Saturday, November 22, 2014

Pekan Kamunting









Pekan Kamunting


Dulu di Pekan Kamunting Lama inilah Tesco kami, Giant kami dan AEON kami. Kini ramai yang tutup kedai!

Putu Mayum Plaza Perbandaran Taiping










Putu Mayum Plaza Perbandaran Taiping

Antara PUTU MAYUM paling lembut (halus) di Taiping yang pernah saya makan ialah di sini, di Plaza Perbandaran ini. Cuba check mata acuannya yang begitu halus.

Bagaimanapun menurut penjaja Putu Mayum ini, bisness di plaza ini makin hari semakin malap. Sudah banyak gerai yang tutup. Malah Murtabak Taiping yang terkenal itu juga sudah tutup. Pihak berkenaan perlu berbuat sesuatu untuk majukan semula plaza ini.



*Gambar diambil pada 26 Okt 2013

Copy n Paste


Ex-boss safety saya pesan, kalau nak copy n paste dari internet pun seeloknya buat semula dan sesuaikan dengan environment kerja.
Saya juga nak berpesan yang sama. Maaf

Raleigh Coaster






















Raleigh Coaster
Ada duit boleh beli. Ada benda yang tak boleh dibeli dengan duit. Adat membeli, kadang-kala harga terpijak, kadang-kala harga dipijak.
Kadang-kala dapat free. Macam mimpi !
Asalnya hanya berbasa-basi kerana sudah ada lima koleksi basikal mini dengan duanya jenama Raleigh. Sudah tak larat nak bagi alasan keada orang rumah lagi. Nombor telefon sekadar diberi bertujuan berukwah.
Tiba-tiba pemiliknya melefon - saya yakin abang boleh dan mampu menjaganya, basikal ini Mak Angkat saya mewariskannya kepada saya. Saya tak akan menjual basikal ini. Sekarang saya mewarisnya kepada abang. Abang jagalah dia. Sayu sahaja kedengaran di dalam handphone.
Menunggu-nunggu selepas ini agar ada yang menelefon hendak mewariskan Norton Single pula!
*Buat sementara waktu, Coaster ini menemani Si Mini Lipat di rumah seorang sahabat nun jauh di Utara.

Wednesday, November 19, 2014

Sepatutnya perlu ada pemberitahuan (acknowledgement) supaya pembetulan di blog/fb dapat dibuat.


Sepatutnya perlu ada pemberitahuan (acknowledgement) supaya pembetulan di blog/fb dapat dibuat.

Saya pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan Taiping (MPT) mengenai tong sampah di hadapan rumah orang tua saya di Kampung Pinang, yang tidak dikendalikan dengan baik oleh kontraktor dan juga gelagat penduduk tempatan yang membuat sampah sewenang-wenangnya.

Alhamdulillah, MPT telah mengambil tindakan sewajarnya. Saya membuat aduan secara bertulis dan banyak kali menelefon melalui kaunter aduan. Dalam proses tindakan, saya telah dimaklumkan (secara kiriman poskad) oleh MPT bahawa aduan saya telah diterima dan akan diambil tindakan. Itu sahaja makluman  (acknowledgement) yang saya terima dan tiada lagi makluman susulan selepas itu. Bagaimanapun kes tong sampah tersebut telah selesai kerana ibu saya memaklumkan kepada saya tindakan telah dibuat oleh pihak MPT kerana dia nampak pihak MPT datang ke tempat tong sampah tersebut.

Terima kasih kepada MPT. Sepatutnya MPT memaklumkan kepada saya (sebagai pengadu) bahawa tindakan telah diambil sama ada secara bertulis ataupun dengan telefon.

Hari ini saya mengendalikan bengkel di Pusat Internet 1 Malaysia di Utara Semenanjung dengan tajuk Welfare, Environment, Safety & Health at Public Computer Work Station.

Antara yang saya sentuh di dalam bengkel ini ialah pasarana khas/khusus untuk OKU berkerusi roda yang perlu ada unyuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di Pusat Internet 1 Malaysia dan Pusat Internet Desa ini.

Pada masa yang sama saya menggunakan presentation slides yangmenunjukkan kemudahan yang disediakan oleh MPT untuk OKU melawat Zoo Taiping. Terima kasih kepada Zoo Taiping atas kemudahan menyeberang jalan dengan terowong perjalan kaki ini.

Malangnya papan tanda menunjukkan kemudahan OKU itu adalah salah. Saya maklumkan kepada peserta bengkel hari ini, bahawa saya mula menegur MPT mengenai papan tanda ini semenjak tahun 2010 lagi melalui komentar di laman web MPT tetapi tidak mendapat sebarang respons. Kemudian saya menulis di dalam blog saya dan juga di dalam FB tetapi tiada juga respons.

Saya menelefon pula kaunter aduan MPT beberapa kali sepanjang tahun 2010 hingga tahun lepas memaklumkan perkara yang sama. Malah dalam satu aduan saya itu, pertugas di kaunter menanyakan saya balik adakah papan tanda itu salah dan di mana salahnya kerana dia rasa tak ada yang salah.

