Roamer jalan-jalan di Kampung Ekspo, Kamunting
Asyik dengan 2 roda berenjin kuasa kuda, pagi ini aku dengan
2 roda kuasa kayuh pula. Cadangnya semalam lagi tapi cuaca mendung sahaja. Pagi
ini pun mencurah juga hujan, sebaik sahaja hujan sudah teduh aku mula mengayuh.
Kebetulan hari ini pula aku tak menoreh.
Mengayuhlah aku dengan persinggahan pertama membeli satu-satunya
akhbar “broadsheet” untuk dipadankan dengan Roamer ini. Singgahan kedua di titi
kecil Sungai Ranting yang sudah hilang papan tandanya. Singgahan ketiga membeli
sarapan Nasi Lemak RM 1.00 kerana yang tinggal hanya kuih-kuih manis sahaja.
Singgahan keempat di hadapan sebuah rumah di mana penghuninya berbangga dengan
Jalur Gemilang.
Roamer hendak berjalan jauh lagi tapi hujan mula merintik. Berakhir
perjalanan Roamer hari ini. Esok pula kena menoreh di Prai. Nampaknya Roamer
ini kena menunggu hari lain pula untuk
berjalan lagi.
Setakat ini Roamer ini masih belum dipasang semula crank
asalnya kerana ada sedikit masalah. Manakala newspaper clip itu pula tidak
sesuai dengan handle Roamer ini.
Mungkin selepas ini nak cari selimut untuk Roamer juga.
Tetapi Cikgu Rusli Mohd Zain yang mempunyai puluhan basikal klasik di rumahnya
di Kampung Jana, Kamunting itu tidak pun menyelimutkan mana-mana basikalnya. Kagum aku pada Cikgu Rusli ini yang mengayuh
semuanya basikal miliknya secara bergilir-gilir setiap hari.
Selepas ini in sya Allah Roamer akan bergilir dengan Rangler
pula.
Kredit kepada-
Body – Mat Fitri Tanjung Piandang
Painting – Ali Motor Taiping
Restoration – Kedai Basikal Recond Jepun
Seat & keychain – Ahmad Mat Sungai Petani
Mudflap – Apek Putra, Sijangkang
Sticker Raleigh – Alan Antik, Ipoh
Raga Rotan – Kedai Rotan sebelah Klinik Anisah Kamunting