Thursday, May 30, 2013

WITS Ninja 9 dan Tamiya Katana



WITS Ninja 9 dan Tamiya Katana

Replika Kawasaki Ninja GPZ900R skala 1:12 ini adalah keluaran WITS dan Suzuki Katana GSX1100S skala 1:12 ini adalah keluaran Tamiya

Replika WITS Ninja 9 ini telah dipasang-siap. Kebanyakan komponen repilka Ninja 9 ini adalah metal. Hampir semua komponen menyerupai model sebenar malah boleh digerakkan. Sebagai contoh, tuas gear boleh digerakkan!

Manakala replika Tamiya Katana dalam bentuk ceraian komponen plastik dan perlu dipasang sendiri.

Saya berjaya mendapat kedua-dua koleksi yang telah lama dicari ini melalui kawan atas kawan di luar negara.

Replika WITS Ninja 9 ini kini berada dalam simpanan saya sekarang tanpa cacat-celanya. Manakala replika Tamiya Katana setelah siap dipasang oleh “mekanik no. 6” terdapat sedikit kecacatan iaitu; (i) signal belakang kanan dan (ii) side mirror kanan patah, (iii) wind shield tercabut dan (iv) hujung side stand patah. Manakala (v)center stand pula hilang entah ke mana!

Maaf! Selepas ini kedua-dua replika akan berada dalam casing bercermin khas! Tengok boleh! Pegang?  Maaf!


Posting berkaitan di sini dan di sini.

Defender 110, Ninja 9 dan Katana sudah dimiliki

Defender 110, Ninja 9 dan Katana sudah dimiliki

Antara hobi saya dan anak jantan seorang saya itu ialah mengumpul replika model kenderaan terutama motosikal. Hingga kini tidak pasti berapa jumlah sebenar yang telah dimiliki dengan koleksi kami memenuhi satu almari kaca, rak-rak dinding dan ada sebahagiannya dalam kotak.

Hari ini 2 model yang sekian lama dicari telah berjaya dimiliki iaitu Kawasaki Ninja GPZ900R dan Suzuki Katana GSX1100S. Saya sebenarnya mencari Katana GSX750S tapi model GSX1100S ini hampir tiada perbezaan luarannya dengan mopdel GSX750S.

GPZ900R sengaja saya “daftarkan” dengan nombor plat BCC9277 sempena bekas motosikal arwah MYB (kisahnya boleh dibaca di sini, di sini dan di sini) dan juga merupakan superbike pertama yang saya tunggang. Saya juga mengenali pemilik sekarang Ninja 9 ini dan insya-Allah akan merakamkan gambar saya dengan Ninja 9 ini jika berkesempatan.

Koleksi akan datang- insya-Allah ialah Kawasaki GPZ1100, Katana GSX1100/750 SE Savana dan Katana 650M Syaft Drive.

Janji saya pada orang rumah saya seorang itu jika saya sudah berjaya miliki semua koleksi berikut iaitu; (i) Land Rover Defender 110 Twin Cabin, (ii) Land Rover Defender 110 Pickup, (iii) Kawasaki Ninja GPZ900R, (iv) Kawasaki GPZ100, (iv) Suzuki Katana GSX1100/750S, (v) Suzuki Katana GSX1100/750SE dan (vi) Suzuki Katana 650M Syaft Drive – saya akan “bersara” dari mengejar replika-replika kenderaan lain.

Lainlah kalau ada orang nak bagi – saya masih boleh terima!





Wednesday, May 29, 2013

Sarapan Roti Kahwin Cicah Teh-O


Sarapan Roti Kahwin Cicah Teh-O

Tiada yang lebih mengasyikan dari bersarapan Roti Kahwin cicah Teh-O sambil mata memerhatikan sekeliling di gerai berhampiran Hospital dan Penjara Penang awal pagi tadi.







Rope Walk sudah hilang serinya

Rope Walk sudah hilang serinya

Ini posting kedua menggunakan tajuk yang sama. Pasar Karat ini sudah hampir bertukar menjadi Pasar Pagi.

Mujurlah ada Gerai Sinar Bintang dengan menu favourite kami 3 beranak yang rasanya masih sama seperti awal 90an dulu.

Mujurlah juga ada Memory Downline di Ipoh!

 






Tuesday, May 28, 2013

Takua Rendang Chow Rasta






Takua Rendang Chow Rasta

Destinasi mesti lawat di Penang

Hari ini 28 Mei 2013. Posting berkaitan di sini.


http:/orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, May 27, 2013

Pulut, pulut dan pulut di Padang Besar

 Pilihan anak - Pulut Ayam

 Pilihan Ayah - Pulut Mangga

Pilihan Ibu - Pulut Durian

Wednesday, May 22, 2013

Tag ID Acara Motorsport



Tag ID Acara Motorsport

Koleksi  tag-tad ID acara motorsport yang saya sertai.  Itupun ada banyak lagi tag-tag ID entah di mana saya menyimpannya malah mungkin telah dibuang.



