Thursday, January 26, 2017

Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah Trong


















Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah Trong

Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah di Trong adalah rumah amal terawal pengelibatan kami semenjak awal 2000. Ketika itu kami belum lagi dikenali sebagai Komunti Amal Taiping (KaT). Antaranya beberapa aktiviti dan program sumbangan hasil kutipan beberapa buah Kelab Motosikal di Taiping dan juga beberapa organisasi (kebanyakannya kilang) di Taiping, termasuk Majlis Iftar bersama-sama penghuni Sekolah Tunas Bakti Taiping. Kami juga mengaturkan pemeriksaan dan rawatan gigi anak-anak ini di Klinik Pergigian Dr Norshima Kamunting.

Bermula tahun 2015, KaT kembali menumpukan perhatian ke Ummu Sofiah. Alhamdulillah setakat ini KaT telah mengelolakan berapa aktiviti dan program amal seperti;

1. Sebagai pengantaraan aktivitis budaya, En. Hilal Azman dan rakan-rakannya menyumbang persiapan Ramadan,
2. Mengelolakan Khidmat Masyarakat Pelajar-pelajar Lake View College Bukit Merah Semanggol  dan Makan Malam BBQ
3. Sumbangan Barangan Hygiene & Makan Tengahari
4. Sumbangan Penapis Air Utama Luar Rumah
5. Program Gunting/Dandam Rambut & Makan Tengahari
6. Sumbangan Peralatan Sekolah (Beg, Alat Tulis & Bekas Minuman) & Makan Tengahari
7. Sumbangan Seragam Sekolah
8. Sumbangan Jubah

In sya Allah, di masa terdekat ini KaT menguruskan sumbangan t-shirt sukan lengan panjang (anak perempuan) dan lengan pendek (anak perempuan) dari Hamba Allah Kulim, serta sumbangan tudung dari Hamba Allah Taiping.

Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah
No.1, Kampung Jarum Mas,Sungai Nyior, 34800 Trong 
Penjaga/Pengurus: Puan Faridah Bt Haji Abdul Karim (HP 019 568 7994)
Bilangan terkini: Anak perempuan x26 orang. Anak lelaki x 4 orang

Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk membuat sumbangan, KaT mengesyorkan agar tuan/puan berhubung terus Penjaga/PengurusRumah Ummu Sofiah, Puan Faridah.


KaT juga bersedia untuk membantu mengelolakan aktiviti dan program amal jika diminta bantuan.

No comments:

Post a Comment