randy Mamola ini turut dihadiri oleh beberapa orang pelumba cub prix yang menunjukkan peningkatan dalam perlumbaan Kejohanan Cub Prix Marlboro sekitar pertengahan 90an. Mereka yang yang pernah berlatih bersama Meng Chin di KRTR ini ialah Meganathan, Wazi, Shharun Nizam, Chia Tuck Cheong, Soong Chee Keong, Faizal Ahmed, Yasir said, Rosnizam, Halim Zahid, Alizan Tambi, Rosli Mat Sudin, Choo Chee Hong, Loke Kwong Kin dan Chow Yan Kit.
Terkilan juga kerana saya tidak dapat hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Meng Chin kerana terlibat dalam satu acara motorsport anjuran Jabatan Alam Sekitar Perak hari ini dan esok.
Takziah kepada Bulldog Kuan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Tuan ASP Hj Radin Samsudin bin Hj. Radna sedang membuat perlepasan 48-hour Scooter Ride Non-stop Merdeka Night Trans Peninsular, yang diketuai oleh saya semasa menyambut Kemerdekaan di Taiping Tahun 2002Takziah kepada keluarga Tuan Hj Radin Samsudin
Ahad lepas saya menerima panggilan telefon yang tertera pada skrin nama Tuan Hj Radin Samsudin. Terkejut saya apabila yang menjawab salam saya ialah suara wanita. Rupa-rupanya pemanggil tersebut ialah isteri Tuan Radin dan saya dimaklumkan bahawa Tuan Radin telah meninggal dunia pada awal Januari tahun ini.
Innalillahiwainnailaihirojiun
Saya pernah membuat posting mengenai Tuan Hj Radin Samsudin bin Hj. Radna, bekas Ketua Polis Trafik Daerah dan Ketenteraman Awam Daerah Larut Matang & Selama sekitar pertengahan 90an hingga 2005. Kemudiannya berpindah ke Baling dan kemudian menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang. Posting lebih lanjut boleh dirujuk di sini.
Saya difahamkan perkhidmatan arwah paling lama di Taiping dengan lebih dari 10 tahun. Bagi saya arwah telah menetapkan satu tanda aras yang tinggi dalam konteks perhubungan Polis dan Orang Awam terutama anak muda dalam sukan bermotor di Taiping. Arwah bukan sahaja sebagai mentor kepada saya tetapi juga sebagai abang yang kebetulan arwah membahasakan dirinya sebagai abang jika berbual dengan saya walaupun saya memanggilnya Tuan.
Takziah saya kepada keluarga arwah.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
PTPTN - kos pentadbiran 29%! Biar betul!Untuk pinjaman RM 48,000.00, kos pentadbirannya ialah RM 13,829.09. Ada sesiapa yang boleh mengesahkan ini?
Sumber di siniDemam Virus Short Cut
Malam tadi saya demam. Saya demam Virus Short Cut!
Kesemua 2 external hard disk dan 7 thumbdrive saya tak boleh di-retrieve datanya. Kesemua folder dalam external storage saya itu bertukar menjadi Short Cut Folder. Demam dan panik saya!
Saya pernah terbaca masalah Virus Short Cut sebelum ini dalam beberapa posting forum internet. Saya surf semula posting-posting berkaitan dengan Virus Short Cut ini dengan pertolongan Lebai Google. Banyak laman web yang membincangkan Virus Short Cut ini terutamanya dari negara seberang Indonesia yang turut mengesyorkan pelbagai program anti virus.
Saya mencuba beberapa tips dan juga down load beberapa program tetapi tidak juga berjaya. Akhirnya saya menghadkan pencarian dalam Google untuk laman web dari Malaysia sahaja.
Saya terjumpa satu posting dalam forum Halaqah Net. Melalui threat berkaitan dan link untuk download program antivirus Smadav 2010 8.0 yang disyorkan, saya muat turun dan kemudiannya scan dan fix all kesemua external hard disk saya.
Alhamdulillah akhirnya kesemua external hard disk saya pulih kembali dari seranggan Virus Short Cut ini.Terima kasih kepada mereka yang berkenaan threat itu dan juga kepada developer Smadav dari Indonesia.
Semoga posting saya ini boleh dimanfaat oleh mereka yang menghadapi masalah Virus Short Cut ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com.