Taiping Restoration JV Taiping Pickers - Project GT250



Foot rest dan master pump sudah sampai. Tinggal karburetor ori masih dalam pencarian

Kenyataan (statement) apa ni?

Kenyataan (statement) apa ni?

Pagi semalam 21 Mei 2014 dalam berita radio Sinar melaporkan; Kerajaan tidak akan memberhentikan aktiviti-aktiviti perlumbaan sukan bermotor (susulan dua kemalangan maut dalam tempoh 48 jam di litar Sepang) kerana sukan bermotor ini mempunyai kepopularitinya sendiri.

Siapakan jurucakap Kerajaan ini? KBS? Atau KJ sendiri? Atau pegawai KJ (pegawai akhbar?) yang entah apa-apa mengarutnya? Ataupun kenyataan ini adalah kenyataan sejujur-jujurnya dari Kerajaan? Lurus bendul?

Kenyataan yang sepatutnya –

“Kemalangan maut yang melibatkan dua pelumba dalam tempoh 48 itu berlaku walaupun perlumbaan dijalankan mengikut piawaian (standard) keselamatan tinggi yang telah ditetapkan oleh FIA/FIM/AAM. Kerajaan (melalui pihak pengawasan sukan bermotor Malaysia) akan memastikan tahap keselamatan perlumbaan selepas ini (terutama dalam aspek respon kecemasan) akan dipertingkatkan lagi supaya aktiviti perlumbaan akan dapat dijalankan dengan selamatnya.”

Bukan kerana KEPOPULARITI !!!!!

And please walk the talk especially on aspects of Emergency Response! Jangan NATO pula – No Action Talk Only !


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, May 19, 2014

Kenapa projek pembinaan di persimpangan lampu isyarat Penjara Taiping terhenti?

Kenapa projek pembinaan di persimpangan lampu isyarat Penjara Taiping terhenti?

Blog OKOB ni sudah agak lama tak “menegur”. Bukan tiada apa yang nak ditegur tapi apalah guna kalau teguran dianggap sebagai sebagai dengki dan sebagainya.  Lebih kesal jika teguran tidak diambik peluang (oleh pihak berkenaan) untuk dibetulkan.

Bulan lepas (atau mungkin bulan sebelumnya) hati ini terasa sejuk melihatkan ada kerja pembinaan dijalankan di persimpangan lampu isyarat Penjara Taiping ini. Satu susur keluar sedang dibuat dari laluan arah Bukit Doremon menghala (belok kiri) ke Sekolah Hua Lian, Convent Kliah Pauh, TMGS dan KE. Sudah tentu apabila siapnya susur keluar ini akan mengurangkan kesesakan di persimpangan ini terutamanya di waktu sekolah hendak bermula dan berakhir.

Mungkin dapat dimaafkan lagi (jika tiada kemalangan berlaku!) apabila kontraktor yang terbabit tidak memasang lampu atau jalur pemantul di kon-kon plastik yang diletakkan di tengah jalan semasa pembinaan,
Hati mula menjadi panas sehari-dua ini apabila melihatkan tiada lagi kerja-kerja pembinaan walaupun susur keluar itu belum siap sepenuhnya  dalam ertikata lain, kenderaan masih tidak boleh melaluinya.

Kenapa kerja-kerja pembinaan terhenti? Adakah kontraktor lari? Atau kontraktor sengaja memberhentikan kerja-kerja pembinaan kerana pembayaran (mengikut proses status) tidak diterima?

Sepatutnya pihak berkuasa yang mengawal-selia projek ini mempercepatkan proses pembinaan ini. Jika ada masalah berbangkit, perlulah diselesaikan segera demi keselesaan dan kemudahan pengguna jalan raya di sini.

Siapakah pihak berkuasa tersebut?


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/