Saturday, February 28, 2015

Mee Rebus Pilihan Saya





Mee Rebus Pilihan Saya

Seperti Mee Kari, saya suka makan Mee Rebus yang “condiment” nya banyak atau lebih banyak dari mee itu sendiri.

Saya tak berapa suka Mee Udang lebih-lebih Mee Udang Banjir di mana bilangan udangnya terlalu banyak.

Pada saya Udang hanyalah penaik selera memandailah seekor-dua sahaja. Berbeza jika isi udang dikisar dalam kuah. Malah kuah boleh diperenakkan agi dengan tambahan isi ketam rebus dan isi ikan kembong goreng!

Kuah Mee Rebus pula mesti terasa manis ubi keledeknya. Boleh juga dimasak dengan tulang. Hirisan daging pula sebagai penambah selera.

“Condiment” nya pula mesti ada Telur Rebus (sebelahpun memandai). Mesti ada Ubi Kentang Rebus yang dihiris berkeping atau dicincang-dadu. Mesti ada Cucur (Cucur Bawang?). Mesti ada Cucur Keras Ranggup seperti keropok itu. Biasanya Penjual akan memecahkan (meramas?) Cucur Keras ini di atas mee.

Mesti ada Tauhu Goreng. Optional untuk Isi Makanan Lauk seperti Fishball atau Fishcat Goreng. Mesti ada Bawang Goreng (mesti banyak!) dan Daun Sup, Cili Merah, Cili Hijau sebagai hiasan. Boleh juga disediakan Cabai Jeruk. Cabai Jeruk mesti yang baru dan ranggup bukan lunyai!

Sungai Dua, Pulau Pinang memang terkenal dengan Mee Rebusnya terutama Mee Rebus Udang. Antara yang terlama dan termasyhur ialah Mee Rebus Selera Seri Tambang (Udang Ceduk) dan Mee Rebus Pak Ngah. Boleh rujuk blog Orangkecilorangbesar saya mengenai Mee Udang di Sungai Dua ini.

Hari ini saya mencuba satu lagi Mee Rebus di Sungai Dua di Gerai Mee Rebus Faisol, tepi Balai Polis Sungai Dua.

Mee Rebus Faisol simple sahaja! Hanya ada seekor udang, hirisan daging, telur rebus, dadu tauhu dan bawang goreng/daun sup. Tapi kuahnya memang menyelerakan! Terasa kemanisan ubi keledeknya!

Rupa-rupanya di antara kemegahan Mee Rebus Selera Seri Tambang dan Mee Rebus Pak Ngah di Sungai Dua, masih terdapat Mee Rebus yang simple sahaja tetapi kelazatan tidak kurang hebatnya.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Jangan jadi seperti saya!




Jangan jadi seperti saya!

Jangan jadi seperti saya! Jadi lebih baik dari saya. Teladani apa yang baik saya lakukan dan sempadani apa yang buruk saya lakukan. Jangan ulangi kesilapan yang saya lakukan.

Itu adalah pesanan saya kepada beberapa orang anak murid saya dan peserta kursus kendalian yang yang menyuarakan hasrat untuk menjadi seperi saya sama ada melalui bersemuka atau melalui media sosial.

Malah pesanan yang berikan itu adalah pesanan salah seorang guru saya apabila saya menyuarakan hasrat untuk menjadi seperti beliau.

Salah seorang guru OSH saya di awal tahun 90an (ketika itu dia seorang EHS Director sebuah kilang elektronik di Asia Tenggara), pernah menolak permintaan saya (dan peserta lain) untuk mendapatkan beberapa gambar kemalangan industri di dalam presentation slide-nya. Malah gambar-gambar tersebut dia perolehi dari JKKP (ketika JKJ) Perak ! Alasannya gambar-gambar tersebut adalah gambar beliau cari makan !

Saya sempadani cara beliau ! Kini apa yang boleh saya kongsi dengan pelajar saya atau peserta kursus saya, akan saya kongsi bersama. Lebih-lebih lagi jika gambar (material) itu saya dapat dari internet dan seumpamanya.

Salah seorang guru OSH yang ialah Mr. P. Sukumaran (terkenal dengan Kursus Forkflit dengan FMM) pula sentiasa akan membelanja peserta-peserta kursus kendalian “makan besar” di hari terakhir. Biasa Nasi Briyani!

Saya teladani cara beliau ! Mungkin tidaklah sampai “makan besar” tetapi ada sahaja kudapan yang kongsi dengan pelajar saya atau peserta kursus saya, terutama jika kelas/kursus tersebut tidak disediakan dengan makanan.

Jangan jadi seperti saya! Jadi lebih baik dari saya. Teladani apa yang baik saya lakukan dan sempadani apa yang buruk saya lakukan. Jangan ulangi kesilapan yang saya lakukan.

Lokasi di OUM Prai hari ini, dengan pelajar saya dan kakitangan OUM Prai.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Wednesday, February 25, 2015

Nasi Dagang Ikan Tongkol Timun Bendang












Nasi Dagang Ikan Tongkol Timun Bendang

Saya suka “revisit” semula  ke tempat makan yang pernah saya makan sebelum ini. Lebih-lebih lagi masa “revisit” itu saya membawa isteri dan anak saya untuk “merasa” makanan yang saya pernah makan tanpa mereka sebelum ini. Ada beberapa tempat yang saya berhasrat untuk “revisit” semula bersama keluarga di masa terdekat ini, seperti Gerai ABC (Ais Kacang?) di Pasar Hua Hin (200 km dari Bangkok) dan Gerai Kambing Bakar di Lingzhi, Utara China.

Ada juga yang saya tercari-cari di manakah pindahnya Gerai Cendol Pulut di hadapan Perumahan Kastam, yang diperkenalkan kepada saya oleh Tengku Shahrin Abu Bakar, Presiden Kelab Motor Perlis, selepas bermesyuarat Classic Car Rally London Sydney Marathon 2000, yang turut hadir ialah DSP Ibrahim, Trafik Bukit Aman.

Sebuah lagi ialah Gerai Lontong Makcik Gemuk Jalan Riong, dahulu berhadapan TV3. Semua kisah-kisah ini ada dalam blog Orangkecilorangbesar saya.

Pagi tadi saya “revisit”  semula Gerai Nasi Dagang Ikan Tongkol Timun Bendang di Pasar Awam Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.

Di sinilah selama 2 tahun (2002-2003) setiap hujung minggu saya (kami berempat dari Taiping) makan pagi sebelum masuk kelas (belajar) di UKM. Di sinilah juga selama 7 tahun (2006 – 2012), hampir setiap hujung minggu saya makan pagi sebelum masuk kelas (kali ini mengajar) di Niosh. Menu yang sama iaitu Nasi Dagang Ikan Tongkol Timun Bendang.

Pagi tadi Kakak Penjual di gerai ini masih mengecam saya. Tetapi dia mengecam saya sebagai pelajar bukan sebagai yang pernah bekerja di Bangi!

Kerapnya saya dan kami makan pagi di sini dengan menu yang sama tanpa jemu-jemu. Kadang-kadang bertambah juga lauk seperti Ikan Rebus atau Daging Bakar. Kadang-kadang bertukar juga selera dengan Roti Canai (di sebelah kanan gerai ini) ataupun Lontong Berlauk (di sebelah kiri, gerai di awal pintu pasar).

Selepas ini pasti ada “revisit” semula lagi!


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, February 24, 2015

Cabaran kepada “Food Reviewer”








Cabaran kepada “Food Reviewer”

Saya suka makan! Saya suka menulis tentang makanan yang saya makan!
Saya pastikan tulisan yang saya tulis bersifat positif. Jika ada yang negatif, saya sedaya-upaya m

Saya juga selalu tegaskan tulisan saya adalah berdasarkan cita-rasa saya dan mungkin berbeza dengan cita rasa orang lain. Seingat-ingat saya, saya tidak pernah mendakwa makanan yang saya suka itu adalah yang “terbaik” dan tiada makanan di tempat lain yang dapat menandinginya. Sudah pasti setiap makanan itu ada kelebihan dan ada kekurangannya.

Alhamdulillah, setakat ini ada pengusaha tempat makan ini yang respons positif dengan saya walaupun ada teguran membina yang saya tuliskan. Malah ada yang menjemput saya untuk hadir kali kedua sementelah saya “jarang” (mungkin tidak pernah!) memaklumkan dahulu kepada pengusaha tempat makan ini yang saya akan menulis tentang makanan sajian mereka.

Kadang-kadang ada kenalan saya malah kenalan baru yang semata-mata mengajak saya ke sesuatu tempat makan itu untuk saya merasanya dan memberi pandangan. Sudah tentu kenalan ini amat menyukai makanan tersebut dan mereka ingin tahu pandangan saya mengenai citarasa mereka itu.

Sebentar tadi kenalan saya (bekas pelajar saya) membawa saya ke Restoran Gulai Panas, Section 7, Bandar Baru Bangi. Mulanya beliau hendak membelanja saya makan nasi campur tetapi saya hanya berhasrat untuk makan makanan yang tidak berat. Jadi dia bawa saya untuk mencuba Sotong Kangkung dan Tauhu Bakar di Restoran Gulai Panas ini.

Tauhu Bakar di sini memang sedap, lebih-lebih lagi saya memang suka makan tauhu, malah Tauhu Goreng adalah pilihan saya untuk dimakan dengan Nasi Puteh. Cuma kuah untuk Tauhu Bakar di sini mirip Kuah Rojak Buah ! Mungkin menunya sebegitu.

Saya pernah makan “Tauhu Busuk” di Beijing. Tauhu yang berbau seperti belacan ini dibakar di tei jalan dan dibubuh sos kicap pedas dan manis. Menariknya, saya terpaksa berbaris bersama puluhan pelanggan lain untuk mencuba Tauhu Busuk ini.

Begitu juga kuah untuk Sotong Kangkungnya adalah kuah yang sama dengan Tauhu Bakar.

Secara umumnya, Sotong Kangkung dan Tauhu Bakar di Restoran Gulai Panas ini menepati juga selera saya untuk makanan yang tidak berat.


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Taugeh, taugeh dan taugeh





Taugeh, taugeh dan taugeh

Saya suka makan taugeh! Hari-hari makan taugeh pun tidak mengapa. Bagi saya ianya sayur yang murah dan senang dimakan. Malah semasa saya kecil, taugeh adalah satu-satunya sayur yang saya makan. Sayur lain minta maaf!

Menariknya, kalau saya makan Sayur Taugeh Mamak (seperti di Medan Tok Sagor, Masjid Negeri Ipoh), saya suka taugehnya yang lunyai. Tetapi kalau saya makan Taugeh Masakan Ala Cina, saya suka taugehnya yang rapuh (half-cooked). Lebih menarik, kalau saya makan Mee Rebus, Pasembur, Pecal, Tauhu Sumbat dan seumpamanya, saya akan minta Taugeh lebih!

Kini, kalau saya makan di Gerai Masakan Ala Siam, saya akan minta Tauge Ikan Masin. Kalau tukang masak kata tak ada menu itu, saya suruh dia masak macam Kailan Ikan Masin cuma ganti Kailan itu dengan Taugeh!

Lokasi R&R Tapah Sebelah Selatan


http://orangjecilorangbesar.blogspot.com

Cendol Ansari kini berada di Simpang Taiping








Cendol Ansari kini berada di Simpang Taiping

Berita baik kepada warga Simpang, Taiping dan sekitarnya serta pengguna Lebuhraya Utara Selatan Plus, yang ingin menikmati Cendol Ansari The Famous Cendol in Taiping, boleh menikmatinya tanpa masuk ke Bandar Taiping.

Kini Ansari membuka cawangannya di Simpang, Taiping, betul-betul berhampiran persimpangan traffic light menghala ke Bandar Taiping bersebelahan Kedai Gambar Lam Loong.

Minggu lepas, Ansari menjemput saya ke restorannya ini tetapi jadual saya agar ketat. Minggu ini pula Ansari terbang pulang ke “kampong halamannya”. Kebetulan saya dalam perjalanan ke Bangi pagi tadi, saya singgah untuk mencuba suasana restorannya yang lebih luas dan selesa.

Saya sampai 10.30am untuk “bersarapan” dengan Cendol. Malangya Pulut Panggang haya tersedia selepas pukul 12.00 tengahari.

Kepada mereka yang berada di Simpang ataupun pengguna lebuhraya yang singgah makan Mee Banjir di Matang, bolehlah singgah di restoran ini semasa dalam perjalanan pulang. Kalau nak perkena Pulut Panggang, singgahlah selepas pukul 12.00 tengahari.


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Friday, February 20, 2015

Sambal Kelapa Gaul Tempoyak






Sambal Kelapa Gaul Tempoyak

(Otw trip ke Banding Lakeview Inn)

Pagi Khamis semalam sekitar 10am, kami menuju ke BLI, Grik melalui Kuala Kangsar. Cadang nak bersarapan di Gerai Mak Unggal, Simpang tetapi tutup pula. Kami singgah sebuah gerai di Padang Renggas di penghujung deretan rumah kedai selepas Stesen Petronas.

Sebaik sahaja keluar dari kereta sudah terbau kari ikan! Lauk masih banyak belum tersedia. Kami bersarapan Nasi Puteh dengan Kari Ikan Tongkol dan Sambal Kelapa Gaul Tempoyak. Ulam pun masih belum tersedia!

Sambal Kelapa Gaul Tempoyak di sini memang terbaik!

Harap-harap kunjungan selepas ini (waktu makan tengahari), tersedialah ulam-ulaman seperti Timun, Petai Rebus/Bakar, Jering, Bendi Rebus, Terung Rebus/Bakar, Kobis, Jantung Pisang Celur ataupun Pucuk Paku Celur.

Posting lanjut di sini.

http://orangkecilorangbesar.blosgpot.com/

Maneka (Aneka) Bubur atau Maneka Manisa








Maneka (Aneka) Bubur atau Maneka Manisa

(Otw trip balik dari Banding Lakeview Inn)

Pagi tadi sekitar 11.00am, kami dari BLI, Grik melalui Lenggong-Sumpitan balik ke Kamunting. Orang rumah saya awal-awal lagi mengingatkan untuk singgah beli Maneka Bubur di Pekan Batu Kurau. Gerai Maneka Bubur ini terletak berhampiran persimpangan traffic light Pekan Batu Kurau menghala jalan ke Anak Kurau. Gerai ini bersebelahan Pejabat Tok Penghulu.

Orang rumah dan mak saya memang sudah kerap ke sini. Saya hanya baru pertama kali hari ini.

Pelbagai bubur dan kuih-muih berasaskan santan dijual di gerai ini.

Saya rasa gerai ini lebih sesuai dikenali sebagai Gerai Maneka Manisan. Atau ada slanga Tukuro (Batu Kurau) yang lebih sesuai dan lebih tepat untuk Gerai Maneka Manisan.

Semua Manisan dijual dengan harga RM 2.00 sebekas. Murah dan memang terbaik rasanya, kalau ikut citarasa kami suami-isteri!

Gerai ini beroperasi setiap hari dari pukul 11.00 am dan biasanya habis jualan sekitar 4.00 petang.

Posting lanjut di sini.

http://orangkecilorangbesar.blosgpot.com/

Banding Lakeside Inn – weekend great escapade



































Banding Lakeside Inn – weekend great escapade

Hampir baling dadu, saya dan isteri yang bercadang untuk “keluar” (honeymoon?) sempena cuti Hari Raya Cina ini. Serik dengan traffic jam di Limut/Pangkor dan Cameron Highlands, dua tempat ini sudah awal-awal dikeluarkan dari senarai list kami.

Tiba-tiba teringat GM Banding Lakeside Inn (BLI) yang sudah beberapa kali menjemput kami bermalam di tempatnya itu.

Pagi Khamis semalam sekitar 10am, kami menuju ke BLI. Cadang nak bersarapan di Gerai Mak Unggal, Simpang tetapi tutup pula. Kami singgah sebuah gerai di Padang Renggas di penghujung deretan rumah kedai selepas Stesen Petronas.

Sebaik sahaja keluar dari kereta sudah terbau kari ikan! Lauk masih banyak belum tersedia. Kami bersarapan Nasi Puteh dengan Kari Ikan Tongkol dan Sambal Kelapa Gaul Tempoyak. Ulam pun masih belum tersedia!

Kami tiba di BLI sekitar 2pm. Terkejut juga melihatkan laluan Kuala Kangsar-Grik yang banyak kenderaan. Malah di awal laluan Grik ke Lebuhraya Timur-Barat itu kami terkandas hampir 15 minit akibat kesesakan.

Jarak BLI dari Pekan Grik adalah 42 km dan terletak betul-betul sebelum jambatan yang merentasi Tasek Banding.

Lobby hotel ini terletak di paras lima di atas bukit. Bilik kami di paras empat. Kolam Mandi di paras tiga. Manakala surau di paras enam, paras paling tinggi.

BLI menawarkan pelbagai pakej rekreasi di Hutan Belum. Sebut sahaja pakej outdoor yang terlintas, ada jawapannya di sini. Ada yang “hardcore” dan ada yang “light” bersesuaian dengan peringkat umur dan kesihatan.

Tetapi kami hanya ingin “keluar” dari rumah dan bersantai menikmati pandangan tasek. Mungkin di masa akan datang kami akan mencuba pakej rekreasi ini.

Seperti dijangka, walaupun BLI menawarkan wi-fi percuma, liputan di sini hampr tiada. Malah mobile data dan broadband mobile yang saya bawa juga hampir tidak berfungsi. Amat sesuai untuk mereka yang benar-benar yang mencari “weekend great escapade”.

Bakoni bilik kami menghadap tasek dan jambatan merintasi Tasek Banding ini memang mengujakan kami. Asyik memerhatikan kenderaan yang tidak putus-putus di atas jambatan bagaikan deretan semut mundar-mandir! Sekali-sekala deruman engine Bot Laju bagaikan korus lagu.

Makan malam ala bufet-nya ringkas tetapi menyelerakan. Sup Ayam-nya yang terbaik! Macam rasa nak minta dipadankan dengan beehun atau ketiaw. Menu lain seperti Daging Masak Kicap, Ikan Rendang, Udang Sayur Campur dan Labu Masak Lemak tidak kurang sedapnya.

 Appetizer yang merupakan sajian pertama sesuatu hidangan, kami jadikan lauk tambahan! Manakan tidak, Kerabu Dagingnya memang mengancam! Terdapat juga pelbagai appetizer yang lain.

Ramai juga tetamu bersama kami menikmati jamuan makan malam di ruang makan berbalkoni mengadap tasek.

Suasana subuh menjelang pagi menyaksikan mentari naik menceriakan hari kami. Satu suasana yang menjadi pilihan Fengsui Cina!

Pagi ini kami bersarapan sebelum mendaftar keluar untuk satu lagi  weekend great escapade kami. Sarapanya ringkas sahaja.

In sya Allah selepas ini kami akan datang lagi dengan sport shoes dan trekking suit !

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/