Thursday, April 14, 2016

Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim dan miskin tahfiz Amal Nur Qaseh minggu ini.



Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim dan miskin tahfiz Amal Nur Qaseh minggu ini.

Alhamdulillah, selain dari juadah buka puasa / makan malam setiap hari Khamis dan sarapan setiap hari Ahad kendalian Komuniti Amal Taiping (KaT) atas sumbangan orang ramai, asrama Anak-anak Yatim dan Miskin Amal NurQaseh Kampung Pasir, Batu 4, Kamunting menerima dua jemputan makan lagi di minggu ini.

Esok 15 April 2016 Jumaat, anak-anak tahfiz ini dijemput bersarapan selepas Solat Subuh di Gerai Zul Roti Canai dan Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang Kamunting Jaya. Manakala pada hari Sabtu 16 April 2016, Restoran Deli Café, Kamunting akan menaja jamuan makan malam.

Semoga diberkati-Nya amalan pihak pengurusan Gerai Zul Roti Canai dan Restoran Deli Café ini, dimurahkan rezeki mereka, dipelihara kesihatan dan keselamatan mereka serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat dalam program kendalian KaT ini ialah.

(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 40 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 20 penghuni
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 20 penghuni

Jumlah semua penghuni ialah 105 orang

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021


*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

No comments:

Post a Comment