Saturday, June 27, 2009

Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas





Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas

Beberapa bulan lepas semasa dalam perjalanan dari Sintok ke Taiping, seorang pendengar Radio Sinar FM mempelawa Juruhebah Linda Onn menikmati Udang Bakar di Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas.

Seperti biasa aku (dan orang rumah seorang aku itu serta anak jantan seorang aku itu) memang pantang kalau ada perkabaran baru mengenai mana-mana lokasi baru tempat makan.

Kebetulan pagi tadi orang rumah seorang aku itu ada urusan di Bertam Perdana, jadi aku menelefon seorang rakan yang juga kaki jalan-jalan cari makan di sekitar Pulau Pinang dan Kedah ini bertanyakan lokasi Restoran Ikan Bakar Din di Kepala Batas ini.

Benar seperti kata rakan aku itu. Lokasinya mudah ditemui. Hanya lebihkurang 200 meter dari simpang tiga Pekan Kepala Batas menghala ke Butterworth. Apa yang pasti di laluan kiri kanan berhadapan Restoran ini sesak dengan deretan kereta pelanggannya.

Oleh kerana masih kekenyangan sarapan di Hotel Sunway, kami membeli bungkus untuk dimakan di hotel. Menu pilihan ialah seekor Ikan Keli Bakar, sekeping Daging Bakar, dua ekor Sotong Bakar dan seekor Udang Bakar. Kesemua ini berharga RM 21.00. Teringin juga Ayam Bakar dan Ikan Pari Bakar, tetapi perut masih penuh untuk mengisi semua itu.

Terdapat juga pelbagai jenis ikan yang lain.

Di restoran ini ramai juga pelanggan yang mengorder Sup Gear Box (RM 15.00) dan Gulai Telur Ikan (semangkuk RM 10.00). Menu sampinganya ringkas saja iaitu Pekasam Goreng, Gulai Ikan, Gulai Kawah Daging, Asam Pedas, Kerabu Tauge, Kerabu Pegaga, pelbagai ulam dengan Sambal Belacan, Sambal Macang dan Tempoyak.

Mungkin semasa kelas dua minggu lagi di Perai boleh aku cuba menu lain.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
































No comments:

Post a Comment