CHERITA Kedai Kopi lagi
Masuk pagi ini sudah 4 kali dalam masa 2 minggu ini aku singgah di Cherita Kedai Kopi di Bertam Perdana. Kebetulan selang 1 atau 2 hari aku akan melalui Bertam, sama ada kembali ke Sintok ataupun kerja-kerja luar di Sungai Petani dan Alor Setar. Seperti tahun-tahun sebelum ini, suku terakhir ini padat jadual aku.
Setiap kali bersarapan mesti bayarannya kurang dari RM 10.00. Awal minggu lepas dengan 3 geng Propel Utara, member nak bayar siap keluar RM 20.00 tapi hanya sekeping diambilnya dan masih berbaki. Sabtu lepas kami tiga beranakpun begitu, hanya RM 6.00 untuk set lengkap No. 1, No. 2 dan No. 3 serta tambahan 3 gelas air suam.
Pagi tadi aku bersarapan dengan Set 1, Roti Bakar Kahwin dengan Kopi-0 dan juga Set 2, Beehon Goreng dengan Teh-0 serta tambahan 1 gelas air suam. Bayarannya hanya RM 3.00. Kekenyangannya sudah pasti tak perlu makan tengahari.
Tidak pasti sampai bila tawaran menu set serapan sempena pembukaan kedai ini akan berakhir. Set sarapan 2 dan 3 hanya sehingga pukul 11.00 pagi sahaja. Set 1 sampai malam.
Lepas minum sambil baca surat khabar terhibur juga dengan dialog-dialog dari filem-filem klasik P.Ramlee.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment