Monday, September 14, 2009

Langkah mula pendek!


Pasar Ramadhan Kamunting. Sumber

Langkah mula pendek!

Pasar Ramadhan berhampiran rumah aku di Kamunting ni rasanya boleh dibilang jari kekerapan aku mengunjunginya. Taiping tak tergerak hati. Parit Buntar dan Bagan Serai langsung tak sior! Mungkin esok menjenguk kejab di Changlung itu. Sebulan-bulan berpuasa tahun ini hanya esok sahaja aku balik ke Sintok. Itupun hanya semalam!

Jauh berbeza semasa aku masih bekerja di Kamunting, Kulim Hi-Tech atau Ipoh. Pantang jarum jam mencecah angka tiga, sudah mula gelisah macam kucing kematian ibunya.

Semasa di Jabatan Latihan aku bersama-sama En. Osman Bo (Bola boleh Botak pun boleh! Jangan suka kata orang!). Dengan van syarikat kami melilau Pasar Ramadhan Taiping dan Kamunting. Sebenarnya apabila selesai urusan kami di Taiping, dalam perjalanan balik itu sempatlah menyinggah.

Itu masa pejabat di luar bangunan kilang, masa pindah masuk bangunan kilang di Jabatan Safety, langkah lagi panjang. Tak mainlah Kamunting dan Taiping, kami pergi ke Parit Buntar, Bagan Serai dan Padang Rengas! Siapa kami itu? Geng keluar minum le!

Itu waktu kerja. Kalau hujung minggu lagi jalan jauh sama anak jantan seorang aku itu dan orang rumah seorang aku itu. Paling dekatpun Kuala Kangsar dan Batu Kurau. Biasanya kami ”menjelajah” hingga ke Ipoh, Lumut dan Prai.

Ada sekalipun kerana hanya terbaca cerita Murtabak Kampung Gajah, kami semata-mata ke sana, membelinya dan kembali ke Taiping!

Begitu juga semasa bekerja di Kulim Hi Tech dan Ipoh. Sepanjang-panjang jalan yang ada Pasar Ramadhan akan aku singgah sebelum sampai ke rumah.

Tahun ini semuanya berbeza. Kebetulan dari awal puasa hingga ke hari ini aku berpeluang berpuasa dengan anak dan isteri walaupun sudah beberapa kali bersahur di beberapa hotel.

Adakah aku sudah berubah? Atau aku sudah letih........

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blosgpot.com/

No comments:

Post a Comment