Friday, January 30, 2015

Project Ronin pagi tadi. Sambung selepas Jumaat pula.






Project Ronin pagi tadi. Sambung selepas Jumaat pula.
Lesson learned -
1. Autosol - bagi kilat balik sahaja
2. Coca-cola - buang karat manja sahaja
3. Gosok periuk - buang anak karat (macam kena rotan)
4. Aluminium Foil - mampu buang bapak karat yang degil

* Basahkan aluminium foil itu dan gosok sahaja. Kalau berjampi sikit lagi cepat lagi kut. Setakat ini tidak dapat dipastikan kesan sampingan cuma lenguh jari shj

Thursday, January 29, 2015

Tidak salah untuk bermimpi - BMX








Tidak salah untuk bermimpi - BMX

40 tahun dahulu, selepas bapak memberitahu tidak ada duit untuk membeli Chopper, aku hanya mendiamkan diri. Full stop. Tiada mimpi! Tiada angan-angan untuk memiliki Chopper ketika itu.

BMX menjelma! Berbeza dengan Chopper, BMX menjadi kegilaan. Hampir kesemua anak jiran, rakan sekolah malah rakan sekampung memilikinya.

Anehnya, walau diketahui harga BMX tidak semahal Chopper, mulut ku kelu untuk memintanya.

Tidak salah bermimpi! Tidak salah berangan! Malah tidak salah kalau mampu dijelmakan mimpi ke angan-angan dan dizahirkan dengan memilikinya.

Hari ini lidah aku terkelu bila Ah Beng beritahu, ini BMX satu hari oh orang berenti kacau tanya mana dapat.

Gigi ku hampir terkancing bila Ah Beng tanya, ini BMX untuk cucu ka?


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Puri di Restoran Nasi Kandar Mohd Kasim Taiping


Puri di Restoran Nasi Kandar Mohd Kasim Taiping

Saya mengemari masakan India dan “melatih” diri saya untuk mengambil diet hi-fiber dan tanpa gula. Antara makanan pilihan ialah Capati dan Susu Kambing (atau Susu Lembu). Sudah pasti saya memilih Susu Segar!

Saya juga kadang-kala memilih Tosei atau Puri. Masalahnya terutama Puri, ianya terlalu berminyak.

Setakat ini kalau hendak makan Puri, saya memilih di Restoran Nasi Kandar Mohd Kasim Taiping atau di Bistro Mohammad.

Di kedua-dua restoran ini juga, saya pastikan Puri mestilah dihidang semasa panas dan mestikan dikeringkan minyaknya.

Selain dari kuah standardnya iaitu Sayur Kentang, saya sering juga minta kuah tambah sama ada Dalca atau Sadirn.

Bagaimanapun untuk suasana lebih selesa, saya memilih untuk menikmati Puri di Restoran Nasi Kandar Mohd Kasim Taiping bersebelahan Sekolah Convent Kota dan berhadapan Wakaf atau Tapak Pasar Tani Taiping.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/ 












Saturday, January 24, 2015

Dangai Pasar Pagi Kamunting


Dangai Pasar Pagi Kamunting

Kadang-kadang setelah jemu dengan Roti Bakar, saya mencari kuih-muih pula untuk sarapan terutama kuih-muih tradisional. Biasanya kuih-muih pilihan saya adalah jenis pedas seperti Cucur Badak, Pulut Udang, dan Cucur Udang.

Ada juga kuih unik yang saya kadang-kadang membelinya semata-mata teringatkan arwah Tok Nek saya (emak kepada nenek saya) yang suka dan rajin membuat kuih-muih yang renyah ini untuk cicit-cicitnya.

Antaranya Dangai. Tetapi saya amat cerewet memilih (membeli) Dangai ini. saya memilih luarannya agak sedikit kehitam-hitaman garing bukan hangus tetapi isinya mesti masak sepenuhnya sekadar kenyal bukan liat. Rasanya pula tidak terlalu manis dan terlalu tawar.

Pilihan sebelum saya ini ialah berdekatan tempat kerja saya nun di Utara Semenanjung tetapi di sini Changkun ini, Dangai dibuat (dimasak) tempat lain bukan di tempat jualan. Tetapi sekarang saya sudah tidak bekerja lagi di sana!

Alhamdulillah di Pasar Pagi Kamunting bersebelahan Pasar Ikan, kini terdapat sebuah Gerai Dangai. Menariknya lagi, rasa Dangai ini dipelbagaikan tidak lagi semata-mata rasa asalnya iaitu Kelapa.
Saya membeli tiga biji pelbagai rasa Dangai pagi ini untuk mencubanya iaitu Dangai Kaya, Dangai Jagung dan Dangai Coklat.

Tidak mengecewakan saya. Dangai di sini menepati citarasa saya seperti dimaklumkan di atas. Malah saya sudah jatuh cinta dengan Dangai Jagung dan Dangai Kaya. Mungkin juga disebabka saya tidak mengemari Coklat. Biasanya lain orang lain cita-rasanya.

Paling-paling menarik, ke-fresh-san-nya.  Dangai dibuat (disediakan) dan dimasak (dibakar) di sini juga!

Esok nak cuba Dangai perasa asal iaitu Kelapa dan Kacang Merah pula.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com 













Friday, January 23, 2015

Tepung Magik Multipurpose Seasoned Flour – Hot & Spicy


Tepung Magik Multipurpose Seasoned Flour – Hot & Spicy

Teruja dengan promo kenalan saya, FB Musyrif Abu Bakar, jumaat lepas saya membeli 4 bungkus untuk sesi percubaan (trial packs). Biasanya untuk percubaan saya membeli 1 pack sahaja! Macam biasa saya beli 1 pack untuk kegunaan sendiri (isteri saya), 1 pack untuk kegunaan orang tua, 1 pack untuk mertua saya dan 1 pack lagi untuk tok saudara saya.

Sebentar tadi, selepas Jumaat bertemu Jumaat, emak saya menelefon saya untuk datang merasa Tepuk Magik ini. Dia goreng Tempe dan Pisang.

Tempe yang digoreng dengan Tepung Magik ini walaupun tanpa telur amat enak rasanya. Ada ala-ala rasa KFC atau gorengan mengunakan tepung KFC.

Perlu dingatkan ini adalah Tepuk Magik perasa Hot & Spicy. Pisang Goreng yang menggunakan tepung ini terasa pedasnya. Mungkin amat sesuai untuk pengemar Goreng Pisang ala Johor yang dicicah dengan Sambal Kicap itu.

Perlu juga diingatkan, ini bukan tepung ranggup jadi hasil gorengan tiak menjadi ranggup! Mungkin ada cara lain untuk meranggupnya!

Kesimpulannya selepas ini nak minta isteri goreng dengan makanan laut pula seperti sotong dan udang serta fishball.

Kesimpulan kedua, esok kebetulan saya ada di Prai, kena pergi cari Musyrif lagi!

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com






Bubur Nasi (Porridge) di Taiping – lain padang lain belalang !







Bubur Nasi  (Porridge) di Taiping – lain padang lain belalang !

Selain dari Sup dan Roti, saya amat menggemari Bubur Nasi atau Prorridge ini. Ada juga mengenalinya sebagai Kanji Nasi. Tertunggu-tunggu saya di bulan Ramadhan untuk merasai Kanji Sedekah Masjid atau Surau. Saya juga pernah berpeluang menjamah Kanji Ramadhan Masjid Kampung Baru, KL yang terkenal itu.

Di Taiping dan Kamunting, biasanya kalau bersarapan selepas pilihan lain seperti Roti Bakar, saya memlih sama ada Bubur Nasi Gerai Semilang Assam Kumbang atau Bubur Nasi Sinar Cafe Kamunting Bus Station.

Saya dan anak lelaki saya lebih menggemari Bubur Nasi Sinar Cafe kerana ramuannya ada dimasukkan Ikan Bilis Goreng dan Telur Masin. Isteri dan emak saya pula lebih menggemari Bubur Nasi Gerai Sembilang kerana ramuannya tanpa Ikan Bilis Goreng dan Telur Masin, Cuma ada ikan bilis yang dimasak sekali bersama bubur. Kdua-dua Bubur Nasi di sini memilih ayam sebagai ramuan utama.

Bagaimanapun pilihan saya masih kepada Bubur Nasi arwah mertua saya yang lengkap semuanya termasuklah Lobak Masin Goreng. Malah ramuan utamanya ialah Isi Daging yang dipotong kiub kecil.

Lain padang, lain belalang! Lain orang, lain pandangannya (selera). Tak perlulah menidakkan “pandangan” orang lain. Tepuk dada tanya selera! Pilihlah mengikut selera anda. Dan biarkan (hormati) selera orang lain, biar dia memlih mengikut seleranya.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com