Sunday, November 20, 2016

Program Peralatan Sekolah 2017 Komuniti Amal Taiping (KaT)








Program Peralatan Sekolah 2017 Komuniti Amal Taiping (KaT)

Alhamdulillah tengahari ini penyerahan sumbangan orang ramai berupa Peralatan Sekolah 2017 (Beg Sekolah, Bekas Minuman dan Stationery) kepada 28 anak-anak Yatim Ummu Sofiah Sungai Nyior Trong. Sebelum itu anak-anak mengunting rambut di bawah tajaan Salon Jelita Kamunting (Kedai d belakang Stesen Bas kamunting). Juga diadakan jamuan tengahari Antara anak-anak yatim, penghuni dan ahli KaT

Manakala Uniform Sekolah dan Jubah untuk anak-anak Yatim Ummu Sofiah dalam proses tempahan dan dijangka siap bulan Disember 2016 ini.


Manakala di sebelah petang penyerahan Jubah Pelajar Perempuan dan Jubah Pelajar Lelaki kepada 26 orang pelajar-pelajat Maahad Tahfiz An Nur Hafizah Kampung Paya Kamunting. Jubah-jubah ditaja oleh Hamba Allah Kulim.

Wednesday, November 16, 2016

Penyampaian Sumbangan melalui Komuniti Amal Taiping (KaT)











Penyampaian Sumbangan melalui Komuniti Amal Taiping (KaT)

Hari yang padat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Komuniti Amal Taiping (KaT) hari ini telah menyempurnakan penyampaian sumbangan dari ramai kepada:

Rabu 16 Nov 2016

*10.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama di Maahad Tahfiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Batu 4 Kamunting (28 orang)


*11.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama serta serahan Jubah dan barangan toiletries (beg voven, ubat & berus gigi sugi, syampoo mandi) di Maahad Tahfiz An Nur Hafizah Kpg Paya Kamunting (26 orang)


*12.00pm Menyumbang 12 beg sekolah & stationery kepada kanak-kanak Taman Yayasan Kamunting (6 kanak-kanak Melayu tabika Melayu & 6 kanak-kanak India prasekolah)


*2.00pm Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg Nyior Trong


In sya Allah penyampaian sumbangan seterusnya ialah:-

Ahad 20 Jun 2016

*12.00pm Menyumbang beg sekolah, stationery dan uniform sekolah & jubah di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg Nyior Trong (28 orang)


*Jamuan makan tengahari bersama anak-anak Yatim Ummu Sofiah dengan sukarelawan KaT dan penyumbang/penaja.


*2.00pm Salon Jelita Kamunting memotong rambut anak-anak yatim Ummu Sofiah


Semoga perancangan kami KaT ini dipermudahkan-Nya.

Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang/penaja dan mereka yang sentiasa mendoakan kami KaT. 

Tuesday, November 15, 2016

NOSTALGIA Restoran Bismillah Taiping







NOSTALGIA Restoran Bismillah Taiping

Rasanya sudah lebih 20 tahun tak menikmati juadah di dalam premis makan lagenda di Taiping ini iaitu Restoran Bismillah. Dua, tiga tahun lepas masuk sekejab jumpa kawan pelanggan tetap di sini (Ali Motor) tapi tidak menjamah apapun.

Pagi tadi Emak beritahu Bapa (yang sudah terlantar bedridden lebih empat tahun) teringin hendak makan Rendang Hati di restoran ini. Malangnya hari ini tiada pula menu tersebut.

Sementelah masuk dalam restoran ini aku terasa nak menjamah Roti Canai. Aku memesan Roti Canai dengan Kuah Dal dan Daging Cincang. Kalau memesan Kuah Daging, hanya akan dihantar semata-mata kuah ataupun terselit seketul daging sebagai syarat. Kalau memesan Daging Cincang, dapatlah sepiring kuah dengan ketulan daging.

Menu yang sama dipesan ketika 80an dahulu (semasa sekolah menengah), ketika itu juga selalunya aku keseorangan menjamahnya. Sekeping Roti Canai Garing dengan Kuah Dal dan Daging Cincang serta secawan Teh Tarik. Semasa 80an dahulu set menu sebegini hanya berharga tidak sampai pun RM 3.00. Tetapi hari ini set menu ini berharga RM 6.60 !

Semasa 70an (semasa bersekolah rendah), inilah restoran mewah kepada keluarga kami. Setahun sekali Bapa bawa kami sekeluarga Emak, Kakak, aku dan adik menjamu selera di sini. Kami “makan luar”!

Paling menarik demi memastikan kami menjamu makan dengan sepuas-puasnya, Emak akan bawa Nasi Puteh dalam periuk berbalut tuala!

Kami menjamu selera di tingkat atas. Ketika itu tiada lagi istilah Nasi Kandar atau Nasi Campur. Yang ada hanyalah Nasi Hidang. Pelayan akan bawa banyak lauk-pauk dan sayur dalam piring-piring kecil. Kesemuanya dihidangkan di atas meja. Bapa akan memilih dan mengasingkan piring-piring lauk-pauk tersebut. Piring lauk-pauk yang hendak dimakan sahaja dikekalkan di atas meja kami. Lauk-pauk lain diletakkan di meja bersebelahan kami. Rupa-rupanya setelah dewasa baru aku tahu di Indonesia semua Nasi Minang dihidang sebegini!

