Tuesday, September 01, 2009

…bersih tanpa kepala!


…bersih tanpa kepala!

Aku sudah tidak peduli! Aku sudah lupa Ramadan bulan yang mengajar dan menuntut kesabaran. Dalam hati aku ini bagaikan lahar gunung berapi yang mengelegak menunggu masa untuk memuntahkannya.

Dalam kemarahan membuak itu, otak aku masih sempat berfikir. Kudrat aku tidak setanding dengan sijahanam ini. Sementelah sijahanam ini bukan keseorangan. Biasanya ke mana saja dia pergi mesti ada yang mengiringinya.

Tiba-tiba aku teringatkan satu nombor henpon yang tercatat dalam jamban Jusco Ipoh itu waktu aku ehem, ehem siang tadi. Di sebalik puluhan catatan menawarkan servis pompuan tempatan dan juga luarnegeri (wow! antarabangsa!) terselit satu catatan kecil yang tertera; ”Mau kasi mampos orang? SMS this number. Number blah, blah, blah, leave your message. We will contact you” Mungkin lelucuan remaja tetapi apa salahnya aku mencuba.

Tet, tet, tet, tet …….

Henpon sebelah bantal aku berbunyi. La sapa lak hantar sms pagi-pagi buta ini.

Skrin hendpon aku kecik saja. Maklumlah henpon murah dan bekas milik orang rumah seorang aku itu! Tertera pada skrin itu 3 baris perkataan;

bersih tanpa kepala
RM 6.90 sahaja.
Tawaran sehingga


Ya! Hampir terlompat aku dari katil! Inilah mesej yang aku tunggu-tunggu dari siang tadi. Mamposlah kau kali ini sijahanam. Kepala kau hanya bernilai tak sampai RM 700.00! Aku bersedia bayar lebih RM 10.00 asalkan puas hati aku!

Tiba-tiba aku terperasan ada seorang pompuan di sebelah aku. Ya Alllah! Orang rumah seorang aku itu! Macamana pula dia ada di sebelah aku. Rasanya malam tadi aku keseorangan saja dalam bilik Hotel Fair Park Ipoh ini.

Aku melihat keliling bilik. Ya Allah! Bilik di hotel ini sebiji dengan bilik di rumah aku. Aku terus bangun dan duduk di kaki katil.

“Nak sahur sekarang ke bang? Saya baru dengar motor Jee balik kerja. Rasanya baru pukul 12 ni! Sapa lak hantar mesej malam-malam kat abang ni?”

Astafirrullahuazim! Aku belum menjadi pembunuh lagi! Aku belum lagi mengupah orang untuk membunuh! Aku belek semula skrin henpon aku itu. Aku tertekan butang ”scroll down” rupanya. Aku ”scroll up” semula mesej itu. Inilah mesej dari baris pertama yang sebenar pada skrin tersebut;

Promosi Tesco; Ayam
bersih tanpa kepala
RM 6.90 sahaja.


(Catatan; RM 6.90 bukannya RM 690.00)

Aku tengok waktu jam pada henpon itu. La baru pukul 12.45 pagi.

Celaka punya Tesco! Malam-malam buta ni pun nak buat promosi. Tak boleh tunggu siang ka?

Nasib baik aku menyumpah-seranah waktu malam. Kalau siang tentu berkurang pahala posa aku hari ini!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment