Perut Lembu, Kaki Lembu dan Hidung Lembu
Aku malah kedua orang tua aku dan anak jantan aku seorang itu memang suka makan Perut Lembu. Biasanya kalau masak sendiri menu direbus cicah air asam menjadi pilihan. Kalau beli, menu Minang, Perut Lembu Masak Lemak Berisi Telur menjadi pilihan. Boleh rujuk posting lama di sini, di sini, di sini dan di sini.
Baru-baru ini “sahabat makan-makan” di alam maya membuat posting pasai Hidung Lembu Bakar. Sebelum itu di blog Makcik CidaZam ada posting pasal Kaki Lembu Bakar.
Maknanya dari hujung kaki (termasuk ekor) hinggalah hujung rambut (otak?) pada haiwan ciptaan dan rahmat Allah bernama lembu ini boleh dipelbagaikan menunya.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar,blogspot.com/
Kkai lembu bakar pakai tong gas jenuh!
ReplyDeleteBaik pakai arang. Save gas sikit, dan tak berbau gas.
Hidung lembu, tak pernah makan!
Otak lembu, feveret! Tapi tak berani makan banyak, high cholestrol
Tips yg bagus. Tq Mus
ReplyDeletesalam lukman , dulu ada satu kedai kat paya jaras , selangor ada jual sup temusu(tetek lembu) . tapi kedai tu dah tutup skang ni , cuma sempat makam skali.
ReplyDeleteXplorer
ReplyDeleteSup Temusu tidak pernah saya dengar (jumpa) sebelum ini.
Semasa di Jakarta, saya pernah makan kerepek (keropok?) kulit lembu.
Tapi kalau nak makan barang-barang lembu yang betul betul kowww, kena pergi negara sebelah kita, Thailand. Sama ada di Dannok, Hat Yai, Songkhla, atau yang paling power adalah di Chumphon..Pheh...harga murah macam tak percaya. Tapi kat Chumphon tu jauh lebih kurang 500 km dari Bukit Kayu Hitam.
ReplyDelete