Wednesday, July 15, 2009

Hang silap Man!


Hang silap Man!

(Berikut adalah email yang aku terima berkenaan posting aku berkaitan rebet 80 kali bayar tol itu. Email dia siap tazkirah aku. Disiarkan tanpa diedit)

Man, rasanya hang sebut pasai aku dalam entry hang berkaitan rebet 80 kali bayar tol itu. Sebabnya aku kerja di Kulim Hi-Tech kilang hang dulu ini, dok di Jelutong dan pakai Accord ulang-alik kerja.

Sebenarnya bukan aku saja dapat rebet itu sebab lalui jambatan dan BKE. Sapa-sapa yang dok belah Prai atau mai dari Prai dan lalui BKE sampai Kulim Hi Tech mesti dapat rebet ini. Di BKE itu ada 2 tol iaitu Tol Plaza Kubang Semang (RM 1.60) dan Tol Plaza Lunas (RM 1.60). Jadi 1 hari lalu 4 tol pergi balik. Seminggu kerja 5 hari lalu 20 tol dan sebulan jadilah 80 kali. Maknanya dapatlah rebet ini.

Sapa yang lalu jambatan macam aku ini bayar tol 120 kali sebulan.

Adik aku yang dok KL apa nama tempat tu pun macam ini jugalah. Dia pi kerja lalu 2 tol. Satu tol 5 kupang, 1 tol lagi seringgit lebih. Dia kerja hari Sabtu alternate. Jadi sebulan dia bayar 88 kali tol.

Hak bawah ini aku cut & paste untuk hang.

Kawan hang

Note – bila nak mai makan-makan kat Hi Tech ini


Erti Syukur secara mudah ialah menghargai dan berterima kasih.

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". Surah Yaasin: 73.

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." Surah As-Sajadah: 9.

Erti Syukur secara mudah ialah menghargai dan berterima kasih.

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur !".

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim : 7)
:

No comments:

Post a Comment