Posting berkaitan di sini dan di sini

Monday, May 20, 2013

Motor-motor yang pernah dimiliki

 Motor yang pernah dimiliki 1984 - 2010
 Motor yang pernah ditunggang-uji (test-ride) semasa di RR 1986 - 1989. Biasanya bawa ride balik Taiping!
Motor yang diguna semasa di RR (1986 - 1989) dan sekarang serta motor impian

Friday, May 10, 2013

Sikit-sikit lama-lama jadi motor!




Gambar koleksi FB Saby Rain

Kuih Kapit @ Sepit


Kuih Kapit @ Sepit

Semalam setibanya di rumah aku di Kamunting dari Sintok ada satu tupperware yang di dalamnya ada Kuih Kapit atau Kuih Sepit ini di atas meja ruang dapur rumah. Tak pasti dari mana orang rumah aku seorang itu mendapatkannya. Apa yang pasti bukan dia yang buat!

Kuih ini sekarang mudah dibeli di kedai. Ada 3-segi, ada 4-segi dan ada bergulung. Ada yang panggil Kuih Kapit, ada yang panggil Kuih Sepit dan ada yang panggil Love Letter (Surat Cinta?)

Khabarnya dipanggil Love Letter disebabkan di dalam kuih ini pasangan dahulu-kala menyelitkan surat cinta kepada pasangan masing-masing.

Mungkin ada kebenarannya kerana bagi aku di era awal 80an dulu kuih ini dibeli bukan bertujuan untuk dimakan! Kami kanak-kanak ketika itu membelinya kerana di dalam lipatan kuih ini ada kertas berlipat dan bernombor di dalamnya! Kalau bernasih-baik nombor itu merujuk kepada duit (syiling) yang akan dimenangi. Itulah judi tikam yang menjadi permainan kami ketika itu.

Kedai runcit Cina di Jalan Wat Siam ketika itu memang terkenal dan popular di kalangan kanak-kanak untuk mencuba nasib.

Tiba-tiba aku merindui ais-krim tikam pula! Ada sesiapa tahu di mana boleh dicari ais-krim ala Wheel-of-fortune (roda impian) ini?

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Perarakan Hari Belia 1987 KL

Gambar koleksi Awi MX

Perarakan Hari Belia 1987 KL

Perarakan ini diketuai oleh arwah Yusoff Bakar (MYB) Ketua Pengarang Roda-Roda yang menunggang Kawasaki GPZ900R (Ninja 900) yang bernombor BCC 9077. Ketika ini ramai bikers ketika itu (Dayabumi dan Tabung) masih lagi menggunakan 2-stroke dengan model popular Suzuki RG250F dan Honda NS250R. Ada juga model lain seperti Kawasaki KR250 dan Yamaha RD250LC.

Saya di belakang (sebelah bahu kiri) arwah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, May 07, 2013

My dream big toy!

Awak tak ada pesbok?



Awak tak ada pesbok?

Agak aneh kalau takala ini jika seseorang itu memberi jawapan ya-tiada jika ditanya soalan di atas.

Ada yang berumur selewat 90an dan semuda 4 tahun sudah memiliki akaun facebook ciptaan Mark Zuckerberg pada Februari 2004 bersama-sama dengan beberapa rakannya di Universiti Harvard, Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Kegilaan berfacebook ini amat ketara apatah lagi ianya kini mudah dilayari melalui telefon pintar. Malah ramai yang kaki blog sudah membiarkan laman blog mereka bersawang kerana kini sudah beraleh minat mengkinikan (update?) status dalam facebook. Saya tak pasti kepopulariti facebook jika dibandingkan dengan twitter dan histogram kerana kedua-dua “mainan” alafbaru ini tidak saya mesrai!

Ada yang mengajak saya bertaruh sehingga bilakah laman social Facebook ini akan popular?

Terus-terang saya katakan saya memang ada akaun facebook tetapi tidak aktif dan hanya menerima jemputan berkawan dengan rakan sekolah saya sahaja. Ramai juga yang kehairanan mengapa saya tidak menerima permohonan mereka untuk “berkawan” terutama pelajar-pelajar saya sendiri. Saya tiada jawapan khusus jika ditanya mengapa malah isteri dan anak saya (setakat ini) juga tidak termasuk dalam senarai family atau friends saya!

Sebenarnya bersesuaian dengan saranan (dari kerajaan?) agar menjadikan facebook sebagai medium perhubungan. Ramai rakan pensyarah yang menjadikan facebook sebagai medium perhubungan dan amat berkesan jika ada maklumat saat terakhir seperti penukaran dan pembatalan kelas dan sebagainya.

