Monday, January 30, 2017

Ziarah Amal, Jamu Selera & Ramah Mesra
















































Ziarah Amal, Jamu Selera & Ramah Mesra

Bermatlamatkan menceriakan hati nurani penghuni-penghuni Pusat Jagaan Warga Emas ini dan memberi motivasi amal kepada anak-anak yatim dan anak tahfiz ini. Komuniti Amal Taiping (KaT) akan mengadakan lagi Program Ziarah Amal, Jamu Selera & Ramah Mesra Ke Pusat Jagaan Warga Emas Al-ikhlas Rozy (P) dan Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L) di Ekspo pada bulan Februari 2017 ini. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian.

Setiap tahun KaT mengadakan Program Ziarah Amal,  Jamu Selera Sambil Beramah-mesra dengan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-ikhlas Rozy (P) Ekspo dan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L) Ekspo. Setakat ini KaT telah mengadakannya bersama penghuni Rumah Anak Yatim Nur Iman Kpg Pinang, penghuni  Rumah Anak Yatim Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai, penghuni Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Amal Nur Qaseh Batu 4, pelajar Lake View College Bukit Merah dan beberapa  badan amal/pelajar sekolah lain.

Biasanya program dibuat pada hari Ahad jam 9.00 pagi.

Tahun ini KaT ingin menjemput Madrasah Tahfiz An-nur menziarahi dan beramah mesra dengan warga emas ini.

KaT akan menaja/menyumbang makanan, kuih-muih dan minuman. Anak-anak akan menyerahkan sendiri sumbangan ini kepada warga emas dan membantu warga emas ini menjamahnya.

Sekiranya  ada tuan/puan yang ingin turut serta memberi sumbangan/tajaan dalam program ini, boleh menghubungi Penyelaras KaT, Lukman Wan Mat Daud 0195582626 Whatsapp. Sumbangan yang digalakkan adalah berupa kuih-muih, pemanis mulut, agar-agar/jeli dan sebagainya. Mohon siapkan dalam kotak untuk agihan (i) Warga Emas Al-ikhlas Rozy (P) x 35, (ii) Warga Emas Amiur Ain (L) x 20 dan (iii) Anak Tahfiz An-nur (P) x 30.


Terima kasih.

Thursday, January 26, 2017

Anak-anak,sayangilah Rumah Amal anak-anak ini








Anak-anak,sayangilah Rumah Amal anak-anak ini

Alhamdulillah, setakat ini Komuniti Amal Taiping (KaT) telah menguruskan beberapa tajaan sumbangan orang ramai untuk t-shirt harian anak-anak yatim dan miskin;

1. Rumah Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Kampung Pinang, Kamunting,
2. Maahad Tahfiz Anak Yatim dan Miskin Amal Nur Qaseh, Batu 4, Kamunting, dan
3. Rumah Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai.

In sya Allah, dalam masa terdekat ini, penyumbang tetap KaT, Hamba Kulim akan menyumbangkan t-shirt harian kepada Rumah Anak Yatim dan Miskin Ummu Sofiah, Trong.