Majlis doa sempena
kemerdekaan di rumah-rumah tahfiz, anak
yatim and miskin serta warga emas
Alhamdulillah dan
bersyukurlah kita sebagai Warga Malaysia.
Hamba Allah (bersama keluarganya) meminta Komuniti Amal Taiping
(KaT) menguruskan majlis doa (solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan sebagainya)
di rumah-rumah tahfiz, anak yatim and miskin
serta warga emas di bawah program KaT. Hamba Allah ini akan menaja juadah makan
malam selepas majlis.
Majlis akan diadakan pada
hari Selasa 30 Ogos 2016. Majlis ini bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan
Malaysia. Hamba Allah ini memohon agar anak-anak tahfiz, yatim dan miskin serta
warga emas ini mendoakan agar Negara kita aman damai dan makmur.
Rumah-rumah tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas yang
terlibat ialah:
1. Anak Yatim dan Miskin
Tahfiz Amal Nur Qaseh, Bt 4, Kamunting x 35 orang penghuni
2. Anak Yatim dan Miskin
(P) Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai x 20 orang penghuni
3. Warga Emas (P)
Al-ikhlas Rozy, Ekspo, Kamunting x 25 orang penghuni
4. Warga Emas (L) Aminur Ain,
Ekspo, Kamunting x 20 orang penghuni
5. Tahfiz Arrahimiyah Kpg
Boyan, Taiping x 25 orang penghuni
6. Tahfiz Arrahimiyah Pokok
Asam, Taiping x 85 orang penghuni
Jumlah 210 orang penghuni