Menjamahlah kami dengan sepuasnya. Kadang-kadang aku menjeling juga lauk-pauk yang diasingkan di meja bersebelahan. Biasanya lauk udang, sotong dan ketam yang diasingkan Bapa! Aku hanya menjeling tanpa bersuara. Menu ayam dan daging sudah cukup mengenyangkan kami sekeluarga.

Itulah “makan luar” kami sekeluarga dan hanya setahun sekali! Biasanya pada cuti sekolah bulan Disember.

Terima kasih Bapa! Membawa kami “makan luar”. Terima kasih Emak! Bawa Nasi Puteh seperiuk untuk memastikan kami makan dengan puas.

Klik di sini untuk satu lagi catatan berkaitan Restoran Bismillah ini bertajuk “Kalau 80an dulu, Restoran Bismillah adalah “Taiping Central””.

Kalau 80an dulu, Restoran Bismillah adalah “Taiping Central”. Tak sah kalau pergi Taiping tak turun di hadapan Restoran Bismillah ini. Tak payah turun di “Bas Stand”, turun saja di hadapan Restoran Bismillah ini.

Kalau mai pagi boleh perkena Bubur Gandum. Kalau rasa lapar walau sudah perkena nasi Goreng sepinggan bok Mak Andeh masak subuh sapie, boleh perkena Roti Canai dengan Daging Cincang dalam Restoran Bismillah.

Kalau mai belah matahari sudah naik sepengalah, boleh perkena Chendol Ais Sagat.

Lepas tu langkah jalan pergi “Market Ikan”. Kalau rasa hendak beli “Daging Sejuk”, boleh langkah lagi ke ‘Market Daging”. Kalau kuat berjalan boleh tengok kain baju di Bazar China. Tak pun belek kain pelekat di Kedai Pakistan,

Kalau lepas musim ambik padi, boleh kona ke Market Road bawa Mak Andeh belek seurat dua gelang mas.

Bila nak balik boleh singgah Bintang Tujuh tepi Market Daging beli barang dapur. Last sekali tunggu bas di depan Restoran Bismillah.

Semua ini sebelum jalan tepi Restoran Bismillah itu masih dua hala. Bas dari manapun mesti singgah di sini. Belakang restoran pula ‘Stand Teksi” (Taxi Stand?). Selepas jalan jadi sehala, Cnendol pecah kongsi, ada Chendol Bismillah dan ada Chendol Ansari. Masing-masing tuntut nama Chendol Bismillah Asli!

Kini Taiping Sentral di Jalan Istana Larut, tapak istana Syarifah Salmah, isteri Almarhum Sultan Idris, ibu kepada Raja Razman dan Raja Rashid, kawan aku itu.

Bas memang tak lalu dan tak singgah di Taiping Sentral ini. Pak Su Mat dari Bendang Luas, Ijok dan Mak Lang Hodoh dari Cheruk Pelanduk, Batu Kurau kena naik teksi kalau nak ke Taiping Sentral ini.

Nak beli ikan, daging dan barang dapur jenguk sahaja kat Tesco sebelah Taiping Sentral. Nak beli kain baju sehelai dua pun ada. Gelang mas dan rantai subang berlonggok-longgok ada.


Chendol dan Pasembor pun ada. Pasembor Kadir lagi pulak tu!

Sunday, November 13, 2016

Projek KaT Kelengkapan Sekolah 2017. Sasaran Disember 2016. Alhamdulillah hampir lengkap kesemuanya November 2016




Projek KaT Kelengkapan Sekolah 2017. Sasaran Disember 2016. Alhamdulillah hampir lengkap kesemuanya November 2016

Alhamdulillah, projek Komuniti Amal Taiping (KaT) mendapatkan kelengkapan persediaan persekolahan 2017 hampir lengkap kesemuanya. Projek dirancang seawal Oktober 2016 dengan sasaran Disember 2016 telah membuahkan hasilnya lebih awal di November 2016 ini.

Jubah untuk anak-anak Maahad Tahfiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Batu 4 Kamunting (28 orang) telah diserahkan pada awal Oktober 2016. In sya Allah dalam minggu ini penyerahan sumbangan lain akan berlangsung seperti berikut:-

Rabu 16 Nov 2016
*10.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama di Maahad Tahfiz  Anak Yatim & Miskin  Amal Nur Qaseh Batu 4 Kamunting (28 orang)
*11.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama serta serahan Jubah dan barangan toiletries (beg voven, ubat & berus gigi sugi, syampoo mandi) di Maahad Tahfiz An Nur Hafizah Kpg Paya Kamunting (26 orang)
*12.00pm Menyumbang 12 beg sekolah & stationery kepada kanak-kanak Taman Yayasan Kamunting (6 kanak-kanak tabika Melayu & 6 kanak-kanak prasekolah India)
*2.00pm Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg  Nyior Trong

Ahad 20 Jun 2016
*12.00pm Menyumbang beg sekolah, stationery dan uniform sekolah & jubah di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg  Nyior Trong (28 orang)
*Jamuan makan tengahari bersama anak-anak Yatim Ummu Sofiah, sukarelawan KaT dan penyumbang/penaja.
*2.00pm Salon Jelita Kamunting memotong rambut anak-anak yatim Ummu Sofiah

Semoga perancangan kami KaT ini dipermudahkan-Nya.


Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang/penaja dan mereka yang mendoakan kami KaT. Tidak lupa juga kepada admin-admin FB Grup yang mengizinkan penyiaran posting-posting promosi kami KaT selama ini.