Friday, April 22, 2016

Komuniti Amal Taiping (KaT) sebagai pengantaraan




Alhamdulillah Komuniti Amal Taiping (KaT) sebagai pengantaraan untuk sumbangan/aktiviti berikut:- 

1. Sumbangan barangan toileteries ubat/berus gigi, towel, syampoo mandi, beg kain voven, bedak, sikat dan pengetip kuku kepada anak-anak tahfiz Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Batu 4, Kamunting. Sumbangan Hamba Allah dari Arab Saudi. Sumbangan akan disampaikan semasa Majlis Jamuan Kambing Panggang anjuran Surau Riduaniah, Kamunting Jaya pada Sabtu 30 April 2016. 

2. Sumbangan Detergent Pencuci Lantai kepada (i) Asrama Tahfiz Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg, (ii) Rumah Anak Yatim Kediaman Ain Bagan Serai, (iii) Warga Emas ((L) Aminur Ain Ekspo dan (iv) Warga Emas (P) Al-ikhlas Rozy Ekspo. Sumbangan Hamba Hamba Allah dari Arab Saudi. 

3. Sumbangan barangan toiletries ubat/berus gigi, towel, syampoo mandi, beg kain voven, bedak, sikat dan pengetip kuku kepada 20 rumah Perkampungan Orang Asli Air Karah, Lenggong. Sumbangan Hamba Allah dari Kamunting. Sumbangan akan disampaikan semasa Program Ziarah Team Dakwah Belantara di Air Karah oleh Gabungan Sukarelawan Dakwah Taiping GSDT pada Sabtu/Ahad 23 & 24 April 2016.

Thursday, April 14, 2016

Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim dan miskin tahfiz Amal Nur Qaseh minggu ini.



Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim dan miskin tahfiz Amal Nur Qaseh minggu ini.

Alhamdulillah, selain dari juadah buka puasa / makan malam setiap hari Khamis dan sarapan setiap hari Ahad kendalian Komuniti Amal Taiping (KaT) atas sumbangan orang ramai, asrama Anak-anak Yatim dan Miskin Amal NurQaseh Kampung Pasir, Batu 4, Kamunting menerima dua jemputan makan lagi di minggu ini.

Esok 15 April 2016 Jumaat, anak-anak tahfiz ini dijemput bersarapan selepas Solat Subuh di Gerai Zul Roti Canai dan Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang Kamunting Jaya. Manakala pada hari Sabtu 16 April 2016, Restoran Deli Café, Kamunting akan menaja jamuan makan malam.

Semoga diberkati-Nya amalan pihak pengurusan Gerai Zul Roti Canai dan Restoran Deli Café ini, dimurahkan rezeki mereka, dipelihara kesihatan dan keselamatan mereka serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat dalam program kendalian KaT ini ialah.

(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 40 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 20 penghuni
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 20 penghuni

Jumlah semua penghuni ialah 105 orang

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021


*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

Jom ziarah, bantu dan berdakwah dengan saudara Orang Asli kita




Jom ziarah, bantu dan berdakwah dengan saudara Orang Asli kita

Gabungan Sukarelawan Daerah Taiping (Team Dakwah Belantara diuruskan oleh En Faisal 013 412 1818) sedang giat dalam akriviti mingguan mereka bersama-sama dengan penduduk Kampung Org Asli Air Karah Gerik.

Komuniti Amal Taiping (KaT) turut serta dalam aktiviti GSDT (TDB) ini. Minggu lepas KaT telah menyampaikan sumbangan orang ramai kepada penduduk KOA Air Karah berupa barangan kelengkapan solat seperti Ketayap, Kain Palekat, Telekung, Penutup Rambut dan Kain Batik.

Hujung minggu ini, GSDT (TDB) akan membawa sumbangan orang ramai yang menyumbang melalui KaT iaitu kelengkapan kebersihan diri toiletries berupa tuala mandi dewasa, tuala mandi kanak-kanak, berus dan ubat gigi, syampo badan, bedak Baby Johnson, sikat, pengetip kuku dan sebagainya.

Pada masa yang sama Kelab dakwah Islam Jabatan Agama Islam Perak sedang mengumpulkan dana untuk mendirikan sebuah surau di KOA Air Karah ini. Kepada mereka yang ingin menyumbang dana pembinaan surau ini bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Islam cawangan Ipoh bernombor
08013010082344 (atas nama Kelab dakwah Islam Jabatan Agama Islam Perak). Selepas bank-in atau transfer, mohon maklumkan kepada En Faisal 013 412 1818.

Kita boleh membuat sumbangan melalui ziarah, membantu, berdakwah atau menyumbang dana. Kita juga boleh membuat sumbangan dengan mendoakan agar semua-semua usaha-usaha dakwah dan kemasyarakatan ini dipermudahkan-Nya dan berjalan dengan lancar.


GSDT (TDB juga mengalu-alukan pemilik kenderaan 4x4 yang ingin bersama-sama menyertai aktiviti ini. Jika berminat hubungi En. Faisal.















Monday, April 11, 2016

Alhamdulillah walaupun Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016


Alhamdulillah walaupun Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016 pada setiap hari Khamis (Buka puasa/makan malam) dan Ahad (sarapan) ini telah mendapat tajaan sehingga awal Bulan Jun 2016 (sebelum Ramadan),  tuan/puan masih boleh menyumbang pada hari-hari lain selain dari Khamis dan Jumaat.

Juadah-juadah pada 2 minggu terakhir April 2016 ini adalah seperti berikut. Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang membuat sumbangan melalui KaT.

21 Apr 2016 Khamis Buka Puasa/Makan Malam
Nasi Puteh, Masak Lemak Ayam, Sayur Sawi, Sambal Belacan & Timun
Sumbangan Hamba Allah Qatar (Penyumbang Regular)

22 Apr 2016 Jumaat Buka Puasa/Makan Malam
Set Chicken Chop
Sumbangan Hamba Allah Arab Saudi (Penyumbang Regular)

23 Apr 2016 Sabtu Makan Malam / Tahlil
Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Jelatah
Sumbangan Hamba Allah Bagan Serai

24 Apr 2016 Ahad Sarapan
Nasi Goreng Telur Dadar
Sumbangan Hamba Allah Kulim (Penyumbang Regular)

28 Apr 2016 Khamis Buka Puasa / Makan Malam
Nasi Briayani, Ayam Goreng Rempah, Dalca & Jelatah
Sumbangan Hamba Allah Bukit Merah, Semanggol

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016

Program ini telah bermula dari awal Januari 2015. Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap hari Khamis (Buka puasa/makan malam) dan Ahad (sarapan). Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.

(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 40 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 20 penghuni
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 20 penghuni

Jumlah semua penghuni ialah 105 orang

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021


*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO