Saturday, June 29, 2013

Tanpa plaster, tanpa tile!



Tanpa plaster, tanpa tile!

Pabila dinding tidak lagi ber-plaster,
Pabila lantai tidak lagi ber-tile,
Bukan bertanda tidak cukup budget,
Hanya trend terbaru yang pasti jadi ikutan. 

Wednesday, June 26, 2013

Tuesday, June 25, 2013

Beraneka menu dan citarasa tapi…….


Beraneka menu dan citarasa tapi…….

Lokasi di Food Court AEON Seremban 2

Di Food Court AEON Seremban 2 ini ada pelbagai menu citarasa Melayu, Western, Siamese, Indian, Chinese dan Portugies,

Tapi dan tapi semenjak hari pertama order Steak – tukang masak Bangla, hari kedua order Tom Yam Campur – tukang masak Bangla dan hari ini order Portugies Sambal Udang – tukang masaknya (berlainan gerai!) juga Bangla!

Esok dan lusa nak try Capati Indian dan Keatiaw China pulak! Adakah tukang masak dua gerai ini pun Bangla juga?

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Serupa tapi tak sama - CENDOL DURIAN


Serupa tapi tak sama - CENDOL DURIAN

Lokasi di Food Court AEON Seremban 2.

Dalam gambar terpampang urat-urat cendol, biji-biji kacang merah, kiub-kiub jeli dan seulas isi durian (macam ada biji!)

Bila diterima lain tampaknya! Isi durian macam cedok dari Tupperware saja!



Mee Kari Railway Rasah di Seremban 2



Mee Kari Railway Rasah di Seremban 2

Biasanya orang akan order ayam goreng kalau di KFC, order burger kalau di McD dan order pizza kalau di Pizza Hut. Walaupun ada makanan lain (side order), makanan utama di restoran masing-masing ini akan tetap menjadi pilihan utama.

Kalau aku di Ipoh dan ingin menjamu selera di Mee Rebus Ramli sama ada di Tasek atauub di Bandar, sudah tentu Mee Rebus nya menjadi pilihan utama.

Semasa mengisi petrol di Stesen Petronas Seremban 2 petang semalam, aku ternampak papan tanda sebuah retsoran berhadapan (seberang jalan) Stesen Petronas ini yang tertulis Mee Kari Railway Rasah. Kalau papan tanda sudah tertulis begitu, sudah pasti ianya makanan utama!

Aku memang mengemari Mee Kari tetapi Mee Kari pilihan aku mesti cukup pakej. Kuah mesti ada udang dan kalau boleh campur ketam. Mesti ada Sambal Kerang (asing). Mesti banyak bahan-bahan ala Yong Tau Fu seperti Fishball, Fishcat, Fucuk, dan lain-lain. Sayur tak semestinya ada dalam pilihan aku tetapi kebanyakan Mee Kari sekarang selain tauge ada kacang panjang, sawi malah di Yik Mun Tanjung Malim turut disediakan terung dan cabai ala salok (Nasi Kerabu)!

Mee Kari di Restoran Mee Kari Railway Rasah, Seremban 2 ini turut disertakan Telur Rebus dan Ayam (menu special).

Kesedapannya? Boleh tahan le! Walaupun memenuhi hampir 100% pakej yang disebutkan di atas namun masih tak menepati citarasa aku!

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com.

*Tak pasti juga aku sama ada Mee Kari Railway Rasah (di Railway Rasah) sememangnya ada dan terkenal!

Hard Wood Café di Seremban 2


Hard Wood Café di Seremban 2

Persamaan Hard Wood Café dan Hard Rock Café ini ialah kedua-duanya bukan kedai hardware yang menjual Batu Keras dan Kayu Keras.

Perbezaan Hard Wood Café dan Hard Rock Café ini ialah di Hard Wood Cafe tiada minuman keras malah ada package Ramadhan lagi pada bulan puasa ini.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Nak tunjuk dia tu engineer le!

Nak tunjuk dia tu engineer le!

Safety helmet dan blue print drawing pada belakang penyandar seat belakang kereta.

He, he, he……… aku pun pernah buat macam ni dulu!

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

UiTM Penang Food & Fruit Festival 2013 (27-30 Jun 2013)

UiTM Penang Food & Fruit Festival 2013 (27-30 Jun 2013)

Pasukan Sukarelawan Siswa (PSS) UiTM Pulau Pinang akan menganjurkan karnival amal "Food and Fruit Festival (3F) yang akan berlangsung dari 27-30 Jun 2013. 

Tuan/puan dijemput hadir memeriahkan karnival ini antara tarikan utama adalah durian party. tema karnival ini adalah amal. segala keuntungan dari karnival ini akan digunakan PSS untuk membantu org miskin, OKU dan memerlukan melalui projek kemsyarakatan PSS. PSS bergerak tanpa sebarang peruntukan mana-mana pihak. PSS menjana sendiri pendapatan dan seterusnya membantu org yg memerlukan. 

setiap sebaran tuan/puan amatlah bermakna kepada kami dan golongan yg memerlukan.  JOOM BERAMAL!!!

Monday, June 24, 2013

Baling Cekodok Pun Sampai! @ Just a stone’s throw away!

Baling Cekodok Pun Sampai! @ Just a stone’s throw away!

Honey, I’m currently standing in front of the Hotel Sutera, Seremban 2 and it is just a stone's throw away from AEON Shopping Complex.   I wish you were here.   You will enjoy it for sure!

Yang, abang sekarang berdiri depan Hotel Sutera, Seremban 2 dan ia hanya sejauh baling cekodok pun sampai dari Pusat Belibelah AEON. Kalau Yang ada di sini, penuh bonet kereta kita!

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sunday, June 23, 2013

Friday, June 21, 2013

Perpustakaan Awam Negeri Perak di AEON Manjung










Perpustakaan Awam Negeri Perak di AEON Manjung

Petang semalam selepas berurusan dengan tugasan di Pelabuhan Lumut, saya singgah sebentar di AEON Manjung. Walaupun tidak semeriah dan sesibuk dengan AEON Ipoh, saya dapat merasakan keselesaan dan keselamatan pelanggan di AEON Manjung ini.

Link di sini untuk keterangan keselesaan dan keselamatan di AEON Manjung

Di AEON Manjung ini juga disediakan sebuah perpustakaan yang pada mulanya saya sangka milik AEON sendiri. Rupa-rupanya perpustakaan ini adalah Perpustakaan Awam Negeri Perak. Perpustakaan ini lengkap dengan bacaan umum seperti suratkhabar, bacaan lain malah turut disediakan kemudahan internet.

Sempat juga saya membelek sebuah buku berkaitan motosikal di perpustakaan ini.

Syabas pihak pengurusan AEON Manjung dan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang telah menyediakan perpustakaan ini.

Tuesday, June 18, 2013

Take a break & Alhamdulillah

Take a break & Alhamdulillah

Tiada yang lebih mengasyikan bila bersarapan lewat ala kadar dengan membasahi tekak dan mengalas perut di sebelah kenderaan yang baru mencatat 200 km dari kediaman

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Koleksi Retro - Katana GSX750S Abang-Adik

Koleksi Retro - Katana GSX750S Abang-Adik

Perhatikan handle dan juga windshield. Model terawal GSX750S Katana ini handle tinggi dan tanpa windshield. 

Saya difahamkan ada sebuah sahaja model terawal ini di Malaysia tapi pemiliknya telah menukarkan handle dan juga memasang windshield.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Thursday, June 06, 2013

Erti Sarapan yang bermakna!


Erti Sarapan yang bermakna!

1. Set Roti Bakar dengan Telur Suku Masak yang apabila dicucuk sahaja Telur Kuning akan pecah dan mengalir isi kekuningannya.

2. Ada Surat Khabar tidak kira surat khabar apapun!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Juara-juara World GP 500cc 90an & awal 2000


Juara-juara World GP 500cc. Ikut jam dari kiri atas, 1992 W. Rainey (Yamaha YZR), 1993 Kevin Schwantz (Suzuki RGV-F), 2005 Colin Edwards (Yamaha YZR), 2006 V. Rossi (yamaha YZR), 2006 Toni Elias (Honda RC211V), dan 2000 K. Roberts Jr. (Suzuki RGv-F) 

Juara-juara World GP 500cc 50an, 60an & 70an


Juara-juara World GP 500cc. Ikut jam dari kiri atas, 1954 G. Duke (Gillera), 1963, 64 & 65 M. Hailwood (MV Agusta), 1967 G. Agostini (V Agusta) dan 1975 G. Agostini (Yamaha YZR). Semua 4 silinder 500cc kecuali  MV Agusta M. Hailwood 3 silinder.

Koleksi kesayangan 2-Beranak


Kenali model dan tahun kelahiran mengikut jadual di bawah berdasarkan frame serial number

Monday, June 03, 2013

Sarapan Pulut & Pisang Rebus

Sarapan Pulut & Pisang Rebus

Pagi tadi di KL - sepiring pulut bercicah sambal tumis dan rendang ayam, bersama pisang rebus bercicah gula melaka. Mcm di kampung pula!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com