Jawapan saya kepadanya papan tanda tersebut tidak salah cuma silap!

Petang tadi saya terasa hendak tengok semula papan tanda ini. Terima kasih MPT dan alhamdulillah rupa-rupanya papan tanda yang silap ini telah diperbetulkan tanpa pengetahuan saya!

Saya bukanlah minta dihargai kerana teguran yang saya buat semenjak tahun 2010 lagi ini. Kalaulah saya dimaklumkan bahawa papan tanda yang silap ini telah diperbetulkan (saya tidak pasti bila diperbetulkan), tidaklah saya menyebut MPT sebagai organisasi yang tidak perihatin kepada golongan OKU kepada peserta bengkel hari ini.

Malah saya akan perbetulkan semula semua catatan-catatan dalam blog dan fb saya mengenai kesilapan yang dbuat oleh MPT dan ketidak keperihatinan mereka untuk memperbetulkannya walaupun sudah ditegur bertahun-tahun.

Mereka yang bertanggungjawab menerima aduan sama ada webmaster, pengendali web atau FB MPT serta di Kaunter Aduan bertanggungjawab untuk respons kepada pengadu. Sebaik sahaja menerima aduan, perlulah dimaklumkan penerimaan aduan (acknowldegement), kemudian dimaklumkan status dan akhir sekali makluman tindakan yang telah diambil atau tindakan yang tidak boleh diambil. Makluman boleh dibuat melalui surat, email ataupun telefon.

Harap pihak MPT membuat penambahbaikan dalam proses pemakluman ini.

Contohi Canon Malaysia dalam menangani pelanggan yang membuat aduan.

Link-link berikut adalah berkenaan catatan di atas.

Catatan blog pada  June 4, 2010 link ini

Catatan blog pada  July 11, 2011 link ini
Penghargaan kepada Canon Malaysia link ini


Tuesday, November 18, 2014

Raleigh Coster






Raleigh Coster
Pagi tadi sewaktu melintas blok kedai ini, saya terpandang kelibat Raleigh Coaster ini. Terus saya memberhentikan kereta dan menelitinya.
Mini yang tidak berkunci ini masih lengkap dengan Speed Gearnya. Cuma saya tidak berpeluang melihat Crank dan Seat.
Sempat bertemu tuan yang bekerja di dalam kedai ini. Berbasa-basi sahaja! Adakah Roamer dan Rangler di rumah akan dapat kawan baru?

Kenduri Kambing Panggang Rumah Nurul Iman Kamunting

























Kenduri Kambing Panggang Rumah Nurul Iman Kamunting

Alhamdulillah murah rezeki anak-anak yatim penghuni Rumah Nurul Iman Kamunting hari ini.

Tengahari tadi Kenduri Kambing Panggang dan Nasi Minyak dan petang ini pula Capati Syafiq Said Taman Mewah oleh alumni Sekolah Izzuddin Shah Ipoh Batch 1980-1984. Malam tadi pula mereka Kenduri Kerang Rebus.

Dimaklumkan oleh En Bakri, Pengurus/Penjaga Rumah Nurul Iman ini, ada Hamba Allah akan hantar Pizza pula malam ini. Alhamdulillah, murah rezeki anak-anak ini. Alhamdulillah penyumbang Pizza ini menghubungi dahulu sebelum menghantar makanan. Harap bakal penyumbang lain (makanan masak) berbuat demikian untuk mengelakkan pembaziran.

Sekadar berkongsi amalan menyantuni anak-anak yatim dan miskin ini semasa makan

1. Berkenalan dan beramah mesra dahulu dengan anak-anak ini sebelum mula makan. 

2. Cuba mengambil hati dan mencari peluang untuk berbual-bual dengan anak-anak ini.


3. Jangan asingkan anak-anak ini dengan tetamu. Seeloknya setiap meja ada tetamu dan juga ada anak-anak ini.


4. Anak-anak ini didahulukan mengambil makanan. Kemudian diikuti oleh anak-anak tetamu dan golongan wanita.


5. Lelaki dewasa mengambil giliran paling akhir.


6. Tetamu yang menghidangkan makanan (serve) bukannya pelayan.


7. Pastikan makanan anak-anak ini ditambah / diisi semula jika mereka berhasrat demikian.


8. Peralatan makan-minum dan kerusi meja (hiasan) mesti sama antara tetamu dengan anak-anak ini.


9. Jangan terlalu asyik berbual sesama sendiri sehingga melupakan/mengabaikan anak-anak ini di meja makan.


10. Berjabat tangan dan maklumkan kepada anak-anak ini sebelum beredar meninggalkan majlis.


Antara rujukan –

Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi .” (Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)

Dari Abu Bakar bin Hafsh, “Bahwasanya tidaklah Abdullah bin Umar makan dengan suatu makanan kecuali bersama seorang anak yatim.”


“ Barang siapa yang mengikut-sertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga .” (Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)