Saturday, August 17, 2013

Aktiviti bermotosikal sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan

Aktiviti bermotosikal sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan

Kami sekeluarga jarang dapat bersama kalau mengadakan aktiviti motosikal, sama ada hanya saya berdua dengan anak lelaki seorang itu biasanya atau hanya berdua dengan isteri saya seorang itu kadang-kala. Tetapi hari ini (17-Ogos-2013) kami bertiga dapat melakukan aktiviti bermotosikal sekeluarga bersama-sama dengan menghadiri Kursus Asas Menunggang Selamat Honda di premis baru Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Agak membanggakan apabila Ketua Instruktor, En. Sanusi B. Din memaklumkan bahawa kami bertiga merupakan keluarga pertama yang menghadiri kursus ini dan juga orang awam pertama bersama-sama dua orang lagi rakan anak lelaki saya dari Taiping, menghadiri kursus ini. Sebelum ini penyertaan lebih kepada organisasi sama ada syarikat ataupun persatuan dan kelab.

Kisah lanjut dan gambar-gambar lain di sini.

Thursday, August 08, 2013

Fiat Nuova 500 PF 651



 Fiat Nuova 500 PF 651

Semasa berhenti berbuka puasa di R&R Gurun sebelah Utara minggu lepas, saya terserempak dengan sebuah lori pengangkut kenderaan yang membawa sebuah Fiat Nuova 500.

Nuova 500 ini dikeluarkan di Itali sekitar 1957 – 1975. Ia adalah sebuah kereta kompak yang hanya bersaiz 9 kaki panjang dikuasai engin 2 silinder 479cc dan menggunakan sistem penyejukan udara.

Sempena meraikan ulangtahunnya yang ke 50 pada tahun 2007, Fiat membina Nuova 500 baru dengan sedikit penambahan saiz dan berat serta mengubah kedudukan engin ke hadapan dan pacuan roda depan.

Tidak pasti siapakah dan ke mana tujunya pemilik Nuova 500 bernombor PF 651 kerana selesai sahaja berbuka puasa, lori pengangkut kenderaan ini sudah tiada di tempat letak kenderaan.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Telefilem From Batu Kurau With Love 100% Patani Tukuro

Telefilem From Batu Kurau With Love 100% Patani Tukuro

Berminat? Harga RM 15.00 sahaja. Hubungi Awang DJ 013 4720 323.

Promo di sini.

Tuesday, August 06, 2013

Lusa dah nak raya!

Lusa dah nak raya!

Aku masih tertunggu-tunggu tak kiralah pemimpin belah sana ka atau belah sini ka yang akan mengirimkan sms kepada aku mengucapkan selamat dan selamat adanya menyambut kedatangan aidilfitri ini.

Kena bagi balance la macam PRU13 dahulu yang tak kira siang malam tet, tet, tet, tet henpon aku menerima pelbagai ucapan dan rayuan dari pemimpin belah sana dan pemimpin belah sini serta seumpamanya yang mungkin boleh jadi tukang lobi calon, tukang angkat beg, dan sebagainya. Tak mungkin yang hantar sms ini  tukang pasang bendera yang sibuk panjat pokok dan tiang kalau dok belek henpon juga mau jatuh macam Mat Jenin!

Tak kan lupa kut? Atau kena tunggu PRU14 atau PRK lak!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/ 

Monday, August 05, 2013