Wednesday, March 09, 2016

Warga Lake View College Bersolat Sunat Gerhana Mentari Berjemaah







Warga Lake View College Bersolat Sunat Gerhana Mentari Berjemaah

Alhamdulillah sempena dengan peristiwa Separa Gerhana Mentari pagi tadi, warga Lake View College Bukit Merah menunaikan Solat Sunat Gerhana Mentari dan Khutbah . Jemaah juga disertai oleh pihak pengurusan BMLTR.

Ust Tn Hj Mat Isa Adam memulakan majlis dengan taklimat fadhilat dan kaedah-kaedah solat gerhana. Ada beberapa kaedah dan Ust Tn Hj Mat Isa menyarankan jemaah bersolat mengikut tatacara berikut.

KAEDAH SOLAT SUNAT GERHANA MENTARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah panjang secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah panjang secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya bangun berdiri dari sujud.

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah panjang secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara panjang perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir
Diikuti dengan membaca khutbah.

Surah panjang yang pertama selepas al-Fatihah, sunat lebih panjang dari surah panjang yang kedua. Begitu juga untuk surah ketiga dan keempat

Selepas mengimani solat, Ust Tn Hj Mat Ia membaca khutbah yang menyentuh fahdilat gerhana yang antara lain ialah mengambarkan kebesaran Allah dan peringatan kepada semua makhluknya. Juga disunatkan memperbanyakan ibadat (solat dan sebagainya) serta bersedekah semasa peristiwa gerhana ini.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan.

No comments:

Post a Comment