“Ayah – macam ada kaitanlah ayah!”, remajapun boleh bertanya.
Komplot pembunuhan rambang lima orang untuk menutup motif
James Barr (lakonan Joseph Sikora), bekas
penembak hendap askar Amerika semasa bertugas di Iraq pernah ditangkap kerana
membunuh tetapi tidak didakwa kerana didapati mangsa-mangsa yang dibunuhnya
adalah penyenayah yang dikehendaki. Barr membunuh akibat kebosanan kerana
tugasannya di Iraq tidak membolehkannya mengamalkan kemahiran menembaknya. Kes
dikendalikan oleh pegawai penyiasat, Jack Reacher lakonan Tom Cruise.
Kembalinya ke Pittsburgh, Pennsylvania, Barr kemurungan dan
hidup menyendiri sehinggalah dia ditangkap atas tuduhan membunuh dengan
rambang lima orang di tebing Sungai North Shore Trail.
Semasa ditawarkan mahkamah sama ada pengakuan diikuti
penjara seumur hidup atau dihukum mati setelah disabitkan pembunuhan rambang
tersebut, Barr menulis satu nota untuk peguamnya, Helen Rodin (Rosamund Pike),
Nota tersebut tercatat – dapatkan Jack Reacher "Get Jack Reacher".
Reacher mulanya
mempercayai Barr bersalah atas pembunuhan rambang tersebut mulai curiga apabila
mendapati modus operasi Barr tidak mengambarkan kemahiran dan ketelitiannya
sebagai penembak hendap yang cekap. Barr ditangkap semasa tidur di rumahnya
dengan bukti van dan senjata yang digunakan ada di rumahnya. Sabitan juga
berdasarkan cop jari pada syiling yang dijumpai dalam mesin duit tempat letak kenderaan.
Bermula dengan “lokasi pilihan”
Barr iaitu tempat letak kereta yang mengadap cahaya matahari, lokasi yang sukar
melarikan diri (sedangkan ada pilihan terbaik iaitu dari dalam van di atas
jambatan), kelonsong peluru yang ditinggalkan, sebutir peluru yang tersasar
(dijumpa dalam bekas mesin minuman) hinggalah kepada bukti syiling yang
digunakan untuk mesin tempat kenderaannya yang mempunyai kesan cap jari Barr.
Dipendekkan cerita, ada pihak yang mengambil kesempatan sifat
kemurungan Barr dan rekod lampaunya di Iraq untuk menutup satu konspirasi
pembunuhan seorang dari lima mangsa yang dikatakan pembunuhan rambang tersebut.
Ketika mahkamah memutuskan Barr bersalah membunuh lima mangsa secara rambang
(tanpa motif), Reacher muncul mencari kebenaran.
Selepas menonton bersama ada soalan yang diuraikan, ayah – macam ada
kaitanlah ayah!”, remajapun boleh bertanya.
Jack Reacher is a 2012 American thriller
film. It
is an adaptation of Lee
Child's 2005 novel One Shot. Written and directed by Christopher McQuarrie, the film stars Tom
Cruise as Jack
Reacher.