Thursday, May 22, 2014
Kenyataan (statement) apa ni?
Kenyataan (statement) apa ni?
Pagi semalam 21 Mei 2014 dalam berita radio Sinar
melaporkan; Kerajaan tidak akan memberhentikan aktiviti-aktiviti perlumbaan
sukan bermotor (susulan dua kemalangan maut dalam tempoh 48 jam di litar
Sepang) kerana sukan bermotor ini mempunyai kepopularitinya sendiri.
Siapakan jurucakap Kerajaan ini? KBS? Atau KJ sendiri? Atau
pegawai KJ (pegawai akhbar?) yang entah apa-apa mengarutnya? Ataupun kenyataan
ini adalah kenyataan sejujur-jujurnya dari Kerajaan? Lurus bendul?
Kenyataan yang sepatutnya –
“Kemalangan maut yang melibatkan dua pelumba dalam tempoh 48
itu berlaku walaupun perlumbaan dijalankan mengikut piawaian (standard)
keselamatan tinggi yang telah ditetapkan oleh FIA/FIM/AAM. Kerajaan (melalui
pihak pengawasan sukan bermotor Malaysia) akan memastikan tahap keselamatan
perlumbaan selepas ini (terutama dalam aspek respon kecemasan) akan
dipertingkatkan lagi supaya aktiviti perlumbaan akan dapat dijalankan dengan
selamatnya.”
Bukan kerana KEPOPULARITI !!!!!
And please walk the talk especially on aspects of Emergency
Response! Jangan NATO pula – No Action Talk Only !
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Monday, May 19, 2014
Kenapa projek pembinaan di persimpangan lampu isyarat Penjara Taiping terhenti?
Kenapa projek pembinaan di persimpangan lampu isyarat
Penjara Taiping terhenti?
Blog OKOB ni sudah agak lama tak “menegur”. Bukan tiada apa
yang nak ditegur tapi apalah guna kalau teguran dianggap sebagai sebagai dengki
dan sebagainya. Lebih kesal jika teguran
tidak diambik peluang (oleh pihak berkenaan) untuk dibetulkan.
Bulan lepas (atau mungkin bulan sebelumnya) hati ini terasa
sejuk melihatkan ada kerja pembinaan dijalankan di persimpangan lampu isyarat
Penjara Taiping ini. Satu susur keluar sedang dibuat dari laluan arah Bukit
Doremon menghala (belok kiri) ke Sekolah Hua Lian, Convent Kliah Pauh, TMGS dan
KE. Sudah tentu apabila siapnya susur keluar ini akan mengurangkan kesesakan di
persimpangan ini terutamanya di waktu sekolah hendak bermula dan berakhir.
Mungkin dapat dimaafkan lagi (jika tiada kemalangan
berlaku!) apabila kontraktor yang terbabit tidak memasang lampu atau jalur
pemantul di kon-kon plastik yang diletakkan di tengah jalan semasa pembinaan,
Hati mula menjadi panas sehari-dua ini apabila melihatkan
tiada lagi kerja-kerja pembinaan walaupun susur keluar itu belum siap sepenuhnya dalam ertikata lain, kenderaan masih tidak
boleh melaluinya.
Kenapa kerja-kerja pembinaan terhenti? Adakah kontraktor
lari? Atau kontraktor sengaja memberhentikan kerja-kerja pembinaan kerana
pembayaran (mengikut proses status) tidak diterima?
Sepatutnya pihak berkuasa yang mengawal-selia projek ini
mempercepatkan proses pembinaan ini. Jika ada masalah berbangkit, perlulah
diselesaikan segera demi keselesaan dan kemudahan pengguna jalan raya di sini.
Siapakah pihak berkuasa tersebut?
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)