Monday, December 26, 2016

Sumbangan Sempena CNY


UPDATE 26 DISEMBER 2016
Sebanyak 10 set beg telah ditaja. Masih diperlukan sebanyak 14 set beg lagi.
Program ini juga sempena membalas/mengenang budi beberapa penyumbang tetap KaT dari kaum Cina yang banyak dan kerap menyumbang kepada anak yatim, anak tahfiz, asnaf, warga emas dan OKU dalam program kendalian KaT selama ini.

Sunday, December 25, 2016

Rezeki sebagai kolektor




Rezeki sebagai kolektor

Hari ini kenalan saya yang juga kolektor Volkswagen Kombi/Beetle yang terkenal telah menyerahkan Raleigh Winkie Tricycle miliknya secara percuma kepada saya. Malah beliau yang tinggal di Kuala Ketil sanggup datang ke Taiping untuk membuat serahan terus kepada saya.

Termasuk Raleigh Winkie Tricycle ini sudah dua buah basikal klasik yang pemilik-pemilik sebelumnya menyerahkan kepada saya secara percuma. Syarat dari mereka ini sama juga – jika saya tidak mahu atau tidak boleh menjaganya, serahkan kembali kepada mereka. Malah sekarang inipun saya sedang berurusan dengan seorang lagi pemilik basikal klasik yang berhasrat hendak menyerahkan basikalnya secara percuma juga kepada saya!

Sebelum ini saya juga mendapat sebuah motosikal lama Suzuki RC 110 yang juga diserahkan secara percuma oleh pemiliknya kepada saya setelah mengetahui saya berminat dan mempunyai koleksi motosikal lama.

Dahulu sekitar pertengahan 80an, saya amat cemburu apabila kenalan saya ketika itu, Dr Zaini Shaaarani memberitahu ada seorang kenalan yang baru dikenalinya di Terengganu, menyerahkan secara percuma kepadanya sebuah motosikal klasik Gilera 125. Motosikal itu setelah dibaik-pulih kemudiannya disimpan di dalam bilik tidur apartmentnya di Kelana Jaya!

Sekarang saya menunggu pula jika ada yang hendak menyerahkan secara percuma motosikal klasik British Norton Single atau kereta lama Ford Escort RS2000 Mark I.

*Myvi saya juga hari ini menambah satu lagi rekod persendiriannya. Sebelum ini Myvi ini pernah membawa motosikal Suzuki GT250, basikal Raleigh Rangler, Rangler RX, Foldable, Roamer dan Coastal, serta (selalunya) Kuwahara BMX, hari ini Myvi saya membawa Raleigh Winkie Tricycle!


Koleksi mini Raleigh setakat ini - Roamer, Rangler, Rangler MX, Costal dan Foldable. Terkini Raleigh Winkie Tricycle. Adakah Avante akan menyusul?



Tuesday, December 13, 2016

BERHENTILAH SEBAR / FORWARD / VIRAL POSTING SEUMPAMA INI


BERHENTILAH SEBAR / FORWARD / VIRAL POSTING SEUMPAMA INI

Penulis asal posting ini memang berhasrat supaya anda menyebarkanya walaupun niat anda untuk mengecamnya.
Langkah terbaik laporkan kepada FB dan delete sahaja.

Saya tidak teragak-agak untuk “unfriend” mereka yang menyebarkannya.


Lukman Wan Mat Daud

Alhamdulillah. Sejuk mata (dan hati) penyumbang jubah kepada anak-anak Madrasah Tahfiz An-nur Kpg Paya Kamunting ini.





Alhamdulillah. Sejuk mata (dan hati) penyumbang jubah kepada anak-anak Madrasah Tahfiz An-nur Kpg Paya Kamunting ini.

Semoga diberkati-Nya amalan penyumbang Hamba Allah dari Kulim ini yang turut menyumbang jubah kepada anak-anak yatim dan miskin Kediaman Cahaya Ain. Semoga dimurahkan-Nya rezeki penyumbang ini. Semoga dipelihara-Nya kesihatan dan keselamatan serta dipermudahkan-Nya segala urusan penyumbang ini.

Aamiin.


*Komuniti Amal Taiping (KaT) hanya sebagai perantaraan menyampaikan sumbangan ini.

Sunday, December 11, 2016

Mohon fahamilah teks Bahasa Malaysia yang mudah ini.




Mohon fahamilah teks Bahasa Malaysia yang mudah ini.

Isu viral ini telah beberapa kali saya ulas dalam FB. Semalam ada lagi yang meviralkannya.

Saya terpanggil untuk menulis semula lagi setelah terlalu kerap yang menyalahkan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 ini. Ramai yang membabi-buta yang menganggap ada pihak tertentu menafikan fakta sejarah bahawa “Magendran dan Mohanadas dinafikan namanya dengan fakta diubah mengatakan Muhamad Muqharabbin Bin Mokhtarrudin dan Ahmad Reduan Bin Razali adalah dua rakyat Malaysia yang pertama sampai di gunung Everest”.

Mohon yang menulis sebegitu membaca betul-betul dan memahaminya sebelum membabi-buta meviralkannya. Dalam teks tersebut HANYA mengatakan Muqharabbin dan Reduan telah berjaya sampai ke puncak Gunung Eeverest dan merupakan pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara. Sama sekali tidak tercatat atau mendakwa Muqharabbin dan Reduan sebagai dua rakyat Malaysia yang pertama sampai di gunung Everest.

Cuma yang kurang dalam teks ini tidak dinyatakan Magendran dan Mohanadas sebagai rakyat Malaysia pendaki pertama Gunung Everest

Mohon fahamilah teks Bahasa Malaysia yang mudah ini.

Friday, December 09, 2016

Buruk Siku, Kesipuan dan Kemaluan



Buruk Sikut, Kesipuan dan Kemaluan

Sebelum "memberi", beringat-ingatlah dahulu. Jangan sampai terpaksa "ambil semula". Lebih baik jangan beri terus.

Kalau dahulu diumpamakan "Buruk Siku"!
Adakah sekarang boleh di-re-branding-kan "Buruk Kemaluan"?

*Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), DBP. Boleh download di sini.

**Dalam OSH NADAPOD Reg. 2004 Buruk Kemaluan diterjemahkan sebagai "emasculation"!