Saturday, August 20, 2016

Majlis doa sempena kemerdekaan di rumah-rumah tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas








Majlis doa sempena kemerdekaan di rumah-rumah tahfiz,  anak yatim and miskin serta warga emas

Alhamdulillah dan bersyukurlah kita sebagai Warga Malaysia.

Hamba Allah (bersama  keluarganya) meminta Komuniti Amal Taiping (KaT) menguruskan majlis doa (solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan sebagainya) di rumah-rumah tahfiz,  anak yatim and miskin serta warga emas di bawah program KaT. Hamba Allah ini akan menaja juadah makan malam selepas majlis.

Majlis akan diadakan pada hari Selasa 30 Ogos 2016. Majlis ini bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Hamba Allah ini memohon agar anak-anak tahfiz, yatim dan miskin serta warga emas ini mendoakan agar Negara kita aman damai dan makmur.

Rumah-rumah tahfiz,  anak yatim and miskin serta warga emas yang terlibat ialah:

1. Anak Yatim dan Miskin Tahfiz Amal Nur Qaseh, Bt 4, Kamunting x 35 orang penghuni
2. Anak Yatim dan Miskin (P) Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai x 20 orang penghuni
3. Warga Emas (P) Al-ikhlas Rozy, Ekspo, Kamunting x 25 orang penghuni
4. Warga Emas (L) Aminur Ain, Ekspo, Kamunting x 20 orang penghuni
5. Tahfiz Arrahimiyah Kpg Boyan, Taiping x 25 orang penghuni
6. Tahfiz Arrahimiyah Pokok Asam, Taiping x 85 orang penghuni


Jumlah 210 orang penghuni

Sunday, August 14, 2016

Jalan Pintas? User Experience?


Jalan Pintas? User Experience?

Jalan pintas (atau short cut) ini adalah satu topik yang saya sering sentuh dalam kelas OSH saya. Malah saya juga mencadangkan akan disahkan penggunaannya (halalkan yang haram). Boleh rujuk dalam blog OSH The Jurney dan FB saya.

Terbaru Roger James Hamilton menulis berkaitan jalan pintas ini. Bukan dari segi OSH tetapi dari segi “use experiences vs design”.

Artikel penuh seperti berikut.

Best advice if you're just starting or growing a business:

FB Roger James Hamilton

Focus at your customer more than your product. Get fixed on your customer experience, and your product will keep changing to serve them best. But fix your product, and customers will find a path that fits them, with or without you.


If you're waiting on the street corner, wondering where all your customers are, this post is for you.


We've moved from the industrial age where it was all about the product and productization to the technological age where it's all about the customer and customization. 


Instead of focusing at product development and production lines (which we learned about and were a part of at school), focus at customer experiences and customization lines.


Your business doesn't start when you have a product. It starts when you have a customer. So who is your perfect customer? Start from there and ask yourself (and them):


Problem - What's the problem they need solved?

Promise - What's the benefit you deliver to them by solving it?
Product - How will you solve it better than others?
Proof - Why should they trust you?

Keep upgrading your answers (and your products) regularly. Because what your customers need, their expectations and how they are being served will keep changing fast. And once you get into flow, you'll begin to know what they need before them, and they'll begin pre-buying your next product.

"Get closer than ever to your customer. So close that you tell them what they need well before they realize it themselves." ~ Steve Jobs



The easiest way to future proof your business is to have customers that love you. The easiest way to fail is to love your idea or product more than you love your customers. So find your soul-market and fall in love all over again.

Kucing pun kenal dan menghargainya!

Kucing pun kenal dan menghargainya!

Hari ini, pagi tadi sekali lagi aku menjadi saksi.


Tentu orang Kamunting mengenali insan ini. Aku tidak pasti sama ada dia bongkok atau kerdil. Setiap hari dia mengayuh basikal mini yang ada bakul mengutip barangan yang boleh dikitar semula.

Ramai yang tidak tahu di dalam bakul itu juga terdapat plastik yang berisi ikan.

Sebelum ini aku menjadi saksi kucing-kucing di hadapan Klinik Mat Top mengejarnya.


Terdengar dari mulutnya - nanti sat! Nanti sat!


Kemudian dia memberhentikan basikalnya dan membahagikan ikan kepada kucing yang mengerumunnya.

Hari ini, pagi tadi di Gerai Roti Canai Jalan Ekspo, sekali lagi aku menjadi saksinya.


Mulanya aku terdengar bunyi ngeow beberapa kucing. Kemudian aku terdengar suara yang aku kenali - nanti sat! Nanti sat!


Insan ini memberhentikan basikalnya dan membahagikan ikan kepada kucing-kucing yang mengerumunnya.



Seperti biasa aku rakamkan kisah insaniah ini tapi aku keberatan untuk berkongsi wajah dan susuknya di media sosial.

Friday, August 12, 2016

Fully functioning!






Fully functioning!

Dulu Casio-casio saya hanya seorang sahaja yang menjaganya. Premisnya bersetentangan Hotel Panorama Taiping. Setelah dia meninggal dunia, anak perempuan dan menantunya mengambil-aleh kedai dan lebih menumpukan penjualan dari pembaikan serta service.


Atas recommendation seorang veteran, saya beraleh ke Mr Yap, seorang lagi pakar repair jam di Taiping. Menariknya, premis Mr Yap hanya di kaki lima Bazar Cina Taiping (bertentangan stesen teksi) semenjak 50 tahun yang lalu.


Casio saya (yang juga berusia lebih 10 tahun ini) kembali berfungsi sepenuhnya di bawah tangan Mr Yap.