Sunday, November 22, 2009

Terlepas lagi nak ronda-ronda “tengok Miri waktu malam”!


Berjumpa kawan lama setelah berpisah 25 tahun!

Cadangnya malam tadi aku nak ronda-ronda “tengok Miri waktu malam” dengan Bellboy Hotel kawan baru aku ini sambil perkena Mee Kolok yang betul-betul holiyau punya!

Aku tiba di hotel selepas kelas hari ini jam menunjukkan pukul 8.30pm. Terus aku on-kan laptop untuk memeriksa email. Terkejut aku menerima email seperti di bawah. Seperti tidak percaya Roslan Muhamad Yunus (Lan Ketue – perkataan ”ketua” disebut secara dialek Pulau Tiga, Parit – ”tiga” juga disebut ”tige”!)

Assalamualaikum.

Tahniah Lukman kerana menemukan kawan-kawan lama melalui blog. Syok juga dapat melihat wajah-wajah terkini kawan kita. Sampaikan salam kepada semua kawan-kawan yang masih dapat mengingati aku. 4 Disember ini genap 20 tahun aku merantau di Miri, Sarawak. Kalau ada kawan kawan yang ke Miri cari aku dapat jumpa.

Roslan Muhamad Yunus ( Lan Ketua )
ROSLAN MUHAMAD YUNUS ROSLAN
012 xxxxxxx


Dekat 10 minit juga aku termanggu antara percaya dengan tidak Lan Ketue menghubungi aku secara email dari Miri sebentar tadi dan kebetulan waktu dan masa ini aku turut berada di Miri!

Aku kemudiannya menelefon Lan Ketue dan akan datang berjumpe (la! Dah terikut dialek Parit pule!).

(Cerita lanjut ala-ala Jejak Kasih ini boleh dilihat
di sini.)

Melepaslah lagi aku nak ronda-ronda “tengok Miri waktu malam” dengan Bellboy Hotel kawan baru aku ini sambil perkena Mee Kolok yang betul-betul holiyau punya!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment