Monday, December 26, 2016

Sumbangan Sempena CNY


UPDATE 26 DISEMBER 2016
Sebanyak 10 set beg telah ditaja. Masih diperlukan sebanyak 14 set beg lagi.
Program ini juga sempena membalas/mengenang budi beberapa penyumbang tetap KaT dari kaum Cina yang banyak dan kerap menyumbang kepada anak yatim, anak tahfiz, asnaf, warga emas dan OKU dalam program kendalian KaT selama ini.

Sunday, December 25, 2016

Rezeki sebagai kolektor




Rezeki sebagai kolektor

Hari ini kenalan saya yang juga kolektor Volkswagen Kombi/Beetle yang terkenal telah menyerahkan Raleigh Winkie Tricycle miliknya secara percuma kepada saya. Malah beliau yang tinggal di Kuala Ketil sanggup datang ke Taiping untuk membuat serahan terus kepada saya.

Termasuk Raleigh Winkie Tricycle ini sudah dua buah basikal klasik yang pemilik-pemilik sebelumnya menyerahkan kepada saya secara percuma. Syarat dari mereka ini sama juga – jika saya tidak mahu atau tidak boleh menjaganya, serahkan kembali kepada mereka. Malah sekarang inipun saya sedang berurusan dengan seorang lagi pemilik basikal klasik yang berhasrat hendak menyerahkan basikalnya secara percuma juga kepada saya!

Sebelum ini saya juga mendapat sebuah motosikal lama Suzuki RC 110 yang juga diserahkan secara percuma oleh pemiliknya kepada saya setelah mengetahui saya berminat dan mempunyai koleksi motosikal lama.

Dahulu sekitar pertengahan 80an, saya amat cemburu apabila kenalan saya ketika itu, Dr Zaini Shaaarani memberitahu ada seorang kenalan yang baru dikenalinya di Terengganu, menyerahkan secara percuma kepadanya sebuah motosikal klasik Gilera 125. Motosikal itu setelah dibaik-pulih kemudiannya disimpan di dalam bilik tidur apartmentnya di Kelana Jaya!

Sekarang saya menunggu pula jika ada yang hendak menyerahkan secara percuma motosikal klasik British Norton Single atau kereta lama Ford Escort RS2000 Mark I.

*Myvi saya juga hari ini menambah satu lagi rekod persendiriannya. Sebelum ini Myvi ini pernah membawa motosikal Suzuki GT250, basikal Raleigh Rangler, Rangler RX, Foldable, Roamer dan Coastal, serta (selalunya) Kuwahara BMX, hari ini Myvi saya membawa Raleigh Winkie Tricycle!


Koleksi mini Raleigh setakat ini - Roamer, Rangler, Rangler MX, Costal dan Foldable. Terkini Raleigh Winkie Tricycle. Adakah Avante akan menyusul?



Tuesday, December 13, 2016

BERHENTILAH SEBAR / FORWARD / VIRAL POSTING SEUMPAMA INI


BERHENTILAH SEBAR / FORWARD / VIRAL POSTING SEUMPAMA INI

Penulis asal posting ini memang berhasrat supaya anda menyebarkanya walaupun niat anda untuk mengecamnya.
Langkah terbaik laporkan kepada FB dan delete sahaja.

Saya tidak teragak-agak untuk “unfriend” mereka yang menyebarkannya.


Lukman Wan Mat Daud

Alhamdulillah. Sejuk mata (dan hati) penyumbang jubah kepada anak-anak Madrasah Tahfiz An-nur Kpg Paya Kamunting ini.





Alhamdulillah. Sejuk mata (dan hati) penyumbang jubah kepada anak-anak Madrasah Tahfiz An-nur Kpg Paya Kamunting ini.

Semoga diberkati-Nya amalan penyumbang Hamba Allah dari Kulim ini yang turut menyumbang jubah kepada anak-anak yatim dan miskin Kediaman Cahaya Ain. Semoga dimurahkan-Nya rezeki penyumbang ini. Semoga dipelihara-Nya kesihatan dan keselamatan serta dipermudahkan-Nya segala urusan penyumbang ini.

Aamiin.


*Komuniti Amal Taiping (KaT) hanya sebagai perantaraan menyampaikan sumbangan ini.

Sunday, December 11, 2016

Mohon fahamilah teks Bahasa Malaysia yang mudah ini.




Mohon fahamilah teks Bahasa Malaysia yang mudah ini.

Isu viral ini telah beberapa kali saya ulas dalam FB. Semalam ada lagi yang meviralkannya.

Saya terpanggil untuk menulis semula lagi setelah terlalu kerap yang menyalahkan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 ini. Ramai yang membabi-buta yang menganggap ada pihak tertentu menafikan fakta sejarah bahawa “Magendran dan Mohanadas dinafikan namanya dengan fakta diubah mengatakan Muhamad Muqharabbin Bin Mokhtarrudin dan Ahmad Reduan Bin Razali adalah dua rakyat Malaysia yang pertama sampai di gunung Everest”.

Mohon yang menulis sebegitu membaca betul-betul dan memahaminya sebelum membabi-buta meviralkannya. Dalam teks tersebut HANYA mengatakan Muqharabbin dan Reduan telah berjaya sampai ke puncak Gunung Eeverest dan merupakan pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara. Sama sekali tidak tercatat atau mendakwa Muqharabbin dan Reduan sebagai dua rakyat Malaysia yang pertama sampai di gunung Everest.

Cuma yang kurang dalam teks ini tidak dinyatakan Magendran dan Mohanadas sebagai rakyat Malaysia pendaki pertama Gunung Everest

Mohon fahamilah teks Bahasa Malaysia yang mudah ini.

Friday, December 09, 2016

Buruk Siku, Kesipuan dan Kemaluan



Buruk Sikut, Kesipuan dan Kemaluan

Sebelum "memberi", beringat-ingatlah dahulu. Jangan sampai terpaksa "ambil semula". Lebih baik jangan beri terus.

Kalau dahulu diumpamakan "Buruk Siku"!
Adakah sekarang boleh di-re-branding-kan "Buruk Kemaluan"?

*Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), DBP. Boleh download di sini.

**Dalam OSH NADAPOD Reg. 2004 Buruk Kemaluan diterjemahkan sebagai "emasculation"!

Sunday, November 20, 2016

Program Peralatan Sekolah 2017 Komuniti Amal Taiping (KaT)








Program Peralatan Sekolah 2017 Komuniti Amal Taiping (KaT)

Alhamdulillah tengahari ini penyerahan sumbangan orang ramai berupa Peralatan Sekolah 2017 (Beg Sekolah, Bekas Minuman dan Stationery) kepada 28 anak-anak Yatim Ummu Sofiah Sungai Nyior Trong. Sebelum itu anak-anak mengunting rambut di bawah tajaan Salon Jelita Kamunting (Kedai d belakang Stesen Bas kamunting). Juga diadakan jamuan tengahari Antara anak-anak yatim, penghuni dan ahli KaT

Manakala Uniform Sekolah dan Jubah untuk anak-anak Yatim Ummu Sofiah dalam proses tempahan dan dijangka siap bulan Disember 2016 ini.


Manakala di sebelah petang penyerahan Jubah Pelajar Perempuan dan Jubah Pelajar Lelaki kepada 26 orang pelajar-pelajat Maahad Tahfiz An Nur Hafizah Kampung Paya Kamunting. Jubah-jubah ditaja oleh Hamba Allah Kulim.

