Saturday, May 28, 2016

Program Iftar / Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh, Kampung Pasir, Batu 4, Kamunting Pada Ramadan 1437 / 2016.

Program Iftar / Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh, Kampung Pasir, Batu 4, Kamunting Pada Ramadan 1437 / 2016.

Masih terdapat slot kekosongan untuk Iftar. Slot untuk Sahur telah penuh ditempah yang diuruskan oleh KaT (Komuniti Amal Taiping).

Mereka yang berhasrat menjemput 30 orang penghuni Maahad Tahfiz ini atau menghantar juadah berbuka, boleh hubungi Penjaga, En. Roslan Ahmad (Pak Long) di HP 012 5430322.

Sekiranya ingin menaja juadah yang akan dimasak oleh Katerer KaT, boleh hubungi Penyelaras KaT, En. Lukman Wan Mat Daud di HP 019 5582626 Whatsapp.

Semoga amalan tuan dan puan diberkati-Nya. Semoga kesihatan dan keselamatan tuan dan puan dipeliharai-Nya. Semoga segala urusan tuan dan puan dipermudahkan-Nya. Aamiin.


Rev. 28 Mei 2016

Program Sahur dan Iftar bersama Anak Yatim, Anak Tahfiz dan Warga Emas di 4 buah rumah Kamunting dan Bagan Serai


Program Sahur dan Iftar bersama Anak Yatim, Anak Tahfiz dan Warga Emas di 4 buah rumah Kamunting dan Bagan Serai

UPDATE 8.30PM 28 MEI 2016

Lebihkurang seminggu lagi Ramadan akan menjelang. Alhamdulillah kesemua 30 hari slot-slot  Rumah Anak Yatim Kediaman Cahaya Ain (Iftar sahaja), Tahfiz Amal Nur Qaseh (Sahur sahaja), Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain) dan Rumah Warga Emas (P) Al-ikhlas Rozy(Sahur dan Iftar) telah penuh ditempah.

Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga amalan tuan dan puan diberkati-Nya. Semoga kesihatan dan keselamatan tuan dan puan dipeliharai-Nya. Semoga segala urusan tuan dan puan dipermudahkan-Nya. Aamiin.

Friday, May 13, 2016

Juadah Bersama Anak Yatim, Anak Tahfiz & Warga Emas




Alhamdulillah menjelang Ramadan Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016 diakhiri dengan sumbangan terbaru dari Hamba Allah Kuantan yang juga penyumbang regular program ini.

Juadah makan tengahari pada Ahad 5 Jun 2016 sehari sebelum Ramadan ini bermenukan Nasi Puteh, Rendang Daging, Gulai Ikan Tongkol / Kembung  + Bendi & Sawi Goreng.

Terima kasih kepada penyumbang. Semoga amalan ini diberkati-Nya. Semoga dimurahkan-Nya rezeki penyunbang regular ini, dipelihara-Nya keselamatan dan kesihatan dan dipermudahkan-Nya semua amalan. Aamiin.

Thursday, May 12, 2016

Ada yang masih serba kekurangan











Ada yang masih serba kekurangan

Terkedu hati ini bila mendengarkan kata-kata salah seorang pelajar SK Assumption, Perai ini apabila ditanya gurunya mengapa tidak mahu menjamah Nasi Ayam yang diberi. Jawabnya, Nasi Ayam itu hendak dibawa pulang untuk diberikan kepada ibunya.

Teringatkan cerita dari Monier, NGO Warga Kilang. Dalam satu siri amal mereka di Baling sekitar pertengahan 2000, seorang anak asnaf tidak mahu menjamah ayam goreng KFC kerana ingin membawa pulang ke rumah berkongsi dengan adiknya tidak pernah makan ayam goreng KFC ini.

Pagi tadi seramai 61 orang pelajar SK Assumption, Perai dibawa oleh Skuad Senyum menaiki ETS dari Georgetown ke Taiping dan melawat Zoo. Ini adalah susulan dari program Free Canteen yang dianjurkan oleh Skuad Senyum awal tahun dahulu di sekolah yang sama. Semasa program tersebut, Skuad Senyum mendapat banyak maklumbalas mengenai pelajar-pelajar dari keluarga Poor Urban ini. Antaranya mereka tidak pernah menaiki keretapi walaupun sekolah mereka hanya bersebelahan dengan jalan keretapi. Malah ramai dari mereka tidak pernah keluar jauh dari persekitaran tempat tinggal mereka. Ada juga yang berterus-terang tidak pernah menjamah Milo, Juice Tembikai dan sebagainya.

Perancangan awal seramai 100 orang pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 akan mengikuti lawatan ini. Tetapi ramai ibu bapa atau penjaga yang keberatan untuk membenarkannya. Walaupun kesemua perbelanjaan ditanggung, ibu bapa atau penjaga ini tidak sampai hati melihat anak mereka turut serta dalam lawatan ini tanpa wang saku.