Kegilaan mengemaskini lokasi (check-in?) juga agak pelek kepada saya terutama yang bertalu-talu mengemaskininya walaupun hanya bersela beberapa jam atau minit!

Terbaru saya dapati facebook menjadi medan peperangan “keyboard” (mulut?) di antara penyokong-penyokong tegar parti politik yang mereka sokong. Di samping itu berterusan facebook menjadi pasar atas talian dengan pelbagai barangan terutama produk wanita ditawarkan. Sudah menjadi bagaikan iklan di kaca tv pula!

Dari masa ke semasa walaupun tidak aktif berfacebook saya masih berterusan menerima mesej-mesej dari mereka yang tidak dikenali untuk “berkawan”, berkongsi projek (projek?) dan sebagainya.

Awak tak ada pesbok?

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Posting berkaitan di sini.

Sunday, May 05, 2013

Riding, Picking, Eating & Voting







Today activities

Riding; Taiping-Ipoh (Highway) & Ipoh-Taiping (Federal Road)
Picking; Ipoh Lokin
Eating; Jalan Yang Kalsom, Ipoh Nasi Ganja
Voting; Kamunting

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Saturday, May 04, 2013

PRU13 - pameran & pertandingan replika kenderaan?

PRU13 - pameran & pertandingan replika kenderaan?

PRU13 kali ini di mana-mana sahaja kelihatan replika-replika kenderaan dihasilkan oleh hampir semua parti politik yang bertanding. Paling popular ialah kapalterbang (pengebom?), helikopter, roket,  meriam dan kereta. Manakala di Jerlun.Kedah pula ada kapalselam! Ada yang dihasilkan sebesar kenderaan sebenar malah ada yang boleh dinaiki!

Di Batu Kurau kampung saya terdapat replika kenderaan F1 dan motosikal Easyrider. Adakah ianya mengambarkan kekreatifan anak muda yang menyokong parti politik yang menghasilkan replika ini? Ataupun kepimpinan parti politik ini prihatin terhadap cita-rasa anak muda terhadap arena permotoran?

lukmanw@gmail.com
http://orantgbesarorangkecil.blogspot.com/

Wednesday, May 01, 2013

Mengapa warna kuning, puteh dan fluorescence?

Superbike dan aku


Superbike dan aku

Bhg. 1. Keperluan atau keinginan (must have or nice to have)

(Masuk hari ini sudah hampir 5 bulan aku menunggang semula superbike semenjak awal tahun ini. Semasa menunggang sentiasa ada sahaja keinginan di fikiran untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Bukan untuk bermegah atau menunjuk jauh sekali tetapi sebagai sesuatu catatan yang mungkin boleh dikongsi bersama. Posting ini lebih kepada catatan peribadi menjurus kepada keselamatan semasa menunggang. Jika bersesuaian diteladani dan jika tidak bersesuaian jadikannya sempadan).

Lebih dari 10 tahun aku berhenti dari memiliki motosikal besar atau superbike ini. Akhirnya setelah anak jantan aku seorang itu memasuki asrama di tahun ini, aku mengambil keputusan untuk ber-superbike semula.

Sebelumnya pelbagai persiapan dan persediaan awal telah dibuat. Bermula dengan “merisik” sama ada hasrat aku itu dipersetujui (blessing!) oleh orang rumah aku seorang itu dan juga orangtua aku (terutama emak aku). Alhamdulillah, mungkin mereka ini sememangnya mengetahui pengelibatan dan minat mendalam aku dari usia belasan tahun lagi dalam arena pemotoran 2-roda tidak menghalang walaupun pada masa yang sama juga tidak mengalakkan aku bersuperbike semula.

Aku juga tertanya-tanya sama ada aku masih berkemampuan dari segi keupayaan fizikal dan kemahiran mengendalikan jentera 2-roda ini. Walaupun lebih 10 tahun aku meninggalkan arena superbike ini, kerap juga aku dipelawa oleh kenalan atau pelajar master aku yang memiliki superbike ini untuk mencubanya untuk menunggang jarak dekat. Sememangnya aku amat sukar untuk menerima pelawaan mencuba superbike (termasuklah kereta) walaupun dari adik-beradik sendiri. Kecualilah jika test-ride/drive terus dari syarikat pengedar kenderaan. Aku turut bertuah kerana dari masa ke semasa ada sahaja pengedar/penjual kenderaan (motosikal dan kereta) yang mempelawa aku untuk menguji (test-ride/drive) kenderaan baru (atau terpakai) mereka.