Wednesday, November 16, 2016

Penyampaian Sumbangan melalui Komuniti Amal Taiping (KaT)











Penyampaian Sumbangan melalui Komuniti Amal Taiping (KaT)

Hari yang padat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Komuniti Amal Taiping (KaT) hari ini telah menyempurnakan penyampaian sumbangan dari ramai kepada:

Rabu 16 Nov 2016

*10.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama di Maahad Tahfiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Batu 4 Kamunting (28 orang)


*11.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama serta serahan Jubah dan barangan toiletries (beg voven, ubat & berus gigi sugi, syampoo mandi) di Maahad Tahfiz An Nur Hafizah Kpg Paya Kamunting (26 orang)


*12.00pm Menyumbang 12 beg sekolah & stationery kepada kanak-kanak Taman Yayasan Kamunting (6 kanak-kanak Melayu tabika Melayu & 6 kanak-kanak India prasekolah)


*2.00pm Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg Nyior Trong


In sya Allah penyampaian sumbangan seterusnya ialah:-

Ahad 20 Jun 2016

*12.00pm Menyumbang beg sekolah, stationery dan uniform sekolah & jubah di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg Nyior Trong (28 orang)


*Jamuan makan tengahari bersama anak-anak Yatim Ummu Sofiah dengan sukarelawan KaT dan penyumbang/penaja.


*2.00pm Salon Jelita Kamunting memotong rambut anak-anak yatim Ummu Sofiah


Semoga perancangan kami KaT ini dipermudahkan-Nya.

Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang/penaja dan mereka yang sentiasa mendoakan kami KaT. 

Tuesday, November 15, 2016

NOSTALGIA Restoran Bismillah Taiping







NOSTALGIA Restoran Bismillah Taiping

Rasanya sudah lebih 20 tahun tak menikmati juadah di dalam premis makan lagenda di Taiping ini iaitu Restoran Bismillah. Dua, tiga tahun lepas masuk sekejab jumpa kawan pelanggan tetap di sini (Ali Motor) tapi tidak menjamah apapun.

Pagi tadi Emak beritahu Bapa (yang sudah terlantar bedridden lebih empat tahun) teringin hendak makan Rendang Hati di restoran ini. Malangnya hari ini tiada pula menu tersebut.

Sementelah masuk dalam restoran ini aku terasa nak menjamah Roti Canai. Aku memesan Roti Canai dengan Kuah Dal dan Daging Cincang. Kalau memesan Kuah Daging, hanya akan dihantar semata-mata kuah ataupun terselit seketul daging sebagai syarat. Kalau memesan Daging Cincang, dapatlah sepiring kuah dengan ketulan daging.

Menu yang sama dipesan ketika 80an dahulu (semasa sekolah menengah), ketika itu juga selalunya aku keseorangan menjamahnya. Sekeping Roti Canai Garing dengan Kuah Dal dan Daging Cincang serta secawan Teh Tarik. Semasa 80an dahulu set menu sebegini hanya berharga tidak sampai pun RM 3.00. Tetapi hari ini set menu ini berharga RM 6.60 !

Semasa 70an (semasa bersekolah rendah), inilah restoran mewah kepada keluarga kami. Setahun sekali Bapa bawa kami sekeluarga Emak, Kakak, aku dan adik menjamu selera di sini. Kami “makan luar”!

Paling menarik demi memastikan kami menjamu makan dengan sepuas-puasnya, Emak akan bawa Nasi Puteh dalam periuk berbalut tuala!

Kami menjamu selera di tingkat atas. Ketika itu tiada lagi istilah Nasi Kandar atau Nasi Campur. Yang ada hanyalah Nasi Hidang. Pelayan akan bawa banyak lauk-pauk dan sayur dalam piring-piring kecil. Kesemuanya dihidangkan di atas meja. Bapa akan memilih dan mengasingkan piring-piring lauk-pauk tersebut. Piring lauk-pauk yang hendak dimakan sahaja dikekalkan di atas meja kami. Lauk-pauk lain diletakkan di meja bersebelahan kami. Rupa-rupanya setelah dewasa baru aku tahu di Indonesia semua Nasi Minang dihidang sebegini!

Menjamahlah kami dengan sepuasnya. Kadang-kadang aku menjeling juga lauk-pauk yang diasingkan di meja bersebelahan. Biasanya lauk udang, sotong dan ketam yang diasingkan Bapa! Aku hanya menjeling tanpa bersuara. Menu ayam dan daging sudah cukup mengenyangkan kami sekeluarga.

Itulah “makan luar” kami sekeluarga dan hanya setahun sekali! Biasanya pada cuti sekolah bulan Disember.

Terima kasih Bapa! Membawa kami “makan luar”. Terima kasih Emak! Bawa Nasi Puteh seperiuk untuk memastikan kami makan dengan puas.

Klik di sini untuk satu lagi catatan berkaitan Restoran Bismillah ini bertajuk “Kalau 80an dulu, Restoran Bismillah adalah “Taiping Central””.

Kalau 80an dulu, Restoran Bismillah adalah “Taiping Central”. Tak sah kalau pergi Taiping tak turun di hadapan Restoran Bismillah ini. Tak payah turun di “Bas Stand”, turun saja di hadapan Restoran Bismillah ini.

Kalau mai pagi boleh perkena Bubur Gandum. Kalau rasa lapar walau sudah perkena nasi Goreng sepinggan bok Mak Andeh masak subuh sapie, boleh perkena Roti Canai dengan Daging Cincang dalam Restoran Bismillah.

Kalau mai belah matahari sudah naik sepengalah, boleh perkena Chendol Ais Sagat.

Lepas tu langkah jalan pergi “Market Ikan”. Kalau rasa hendak beli “Daging Sejuk”, boleh langkah lagi ke ‘Market Daging”. Kalau kuat berjalan boleh tengok kain baju di Bazar China. Tak pun belek kain pelekat di Kedai Pakistan,

Kalau lepas musim ambik padi, boleh kona ke Market Road bawa Mak Andeh belek seurat dua gelang mas.

Bila nak balik boleh singgah Bintang Tujuh tepi Market Daging beli barang dapur. Last sekali tunggu bas di depan Restoran Bismillah.

Semua ini sebelum jalan tepi Restoran Bismillah itu masih dua hala. Bas dari manapun mesti singgah di sini. Belakang restoran pula ‘Stand Teksi” (Taxi Stand?). Selepas jalan jadi sehala, Cnendol pecah kongsi, ada Chendol Bismillah dan ada Chendol Ansari. Masing-masing tuntut nama Chendol Bismillah Asli!

Kini Taiping Sentral di Jalan Istana Larut, tapak istana Syarifah Salmah, isteri Almarhum Sultan Idris, ibu kepada Raja Razman dan Raja Rashid, kawan aku itu.

Bas memang tak lalu dan tak singgah di Taiping Sentral ini. Pak Su Mat dari Bendang Luas, Ijok dan Mak Lang Hodoh dari Cheruk Pelanduk, Batu Kurau kena naik teksi kalau nak ke Taiping Sentral ini.

Nak beli ikan, daging dan barang dapur jenguk sahaja kat Tesco sebelah Taiping Sentral. Nak beli kain baju sehelai dua pun ada. Gelang mas dan rantai subang berlonggok-longgok ada.


Chendol dan Pasembor pun ada. Pasembor Kadir lagi pulak tu!

Sunday, November 13, 2016

Projek KaT Kelengkapan Sekolah 2017. Sasaran Disember 2016. Alhamdulillah hampir lengkap kesemuanya November 2016




Projek KaT Kelengkapan Sekolah 2017. Sasaran Disember 2016. Alhamdulillah hampir lengkap kesemuanya November 2016

Alhamdulillah, projek Komuniti Amal Taiping (KaT) mendapatkan kelengkapan persediaan persekolahan 2017 hampir lengkap kesemuanya. Projek dirancang seawal Oktober 2016 dengan sasaran Disember 2016 telah membuahkan hasilnya lebih awal di November 2016 ini.

Jubah untuk anak-anak Maahad Tahfiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Batu 4 Kamunting (28 orang) telah diserahkan pada awal Oktober 2016. In sya Allah dalam minggu ini penyerahan sumbangan lain akan berlangsung seperti berikut:-

Rabu 16 Nov 2016
*10.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama di Maahad Tahfiz  Anak Yatim & Miskin  Amal Nur Qaseh Batu 4 Kamunting (28 orang)
*11.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama serta serahan Jubah dan barangan toiletries (beg voven, ubat & berus gigi sugi, syampoo mandi) di Maahad Tahfiz An Nur Hafizah Kpg Paya Kamunting (26 orang)
*12.00pm Menyumbang 12 beg sekolah & stationery kepada kanak-kanak Taman Yayasan Kamunting (6 kanak-kanak tabika Melayu & 6 kanak-kanak prasekolah India)
*2.00pm Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg  Nyior Trong

Ahad 20 Jun 2016
*12.00pm Menyumbang beg sekolah, stationery dan uniform sekolah & jubah di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg  Nyior Trong (28 orang)
*Jamuan makan tengahari bersama anak-anak Yatim Ummu Sofiah, sukarelawan KaT dan penyumbang/penaja.
*2.00pm Salon Jelita Kamunting memotong rambut anak-anak yatim Ummu Sofiah

Semoga perancangan kami KaT ini dipermudahkan-Nya.


Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang/penaja dan mereka yang mendoakan kami KaT. Tidak lupa juga kepada admin-admin FB Grup yang mengizinkan penyiaran posting-posting promosi kami KaT selama ini.

Saturday, October 29, 2016

Menghebahkan sedekah (kerja amal) atau menyembunyikannya?



Menghebahkan sedekah (kerja amal) atau menyembunyikannya?

Saya dari Komuniti Amal Taiping (KaT) membuat penjelasan sebegini setelah menerima banyak pandangan mengenai prosedur kami yang membuat hebahan kerja-kerja amal yang dilakukan.

Kami KaT mengambil keputusan untuk membuat hebahan segala kerja amal berdasarkan ketetapan yang diambil iaitu;

*Menampakkan kerja telus kami sebagai perantaraan dari penyumbang kepada penerima sumbangan,

*Memaklumkan adanya insan yang kurang dan tidak bernasib baik seperti golongan asnaf dan sebagainya,

*Mengalakkan (mengajak) insan lain bersama-sama mengerjakan amal dengan membuat sumbangan,

*Memberi  respon kepada insan-insan yang selalu menghubungi kami untuk menyampaikan sumbangan mereka.

Sememangnya kami KaT sedia maklum dengan terjemahan Surah Al-Baqarah Ayat 271 dan Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairoh, yang menyatakan lebih afdal jika bersedkah (kerja amal) dilakukan secara sembunyi.

Surah Al-Baqarah Ayat 271
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Diriwayatkan dari Abu Hurairoh, Nabi Muhammad SAW bersabda
Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya …(dan disebutkan salah satu dari mereka)… dan laki-laki yang bersedekah kemudian menyembunyikan sedekahnya, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Bagaimanapun terdapat ulama-ulama yang mengalakkan hebahan sedekah dan kerja amal ini berdasarkan firman-firman Allah SWT seperti berikut. Antara kewajarannya ialah untuk mengalakkan lagi insan lain turut bersedekah dan pada masa yang sama mengelakkan fitnah yang mungkin terjadi jika dirahsiakan.

Wallahu a’lam

Surah Al-Baqarah Ayat 274
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

Surah Al-Fajr  Ayat 16-18
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.

Surah Ar-Ra’d Ayat 22
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.

Surah An Nahl Ayat 75
Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).

Surah Al Faathir Ayat 29
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub kepadanya.”

Baginda bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahala memperlihatkan.”


(Rujukan dari laman-laman web terpilih. In sya Allah KaT akan merujuk seterusnya kepada Tok Guru dan Kitab-kitab yang ada)

Monday, October 24, 2016

Sumbangan Cermin Mata Kepada Anak Yatim, Miskin & Tahfi


Sumbangan Cermin Mata Kepada Anak Yatim, Miskin & Tahfiz

Alhamdulillah Kedai Cermin Mata AIRISSA EYE CARE Kamunting (Berhadapan Restoran Shahlan Maju & BSN Kamunting) akan menaja cermin mata kepada anak-anak yatim & miskin serta anak tahfiz yang bermasalah pengelihatan di bawah Program Komuniti Amal Taiping.

Ribuan terima kasih kepada Kedai Cermin Mata AIRISSA EYE CARE Kamunting.

In sya Allah anak-anak yatim & miskin serta anak tahfiz ini akan mendoakan berterusan keberkatan perniagaan Kedai Cermin Mata AIRISSA EYE CARE, semoga-Nya memurahkan rezeki dan memudahkan segala urusan.

Program bawah Komuniti Amal Taiping (KaT). Rumah-rumah tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas yang terlibat sekitar Taiping, Kamuntng dan Bagan Serai ialah:

1. Anak Yatim dan Miskin Tahfiz Amal Nur Qaseh (L/P)
Bt 4, Kamunting x 35 orang penghuni
U.p.: En Roslan @ Pak Long 012 543 0322

2. Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain (P)
Bagan Serai x 20 orang penghuni
U.P.:  Pn Ain 016 504 9564

3. Anak-Anak Yatim Ummu Sofiah (P)
Sungai Nyior, Trong x 26 penghuni
U.p: Pn Faridah Karim 019 568 7994

4. Warga Emas Al-ikhlas Rozy(P)
Ekspo, Kamunting x 25 orang penghuni
U.P.: Pn Rozy 019 578 7650

5. Warga Emas Aminur Ain (L)
Ekspo, Kamunting x 20 orang penghuni
U.P.:  En Rostam 014 241 0021

6. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Kpg Boyan, Taiping x 25 orang penghuni
U.P.:  Ust Arif 019 411 1151

7. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Pokok Asam, Taiping x 85 orang penghuni
U.P.: Ust Arif 019 411 1151

8. Tafiz Arrahimiyah (P)
Kpg Boyan x 49 penghuni
U.P.: Ust Khairul 019 450 0006

9. Tahfiz An Nur Al Hafizah (P/L)
Kpg Paya Kamunting x 26 penghuni
U.P.: Ust Hafizah 014 243 2721

Tuan/puan digalakkan membuat sumbangan terus kepada rumah-rumah amal ini. Tuan/puan juga boleh membuat sumbangan kepada aktiviti kami Komuniti Amal Taiping (KaT) seperti menyediakan makanan, kelengkapan asrama dan peralatan persekolahan. Hubungi Penyelaras KaT, Lukman Bin Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp.

Kempen Segaram Sekolah & Stationery Anak Yatim, Miskin & Tahfiz



Program bawah Komuniti Amal Taiping (KaT). Rumah-rumah tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas yang terlibat sekitar Taiping, Kamuntng dan Bagan Serai ialah:

1. Anak Yatim dan Miskin Tahfiz Amal Nur Qaseh (L/P)
Bt 4, Kamunting x 35 orang penghuni
U.p.: En Roslan @ Pak Long 012 543 0322

2. Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain (P)
Bagan Serai x 20 orang penghuni
U.P.:  Pn Ain 016 504 9564

3. Anak-Anak Yatim Ummu Sofiah (P)
Sungai Nyior, Trong x 26 penghuni
U.p: Pn Faridah Karim 019 568 7994

4. Warga Emas Al-ikhlas Rozy(P)
Ekspo, Kamunting x 25 orang penghuni
U.P.: Pn Rozy 019 578 7650

5. Warga Emas Aminur Ain (L)
Ekspo, Kamunting x 20 orang penghuni
U.P.:  En Rostam 014 241 0021

6. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Kpg Boyan, Taiping x 25 orang penghuni
U.P.:  Ust Arif 019 411 1151

7. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Pokok Asam, Taiping x 85 orang penghuni
U.P.: Ust Arif 019 411 1151

8. Tafiz Arrahimiyah (P)
Kpg Boyan x 49 penghuni
U.P.: Ust Khairul 019 450 0006

9. Tahfiz An Nur Al Hafizah (P/L)
Kpg Paya Kamunting x 26 penghuni
U.P.: Ust Hafizah 014 243 2721


Tuan/puan digalakkan membuat sumbangan terus kepada rumah-rumah amal ini. Tuan/puan juga boleh membuat sumbangan kepada aktiviti kami Komuniti Amal Taiping (KaT) seperti menyediakan makanan, kelengkapan asrama dan peralatan persekolahan. Hubungi Penyelaras KaT, Lukman Bin Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp.