Sunday, May 10, 2009

Dua kisah benar sempena Hari Ibu

Dua kisah benar sempena Hari Ibu

Kisah 1.

Jumaat, 8 Mei 2009. Isteri seorang aku itu sedang mengingatkan kesemua anak-anak murid tabikanya agar mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu masing-masing pada hari Ahad, 10 Mei 2009 kelak.

Sebelum pulang jam 11.00 pagi, isteri seorang aku itu mengingatkan lagi kepada anak-anak muridnya.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan mengangkat tangan.

“Saya tak boleh tak ucapkan Selamat Hari Ibu, cikgu!”

“Kenapa tak boleh?”, tanya isteri seorang aku itu.

“Saya tak ada ibu!”

“Awak tak ada ibu! Siapa yang hantar awak ke sekolah setiap pagi itu?”

“Itu mak saya cikgu!”


Kisah 2.

1980, tarikh tak ingat.

Ustazah Arfah sedang mengingatkan anak-anak muridnya tingkatan 1 itu tentang jerit-perit ibu yang bersusah-payah membesarkan mereka. Sedangkan pada masa yang sama ramai anak-anak ini yang tidak menghargai jasa-jasa ibu mereka dan sering melakukan kesalahan.

Ustazah Arfah menyarankan mereka agar sentiasa memohon maaf dan ampun dari ibu mereka tidak semestinya hanya di pagi Hari Raya.

“Siapa di antara kamu yang rasa-rasanya banyak buat salah kepada ibu atau emak kamu?”, tanya Ustazah Arfah tu kepada anak-anak muridnya.

Kesemua 36 orang murid-murid dalam kelas itu mengangkat kecuali Amirul Naim. Semua mata memandang kepadanya.

“Kamu Naim tak pernah buat salah kepada ibu kamu?”, tanya Ustazah Arfah.

Naim mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tunduk.

“Tak kan ibu kamu tak pernah marah kamu?”, tanya Ustazah Arfah.

Naim mengeleng-gelengkan kepalanya lagi. Sudah mula tintisan air mata menitik ke atas meja kayu di hadapannya.

“Ustazah tak percaya ibu kamu tak pernah marah kamu. Sayang macamana seorang ibu dia mesti pernah marah atau menegur anaknya.”

Naim masih menunduk kepalanya. Sudah mula kedengaran esakan kecil.

“Uszazah, mak Naim meninggal semasa melahirkannya.” Terdengar suara dari seorang murid lain.

Ustazah Arfah terkelu.

*Naim - di mana kau sekarang?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesag.blogspot.com

Aku? Semalam aku bawa emak mertua dan isteri/anak aku makan tengahari di hotel baru. Hari ini orang rumah seorang aku hadiahkan tudung “ayat-ayat cinta” kepada mak aku. Adilkan!


No comments:

Post a Comment