Amcorp Mall PJ Flea Market @ Pasar Karat @ Pasar Lambak
Say pernah ke Amcorp Mall ini rasanya penghujung 90an di
mana ketika itu hanya satu paras sahaja yang mengadakan jualan ala Flea Market
@ Pasar Karat @ Pasar Lambak sini. Kunjungan saya bersama keluarga baru-baru
ini mendapati hampir semua paras bangunan tiga tingkat ini serta paras bawah
masing-masing ada jualan ala Rope Walk di Pulau Pinang atau Lokin di Ipoh.
Malah boleh saya katakan ketika ini di Amcorp Mall ini telah mengatasi
kepopulariti Rope Walk dan Lokin.
Dengan suasana selesa dalam bangunan, barangan disusun atas
meja dan tidak terlalu dibayangi sindrom barangan teknologi seperti handphone
dan computer, Amcorp Mall pasti akan menjadi pilihan utama saya di masa-masa
akan datang ini. Malah saya tidak terjumpapun VCD cetak rompak yang dijual di
sini.
Cuma harga yang ditawarkan harga tinggi jika dibandingkan
dengan Rope Walk dan Lokin tetapi masih berpatutan dan jika tidak segan untuk
tawar-menawar pasti akan akan berpuas-hati dengan harga yang dimuktamadkan.
Malah penjual di sini agak mesra pelanggan tidaklah seperti penjual di Petaling
Street yang berani memarahi pelanggan jika tawar-menawar tidak diakhiri dengan
jual-beli!
Dalam kunjungan saya ke Amcorp Mall ini, saya berpeluang
menyaksikan satu jual beli jam Seiko lama yang dimuktamadkan dengan harga
RM3800.00. Harga asal diletak penjual ialah RM4500.00. Menurut pembeli, Seiko
ini dijual di kedai antik dengan harga menghampiri RM 10,000.00! Berbaloi
membelinya di Amcorp Mall ini, kata pembelinya terhadap saya.
Saya terjumpa wang lama Malaya and British Borneo $10 Dollar
1961 yang turut saya miliki dalam koleksi saya. Untuk wang kertas masih dalam
kualiti terbaik tanpa kesan koyak ialah RM1250.00 dan jika ada kesan koyak
seperti yang saya miliki adalah RM 900.00. Ini berita baik bagi saya!
Saya tertarik patung astronaut setinggi 2 inci tetapi harga yang diletakkan adalah
RM90.00 dan saya pasti ianya tidak boleh ditawarkan rendah dari RM50.00.
Beberapa motosikal retro (barangan baru) masih dijual dengan harga berpatutan
sekitar RM 30.00 – RM 50.00.
Seperti biasa kunjungan kami diakhiri dengan membeli
beberapa buah buku terpakai dengan harga agak tinggi tetapi masih berpatutan,
mainan yang sudah tentu lebih kepada motosikal (baru dan lama) serta beberapa
cenderahati. Saya dan anak saya turut membeli sapu tangan (key) yang boleh
diubahsuai ikatannya menjadi seperti penutup kepala, ketayap dan sebagainya. Harga
ini sapu tangan ini hanya RM 15.00 jika dibandingkan dengan harga yang
ditawarkan di KL sekitar RM 20.00. Di Amcorp Mall ini juga banyak kedai dan
restoran untuk menjamu selera.
Untuk ke Amcorp Mall, anda boleh melalui Lebuhraya
Persekutuan (dari KL/Kerinci). Anda perlu ambil Susur Keluar Jalan Timur (Taman
Jaya). Sebaik sahaja keluar dari lebuhraya, anda boleh lihat bangunan Amcorp
Mall ini di sebelah kanan anda. Belok ke kanan di lampu isyarat bersebelahan
Amcorp Mall dan selepasi padang (Dataran PJ), belok kanan ke tempat letak
kereta.
Kedai-kedai menjual barangan ala flea market ini dibuka
setiap hari tetapi jualan secara meja atau lambak (luar kedai) hanya dibuka
pada hari Sabtu dan Ahad dari seawal 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Bagaimanapun jualan penuh hanyalah pada hari Ahad.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
1 comment:
Thanks for the info... :)
Post a Comment