Tuesday, July 21, 2009

Nasib baik aku ada 2 tangan dan 10 jari saja.







Nasib baik aku ada 2 tangan dan 10 jari saja.

Sapa-sapa yang pernah bekerja dengan aku semasa di Taiping, Kulim Hi-Tech dan Ipoh dulu memang perasan stail aku kerja dengan 2 atau 3 biji komputer sekali gus.

Memang itu tabiat aku!

Kalau aku terlibat dalam menyediakan proposal dan presentation teutamanya bila date line dah dekat-dekat nak due, aku memerlukan lebih dari 1 komputer. Aku juga biasanya menggunakan 2 printer. 1 printer mestinya Laser Jet dan 1 printer lagi untuk colour.

Kebiasaan ini sudah menular ke rumah aku sendiri. Di pejabat aku ada printer 4-in-1 yang lengkap dengan scanner, photostat dan fax. Begitu juga di rumah di mana kedua-dua printer ini dibeli aku sendiri yang sememangnya kegunaannya banyak kepada peribadi!
Malah apabila kami sekeluarga out-station di hotel yang ada perkhidmatan wi-fi percuma, aku dengan laptop aku sendiri, isteri seorang aku itu dengan laptopnya sendiri dan anak jantan seorang aku itu dengan laptopnya sendiri juga!

Petang tadi selepas kursus jam 5 petang, aku ke kedai komputer di Changlung mencari Internet Switch.

Bilik aku di pejabat memang dapat wi-fi connection tapi kedudukannya di tingkat 3 selalunya mendapat mesej status connection limited or no connectivity.

Jadi aku beli Internet Switch ini yang mempunyai 8 pot untuk LAN cable.

Maknanya 2 laptop aku (1 laptop sendiri, 1 laptop pejabat) dan 1 dekstop aku (desktop sendiri dengan flat screen!) akan sentiasa ber-internet dengan status ”connected”.

Minggu depan aku nak pasang wi-fi connection di rumah aku pula. Taklah berebut dial-up line dengan anak jantan seorang aku itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment