Tuesday, July 19, 2016

Khidmat Masyarakat Pelajar Kolej






Khidmat Masyarakat Pelajar Kolej

Berterasan penyataan  (declaration) seperti di bawah, Komuniti Amal Taiping (KaT) telah diminta untuk memberi nasihat tunjuk-ajar dan panduan kepada pelajar-pelajar sebuah kolej dalam menjayakan khidmat masyarakat.

Tiga grup pelajar kolej ini akan memulakan khidmat masyarakat meraikan penghuni rumah kebajikan dengan pelbagai aktiviti termasuk bergotong-royong membersihkan premis.

Grup pertama akan terlibat di Rumah Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai pada 23 dan 24 Julai Sabtu dan Ahad ini. Manakala Grup kedua akan terlibat di Rumah Warga Emas (P) Ak-ikhlas Rozy , Ekspo pada 23 Julai Sabtu dan di Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain, Ekspo pada 24 Julai Ahad/

Oleh kerana kekangan penghuni warga emas untuk melibatkan diri dalam aktiviti, pelajar-pelajar ini akan bergotong-royong memasak menyediakan makan tengahari.

KaT menyediakan makan tengahari untuk kedua-dua hari di Kediaman Cahaya Ain dan juga membekalkan bahan mentah untuk dimasak di kedua-dua rumah warga emas.

Grup ketiga terlibat dalam khidmat masyarakat di bandar Taiping. KaT memohon bantuan tunjuk-ajar dan penyeliaan Crew HotDTaiping (HDT) yang lebih arif dan berpengalaman serta kerap mengadakan kerja amal di bandaran ini.

Crew HDT dipimpin oleh Sdr, Azwan Lokman (Kembara Sepi) akan menyelia Grup ketiga ini berkhidmat masyarakat membersihkan Burmese Pool, Kaki Bukit Larut, Lake Garden, Pekan Pokok Asam dan rumah asnaf di Matang pada 6 dan 7 Ogos Sabtu dan Ahad.

KaT menyediakan juadah makan tengahari kepada semua yang terlibat dalam khidmat masyarakat bandaran ini.

Penyataan Komuntiti Amal Taiping (KaT Declaration)

Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO. KaT bersedia untuk membantu dan bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk kerja amal dan seumpamanya.

Sumbangan Set Jubah Pelajar Tahfiz (3 institusi)







Sumbangan Set Jubah Pelajar Tahfiz (3 institusi)

Alhamdulillah seorang penyumbang regular Komuniti Amal Taiping (KaT) telah meminta KaT membeli dan menyampaikan Set Jubah, Seluar, Serban dan Ketayap kepada 11 orang pelajar tahfiz anak yatim dan miskin di Maahad Tahfiz Wa Taalimulquran Ar-Rahimiyah, Pokok Asam dan 20 helai Jubah kepada pelajar tahfiz cawangan Maahad Tahfiz Wa Taalimulquran Ar-Rahimiyah di Kampung Boyan.

Satu majlis minum petang bersempena Aidilftri akan diadakan di Chargaz Cafe & Catering, Kampung Boyan pada petang Sabtu 23 Julai 2016 ini unyuk menyampaikan sumbangan jubah ini kepada pelajar tahfiz anak yatim dan miskin Maahad Tahfiz Wa Taalimulquran Ar-Rahimiyah.

Terima kasih juga kepada Chargaz Cafe & Catering yang memberi harga istimewa (diskaun) untuk jamuan petang ini.

Pada masa yang sama juga, penyumbang regular ini juga telah meminta KaT menguruskan tempahan Jubah kepada 28 orang pelajar tahfiz anak yatim dan miskin di Maahad Tahfiz Amal Nur Qaseh. Kampung Pasir, Batu 4, Kamunting. Jubah sekarang dalam proses tempahan seperti dalam gambar dan dijangka siap bulan depan.

Semoga diberkati-Nya amalan penyumbang Set Jubah ini. KaT hanya perantaraan.

Friday, July 08, 2016

Takbir Raya di KOA Air Karah







Alhamdulillah, syukur. Pertama kali berlangsungnya gema takbir di perkampungan Orang Asal (KOA) Air Karah, Lenggong pada hari terakhir Ramadan 2016 selepas Solat Isyak.

Sebelum berbuka untuk iftar terakhir, Gabungan Sukarelawan Dakwah Taiping (GSDT) mengadakan gotong-royong menyediakan Lemang dan Rendang. Kemudian majlis bersambung dengan penyerahan sumbangan barangan dan sedekah wang ringgit kepada 13 keluarga.

Majlis juga disertai oleh penduduk KOA Lubuk Cupak yang beragama Kristian. Semoga Allah memberikan hidayah agar mereka kembali kepada Islam.


GSDT mengucapkan ribua terima kasih kepada semua penyumbang doa, wang ringgit dan barangan. Semoga Allah memurahkan rezeki, rahmati dan berkati kehidupan penyumbang.

Sunday, July 03, 2016

Ride to Hajj




Semoga dipermudahkan-Nya urusan sahabatku ini dan rakan-rakannya.
Dari kanan, Mr Douglas Choong, Clerk of the Course, Tan Sri Ahmad Yom, Presiden RPMC (arwah), Lukman Wan Mat Daud dan Wazi Abdul Hamid