Saturday, August 30, 2014

The Sojer sudah ada Khemah Pisang Sesikat


The Sojer sudah ada Khemah Pisang Sesikat

Ready to roar. Ready to travel without reservations. Feel the surrounding air. Make friends with nature.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/






Thursday, August 28, 2014

The Sojer sudah ada beg kanvas




The Sojer sudah ada beg kanvas

Asalnya nak buat beg kulit.Tapi ini The Sojer, bukannya The Koboi !

Di Taiping, Kedai Low Wan bersebelahan Bank Pembangunan / Chendol Bismillah ini memang terkenal di kalangan pemandu / pemilik lori yang menempah kanvas penutup kenderaan mereka. Malah sewaktu aku kerap menyertai Rally 4x4 ke China akhir 90 dan awal 2000an dulu, di sinilah aku beberapa kali menempah kanvas penutup pickup yang aku bawa menyertai rally. Tanpa disangka juga, Nyonya pemilik kedai ini masih mengingati aku.

Kerjanya kemas, cepat (sehari sahaja!) dan harga berpatutan. Cuma Nyonya ini (kini dibantu anak lelakinya) tidak memahami lukisan asal aku (menggunakan ACAD). Bila aku hantar lukisan "free hand" baru dia faham, malah memuji pula lukisan aku.

Adakah aku akan kembali giat melukis (free hand)? Setelah lama meninggalkannya hobi aku ini kerana kerap menggunakan ACAD. Mungkin Ya !

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com








Wednesday, August 27, 2014

Kenangan sesat di Tangkak bersama arwah MYB (1988)



Kenangan sesat di Tangkak bersama arwah MYB (1988) 

Ini adalah motor company Suzuki GS550 new old stock (motor pameran) yang agak lama saya guna semasa di Roda-Roda. Dulu saya pakai "abang" sekarang pakai "adik" The Sojer GT250C aja.


Jutaan terima kasih Wadisham Wahab yg posting gambar ini. Koleksi RR saya hilang semasa pindah rumah.


lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Kembali melukis



Kembali melukis


Minggu ini entah mengapa terasa ringan shj jari melakarkan lukisan free hand. Bermula dgn lukisan Saddle Bag utk motosikal The Sojer GT25-C setelah Nyonya Pembuat Beg di Taiping ini tidak memahami lukisan kejuruteraan ACAD, kemudian tergerak di hati pula untuk melukis Van Jenazah dan Motosikal Polis yang terlibat dalam istiadat menyempurnakan jenazah mangsa MH17.

Terbaru, seorang rakan lama membuat posting gambar lukisan-lukisan yang pernah saya lukis semasa bekerja di majalah Roda-Roda 1987 - 1989. Terima kasih Wadisham Wahab.

Adakah selepas ini hobi melukis ini akan diteruskan dan dikembangkan?


lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Jalur Gemilang di Kampung Ekspo Kamunting




Tangkap satu kali lagi, kasi betul ini bendera!


Tangkap satu kali lagi, kasi betul ini bendera!

Itulah kata Apek Penjual Surat Khabar di hadapan sebuah sekolah di Kampung Ekspo Kamunting pagi tadi.

Beberapa tahun lepas, saya pernah menegur Apek ini kerana menjual surat khabar bersama rokok. Alhamdulillah, selepas ditegur (saya juga difahamkan beliau turut ditegur oleh orang lain termasuk pihak sekolah), Apek ini tidak lagi menjual rokok.

Apa saya kagum mengenai  Apek ini ialah dia sanggup melayan pelanggan secara “drive thru”. Pelanggan tidak perlu turun dari kereta, Apek ini sendiri akan datang ke kereta pelanggan bertanyakan akhbar pilihan pelanggan dan kemudiannya pergi mengambil akhbar tersebut di gerai basikal roda tiganya.

Hari ini Apek ini mengkagumkan saya lagi dengan kebanggaannya bergambar dengan Jalur Gemilang.

Selamat Hari Merdeka Apek




Motor dan Anak Yatim


Motor dan Anak Yatim

Whatsup dari kawan zaman bujang di KL. Alhamdulillah DIA masih bagi aku peluang "main motor' (dengan anak dan bini) dan juga masih bagi peluang beramal dengan anak yatim (juga dengan anak dan bini). Alhamdulillah, doakan kesihatan aku dan permudahkan aku. Ya Allah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Roamer jalan-jalan di Kampung Ekspo, Kamunting


Roamer jalan-jalan di Kampung Ekspo, Kamunting

Asyik dengan 2 roda berenjin kuasa kuda, pagi ini aku dengan 2 roda kuasa kayuh pula. Cadangnya semalam lagi tapi cuaca mendung sahaja. Pagi ini pun mencurah juga hujan, sebaik sahaja hujan sudah teduh aku mula mengayuh. Kebetulan hari ini pula aku tak menoreh.

Mengayuhlah aku dengan persinggahan pertama membeli satu-satunya akhbar “broadsheet” untuk dipadankan dengan Roamer ini. Singgahan kedua di titi kecil Sungai Ranting yang sudah hilang papan tandanya. Singgahan ketiga membeli sarapan Nasi Lemak RM 1.00 kerana yang tinggal hanya kuih-kuih manis sahaja. Singgahan keempat di hadapan sebuah rumah di mana penghuninya berbangga dengan Jalur Gemilang.

Roamer hendak berjalan jauh lagi tapi hujan mula merintik. Berakhir perjalanan Roamer hari ini. Esok pula kena menoreh di Prai. Nampaknya Roamer ini  kena menunggu hari lain pula untuk berjalan lagi.

Setakat ini Roamer ini masih belum dipasang semula crank asalnya kerana ada sedikit masalah. Manakala newspaper clip itu pula tidak sesuai dengan handle Roamer ini.

Mungkin selepas ini nak cari selimut untuk Roamer juga. Tetapi Cikgu Rusli Mohd Zain yang mempunyai puluhan basikal klasik di rumahnya di Kampung Jana, Kamunting itu tidak pun menyelimutkan mana-mana basikalnya.  Kagum aku pada Cikgu Rusli ini yang mengayuh semuanya basikal miliknya secara bergilir-gilir setiap hari.

Selepas ini in sya Allah Roamer akan bergilir dengan Rangler pula.


Kredit kepada-

Body – Mat Fitri Tanjung Piandang
Painting – Ali Motor Taiping
Restoration – Kedai Basikal Recond Jepun
Seat & keychain – Ahmad Mat Sungai Petani
Mudflap – Apek Putra, Sijangkang
Sticker Raleigh – Alan Antik, Ipoh

Raga Rotan – Kedai Rotan sebelah Klinik Anisah Kamunting