Usaha Skuad Senyum (berpusat di Alor Setar) ini amat membanggakan. Lawatan ini juga disertai oleh beberapa orang guru  dan Pelitawanis, badan amal TNB yang turut membuat sumbangan. Terima kasih kepada Hamba Allah warga Taiping (melalui Komuniti Amal Taiping) yang membuat sumbangan Nasi Ayam, Air Mineral, Ais Krim dan peralatan menulis kepada semua peserta lawatan. Rapid Taiping menyediakan perkhidmatan bas percuma dari Stesen Keretapi Taiping. Manakala ETS dan Zoo Taiping memberikan harga tiket istimewa.


*Tiba-tiba teringat kepada anak-anak yatim dan miskin Nurul Iman, Kampung Pinang sewaktu mereka menyertai Kem Jadi Diri anjuran Komuniti Amal Taiping (KaT) di Hotel Perdana Taiping pada tahun 2014. Dalam suatu latihan, semua anak-anak ini diminta menamakan tempat yang mereka ingin sangat untuk pergi melawat. Terkedu hati kami sebagai penganjur apabila membaca jawapan di dalam satu kertas yang diberi. Seorang anak itu ingin sangat melawat Muzium. Zoo dan Parit Buntar! Apabila ditanya mengapa? Jawabnya, dia tidak pernah keluar dari Taiping walaupun sudah berumur 10 tahun. Apabila ditanya cita-cita. Jawabnya (1) Polis, (2) Askar) dan (3) Nelayan! Rujuk link di sini.

Tuesday, May 10, 2016

UPDATE 10 MEI 2016- PROGRAM SAHUR & IFTAR BERSAMA ANAK YATIM, ANAK TAHFIZ & WARGA EMAS



UPDATE 10 MEI 2016-  PROGRAM SAHUR & IFTAR BERSAMA ANAK YATIM, ANAK TAHFIZ & WARGA EMAS
(Petak KUNING sudah ditempah. Petak MERAH masih kosong belum ditempah)

Kenapa si mati lebih memilih untuk bersedekah seandainya dia dikembalikan ke dunia?


Firman Allah, ".....wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." - Surah Al Munafiqun, Ayat 10

Monday, May 02, 2016

PROGRAM SAHUR & IFTAR 4 RUMAH AMAL /KEBAJIKAN DI KAMUNTING & BAGAN SERAI RAMADAN 2016


Alhamdulillah, tahun ini adalah kali keempat Komuniti Amal Taiping (KaT) menganjurkan PROGRAM SAHUR & IFTAR 4 RUMAH AMAL /KEBAJIKAN DI KAMUNTING & BAGAN SERAI RAMADAN 2016

Untuk menyumbang, hubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626. Empat buah rumah amak tersebut ialah:-

1.       Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai x 20 penghuni (Iftar sahaja) RM 160.00
2.       Warga Emas (L) Aminur Ain, Ekspo, Kamunting x 20 penghuni (Iftar & sahur) RM 240.00
3.       Warga Emas (P) Al-ikhlas Rozy, Ekspo, Kamunting x 25 penghuni (Iftar & sahur) RM 300.00
Anak Yatim & Miskin Tahfiz Amal Nur Qaseh, Kpg Pasir, Bt. 4, Kamunting x 40 penghuni (Sahur sahaja) RM 160.00
4.       Untuk keempat-empat rumah amal ini serentak ialah RM 860.00

KAEDAH SUMBANGAN

1.       Penyumbang boleh memilih untuk menyumbang kepada 4 buah rumah serentak atau memilih hanya sebuah, dua atau tiga buah rumah amal ini.
2.       Untuk Ramadan 2016 ini, KaT hanya menyenggarakan Sahur (tanpa Iftar) kepada Tahfiz Amal Nur Qaseh dan Iftar (tanpa Sahur) kepada Kediaman Cahaya Ain. Manakala Sahur dan Iftar kepada kedua-dua rumah Warga Emas.
3.       Tempahan boleh dibuat serta-merta tel/sms/whatsapp LUKMAN WAN MAT DAUD 019 558 2626. Bayaran perlu dibuat sebelum 1 Ramadan 2016. Disyorkan tempahan secara whatsapp 






GSDT Gabungan Sukarelawan Dakwah Taiping (Team Dakwah Belantara)


Alhamdulllah kunjungan GSDT Gabungan Sukarelawan Dakwah Taiping (Team Dakwah Belantara) semasa kunjungi dakwah ke Kampung Orang Asli Air Karah Lenggong minggu lepas turut disertai warga Penjara Taiping.

Komuniti Amal Taiping (KaT) ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyumbang barangan seperti peralatan solat dan kelengkapan toileteries kepada 18 keluarga di sini.