Friday, September 20, 2013

Nasi Ayam Penyek Dataran Selera Kamunting Jaya








Nasi Ayam Penyek Dataran Selera Kamunting Jaya

Saya pernah menjamu selera di Restoran Ayam Penyet dengan tag linenya Masakan Jawa Timur dan Minang, di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur. Tetapi Ayam Penyek Ayu di Dataran Selera Kamunting Jaya ini lebih sedap dengan harga yang jauh lebih murah.

Paling sedap ialah Sambalnya yang mesti saya minta extra setiap kali menjamu selera di sini atau bungkus bawa pulang.

Gerai Nasi Ayam Penyek Dataran Selera Kamunting Jaya ini terletak di gerai kedua dari tepi bersebelahan Gerai D’Amat Char Kuey Tiaw yang tidak kurang hebatnya juga.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Jom naik bas!
























Jom naik bas!

Seboleh-bolehnya saya akan pergi ke kedai atau mana-mana tempat perkhidmatan yang saya biasa dan yakin dengan kualiti kerja dan perkhidmatannya. Di Taiping ada beberapa kedai dan tempat perkhidmatan yang saya kunjungi semenjak pertengahan 80an lagi. Salah sebuahnya Kedai Servis Air Con di Kampung Jambu bersebelahan Stesen Bas Taiping – Syarikat Dew Point. Kedai ini dari dahulu akan menyimpan rekod senggaraan kenderaan pelanggan mereka. Ini memudahkan mereka mengesan, membaiki kerosakan dan mencadangkan pengantian alat ganti. Untuk perkhidmatan yang mengambil tempoh masa yang lama, pekerja malah pemilik kedai bersedia untuk menghantar pelanggan kembali ke rumah atau ke mana-mana lokasi sekitar Taiping. Tetapi hari ini saya memilih untuk menaiki bas pulang ke Kamunting.

Kini hanya tinggal Syarikat Red & Yellow Omnibus sahaja yang beroperasi dari Taiping ke Taman Lela dan singgah di Stesen Bas Kamunting Raya. Menurut pemilik syarikat yang kebetulan minum dengan saya di gerai bersebelahan stesen bas, perkhidmatan lebih tertumpu kepada pelanggan yang terdiri dari kanak-kanak sekolah dan pendatang asing di samping golongan tua yang tiada kenderaan sendiri.

Pengalaman menaiki bas hari ini jauh bezanya di zaman persekolahan dan remaja saya di awal 80an dulu. Kini bas berhawa dingin dan mempunyai tempat duduk berkusyen yang selesa.

Laluan bas masih mengikut laluan asal termasuklah melalui Restoran Bismillah, yang mana saya anggap Taiping Central yang sebenar dalam posting sebelum ini.

Tambang Taiping ke Kamunting adalah RM 1.00 dan menurut pemilik syarikat, Kerajaan memberi subsidi 20 sen untuk setiap seorang penumpang untuk menampung kos penyenggaraan. Tambang RM 1.00 ini masih berpatutan jika dibandingkan tambang teksi sebanyak RM 10.00 untuk jarak perjalanan yang sama.

Saya berbual panjang hampir sejam dengan pemilik dan pemandu bas yang kebetulan yang pernah bekerja sebagai pemandu lori kontrak di syarikat tayar bersama saya 10 tahun yang lalu. Beliau terkenang pengalaman menyaksikan penumpang yang terpaksa menaiki bas melalui tingkap semasa pulang berhari-raya di awal 90an dahulu. Kini untuk mendapat 10 penumpang untuk satu jarak perjalanan sahaja sudah sukar.

Pada masa yang sama, peniaga-peniaga kedai makan dan sekelilingnya turut merasa tempias kemerosotan ini. Menurut seorang penjaja kuih, dahulu dia boleh mendapat keuntungan paling kurang RM 30.00 sehari tapi sekarang RM 10.00 sehari pun sukar.

Bagaimana dengan masa depan mereka ini?

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/













Monday, September 16, 2013

Roti Bakar Arang Fadhil, Pokok Asam



















Roti Bakar Arang Fadhil, Pokok Asam

Bagi mereka yang gemarkan bersarapan atau lewat pagi dengan menu Roti Bakar sama ada dengan Telur Separuh Masak atau kapit (kahwin) Kaya dan Magerin, inilah tempat yang terbaik di Taiping - Roti Bakar Arang Fadhil, Pokok Asam. Lebih menarik lagi roti dibakar menggunakan arang!

Gerai bawah pokok ini betul-betul bersebelahan pagar Stor JKR dan berhadapan pejabat JPAM (JPA3) Pokok Asam. Sebelahnya adalah rumah kedai corner lot Restoran Helmi Seafood. Sekiranya anda datang dari Bandar Taiping, perlahankan kenderaan anda selepas Padang Tupai. Gerai ini terletak di sebelah kiri jalan anda menuju ke Pokok Asam.

Kunjungan saya sekeluarga pagi tadi mendapati gerai yang baru dibuka beberapa bulan lalu penuh sesak dengan pelanggan (10 meja!) yang sedang menjamu selera dan berbaris pelanggan yang membeli untuk dibawa pulang.

Roti Bakar yang dibakar menggunakan arang ini boleh terbau kewangiannya sebaik sahaja keluar dari kereta. Manakala Telur Separuh Masaknya (suku masak!) betul-betul memenuhi citarasa kami sekeluarga iaitu telur kuning akan pecah meleleh apabila dicucuk!

Walaupun pelanggan ramai, servisnya cekap dan cepat!

Untuk pilihan menu berat terdapat Nasi Lemak dengan pelbagai lauk. Terdapat juga makanan siap bergoreng lain seperti Beehon, Mee dan Ketiaw.

Di gerai yang sama juga terdapat penjaja menjual Mee Kicap, Wantan Mee dan Sup. Kami mencuba Mee Kicap yang tidak kurang hebatnya membuatkan kami memesan untuk membawa pulang 1 Mee Kicap dan 1 Wantan Mee. Sudah pasti kami turut memesan 2 set Roti Kahwin untuk dibawa pulang.

Untuk penambahbaikan (room for improvement), pemilik kedai sepatutnya menambah bilangan botol/bekas kecil yang berisi kicap dan lada di semua meja. Set Roti Telur juga perlu dihidang dengan lengkap sudu dan garpu (mengantikan pisau). Buat masa sekarang Set Roti Telur hanya dihidangkan bersama garpu sahaja dan agak menyukarkan untuk memotong (mencarikkan) roti kecualilah roti tersebut dihidang setelah dipotong menjadi beberapa bahagian kecil. Meja juga perlu ada tisu.

Pasti kami akan kerap datang bersarapan lagi di gerai Roti Bakar Arang Fadhil, Pokok Asam.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/