Ini termasuklah kesukaran untuk mengelak dari menerima pelawaan untuk menemani seorang rakan menunggang bersama menyeberangi sempadan. Bukan membawanya atau memboncengnya sebaliknya dipinjamkan salah sebuah superbikenya. Rakan d KL ini mempunyai 4 buah superbike touring, dual-purpose, easy-rider dan scooter 400cc!

Persiapan awal ialah menentukan jenis superbike dan kuasa yang hendak dimiliki. Sport? Oh, bukan era aku lagi! Touring? Terlalu berat dan harganya di luar kemampuan. Easy-rider? Walaupun orang rumah ada tanda-tanda minat tetapi entah mengapa dari dulu model easy-rider tidak pernah terlintas dalam hati untuk memiliknya. Dari puluhan motosikal dan superbike yang aku pernah miliki tidak pernahpun aku membeli easy-rider! Akhirnya aku memilih semi-touring naked bike iaitu Kawasaki ER6N (Model N – Naked) yang berkuasa 650 cc. Mulanya aku ingin membeli Versys 650 tetapi orang rumah aku sedikit gayat untuk menaikinya!

Mengapa ER6N? Model ini agak popular di Malaysia dengan sokongan kuat dan banyak selepas jualan. Sebenarnya aku meminati motosikal dan superbike Suzuki, malah di kalangan orang lama pemotoran 2-roda ini aku dikenali dengan Suzukiman disebabkan hubungan yang erat aku dengan Suzuki di Malaysia (Suzuki Assembly Malaysia) dan pada masa yang sama hampir 80 % motosikal/superbiike yang aku guna dan miliki ialah dari model Suzuki.

Mengapa 650 cc dan 200 kg? Biarlah bertatih semula! Kalau ada rezeki dan keupayaan fizikal insya-Allah model selepas ini pilihannya touring yang lengkap dengan beg sisi dan sistem pemacu syaft!

Aku membeli ER6N ini dengan tujuan menggunakannya sebagai kenderaan berulang-alik Taiping-Sintok sekali-sekala berganti dengan kereta, menggunakannya jika mengajar luar atau berkursus yang tempohnya sehari-dua dan juga untuk berlibur di hujung minggu sama ada dengan orang rumah atau anak jantan aku seorang itu.

Persiapan awal juga dibuat dengan mendapatkan pandangan dari pemilik ER6N (serta ER6F) dari kenalan lama dan juga melalui forum siber terutamanya Forum MBC. Banyak maklumat, tips dan nasihat yang berkaitan ER6 (N & F) yang boleh didapati di Forum MBC ini. Seperti biasa juga aku berjaya mendapatkan Workshop Manual walaupun aku tidak berhasrat untuk membuat major service sendiri ke atas ER6N ini.

Antara aksesori motor awal yang aku beli bersama ER6N ini ialah; Beg Sisi GiVi + Side Rack, Handle Hand Guard, Wind Screen, Rear Rack, Rear Hugger, Radiator Cover, Frame Slidder, Tank Protector Sticker,  dan Tank Bag. Keperluan ini akan dijelaskan dalam Bhg. 2, insya-Allah.

Aksesori menunggang juga banyak yang aku beli walaupun masih banyak lagi aksesori menunggang ini yang ada dalam milik aku walaupun ada di antaranya mencecah usia hampir 20 tahun!

Antaranya yang aku beli ialah 2 helmet modular (flip-up), 2 Mesh Jacket, 2 Riding Golve, 1 Cordura Riding Pant, 1 Touring Riding But, 1 Female Hi-Cut But, 2 Skull Cap dan set lengkap 2 Givi Raincoat + Shoe Cover. Semua ini untuk aku dan orang rumah aku seorang itu. Manakala untuk anak jantan aku, aku warisi semua aksesori lama aku kepadanya dan dia amat berbangga memilikinya. Keperluan ini akan dijelaskan dalam Bhg. 3, insya-Allah.

Untuk persediaan lain aku beli Paddock Stand kerana ER6N tidak dilengkapi tongkat tengah, tongkat roda belakang mudah-aleh (Jackpac), pengunci roda depan bentuk-U dan Tubeless Repair Kit. Keperluan ini akan dijelaskan dalam Bhg. 4, insya-Allah.

Aku membeli ER6N ini di KL kerana beberapa sebab. Sebab utamanya harga yang ditawarkan (boleh rujuk di laman web Mudah) berbeza hampir RM2K jika dibeli di Perak (Ipoh dan Taiping) atau di Pulau Pinang. Pada masa yang sama semasa membawanya pulang dari KL ke Taiping, aku sudah dapat melenjankannya sejauh 300 km dalam proses eangine breaking-in 1000 miles (1600 km) ini.

Jumpa lagi di bahagian-bahagian akan datang, insya-Allah.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com