Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti
Amal Taiping (KaT)
Alhamdulillah pada Jumaat 5
Disember 2015 ini ada Hamba Allah yang ingin berkongsi rezeki dengan 90 orang
penghuni 4 buah rumah amal kelolaan KaT
ini sempena permergian Hamba Allah ini sekeluarga menunaikan umrah pada
pertengahan Disember nanti. Juadah yang ingin dikongsi bersama ialah
• Nasi
Puteh
• Ayam
Masak Lemak
• Ikan
Goreng
• Sayur
Campur
• Ulam
Timun
• Sambal
Belacan
• Buah
Tembikai
Hamba Allah ini memohon agar anak-anak
dan warga emas penghuni 4 buah rumah ini mendoakan mereka sekelurga
dipermudahkan-Nya semasa menunaikan umrah, diperlihara-Nya kesihatan dan
dijagai-Nya keselamatan serta diberkati-Nya amalan mereka.
Program ini telah bermula dari awal Januari 2015.
Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap
hari Khamis dan Ahad.. Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.
(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh
Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 35 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain
Bgn Serai x 15 penghuni *
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni,
dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 15
penghuni
Jumlah semua penghuni untuk 4 buah rumah ini ialah 90
orang
Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak
ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti
Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms
Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus /
berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.
(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting
012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting
019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241
0021
*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT
adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili
dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO