Saturday, November 28, 2009

Char Koay Teow & Mee Hockien di Gerai Sinar Bintang, Rope Walk



Char Koay Teow & Mee Hockien di Gerai Sinar Bintang, Rope Walk

Tengahari tadi, aku dan anak jantan aku seorang itu seperti biasa kalau ke Penang, mesti singgah jenguk Rope Walk atau Lorong Kulit di belakang stadium itu.

Seperti kunjungan-kunjungan sebelum ini, kami 2 beranak kemaruk beli buku-buku dan komik terpakai. Kali ini Apek jual buku bundle itu tak bawa banyak stok. Jadi kami beli hanya sekitar RM 50.00. Kalau tidak memang setiap kunjungan mesti habis RM 100 lebih! Seperti biasa Apek itu mesti merungut; "Gua jual buku sama lu mesti talak luntung punya!"

Ala Apek talak luntung talak apa! Langan lugi suda lo!

Lepas beli buku dan komik, kami 2 beranak cari model motor dan kereta. Kali ini hanya dapat 4 biji model motor klasik tapi diperbuat dari plastik. Jadilah.

Beli juga sedikit buah. Sedikitpun perit juga jari nak bimbit! Makcik Gemuk yang gelang melilit sampai siku tu tak ada pula hari ini. Pergi kenduri korban kot! Yang ada rasanya anak jantan dia yang jual buah-buah ini.

Macam biasa juga seperti semenjak pertengahan 90an semasa aku mengaji di USM, aku mesti singgah Gerai Sinar Bintang perkena Char Koay Teow dan Mee Hockien. Dulu bisnes anak-beranak ini cuma basikal roda 3 tiga tepi Road Walk ini. Dulu Ina, tukang goreng Char Koay Teow masih berusia belasan tahun. Dulu sepinggan baru RM 1.50. Sekarang sudah RM 3.00 sepinggan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/





Berhadapan Gerai Sinar Bintang ini, Gerai Roti Bakar Mami - siap pesanan suruh bawa duit kecik!

No comments:

Post a Comment