Menghebahkan sedekah (kerja amal) atau menyembunyikannya?
Saya dari Komuniti Amal
Taiping (KaT) membuat penjelasan sebegini setelah menerima banyak pandangan
mengenai prosedur kami yang membuat hebahan kerja-kerja amal yang dilakukan.
Kami KaT mengambil keputusan
untuk membuat hebahan segala kerja amal berdasarkan ketetapan yang diambil
iaitu;
*Menampakkan kerja telus kami
sebagai perantaraan dari penyumbang kepada penerima sumbangan,
*Memaklumkan adanya insan yang
kurang dan tidak bernasib baik seperti golongan asnaf dan sebagainya,
*Mengalakkan (mengajak) insan
lain bersama-sama mengerjakan amal dengan membuat sumbangan,
*Memberi respon kepada insan-insan yang selalu
menghubungi kami untuk menyampaikan sumbangan mereka.
Sememangnya kami KaT sedia
maklum dengan terjemahan Surah Al-Baqarah Ayat 271 dan Hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairoh, yang menyatakan lebih afdal jika bersedkah (kerja amal)
dilakukan secara sembunyi.
Surah Al-Baqarah Ayat 271
Kalau kamu zahirkan
sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana
menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu
serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi
kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan
kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu
lakukan.
Diriwayatkan dari Abu Hurairoh,
Nabi Muhammad SAW bersabda
Ada tujuh golongan manusia yang
akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali
naungan-Nya …(dan disebutkan salah satu dari mereka)… dan laki-laki yang
bersedekah kemudian menyembunyikan sedekahnya, hingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Bagaimanapun terdapat
ulama-ulama yang mengalakkan hebahan sedekah dan kerja amal ini berdasarkan firman-firman
Allah SWT seperti berikut. Antara kewajarannya ialah untuk mengalakkan lagi
insan lain turut bersedekah dan pada masa yang sama mengelakkan fitnah yang
mungkin terjadi jika dirahsiakan.
Wallahu a’lam
Surah Al-Baqarah Ayat 274
Orang-orang yang membelanjakan
(mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau
terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta
mereka pula tidak akan berdukacita.
Surah Al-Fajr Ayat 16-18
Dan
sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia
tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya:
"Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan
demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai
orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan
anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
Dan
kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang
miskin.
Surah
Ar-Ra’d Ayat 22
Dan
orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata,
dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan
kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak
kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya
balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.
Surah An Nahl Ayat 75
Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba
abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya
sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya
pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan
hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah
kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang
berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui
(hakikat tauhid itu).
Surah
Al Faathir Ayat 29
Sesungguhnya orang-orang yang
selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan
dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara
terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan
yang tidak akan mengalami kerugian.
Hadis yang diriwayatkan oleh
Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah, bahawa ada seorang
lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun
senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa
takjub kepadanya.”
Baginda
bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahala
memperlihatkan.”
(Rujukan dari laman-laman web terpilih. In sya Allah KaT akan merujuk
seterusnya kepada Tok Guru dan Kitab-kitab yang ada)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSemoga-Nya jauhi rasa bangga dan riak. Aamiin
ReplyDelete