Thursday, December 31, 2009

Celek nampak Kuih Peria, Pejam rasa Kuih Pau



Celek nampak Kuih Peria, Pejam rasa Kuih Pau

Semalam semasa bersarapan di sebuah warung tepi jalan di Changlung sebelum ke Hat Yai, aku ternampak Kuih Peria di celah-celah puluhan kuih Melayu lain.

Dari segi rupa memang ianya Kuih Peria walaupun permukaan luarnya tidak berkilat.

Sperti diduga, Kuih Peria yang dimakan ini (mujurlah cuma diambil sebiji!) rasanya bukan Kuih Peria yang pernah aku makan. Luarnya seperti Kuih Peria tapi rasanya macam Pau Inti Nyior!

Tak tahu lak pulak kalau Kuih Peria belah sini memang macam ini buatannya (dan rasanya)!

Teringat aku Kuih Peria aruah Mak Mat Jari yang terkenal di Kamunting tahun 80an dahulu.

Kuih Perianya hijau berkilat. Tepung kulit luarnya liat. Boleh tertanggal gigi palsu kalau yang memakannya memakai gigi palsu. Inti Nyiornya berlemak. Pastinya bukan dari hampas perahan santan.

Apa yang menarik aruah menggunakan sejenis kain jaring (net!) untuk membentuk kulit Kuih Peria ini. Ulian tepungnya kehijauan dan wangi kerana daun pandan (bukan pencelup) itu dimuat ke dalam jaring ini dan dipulasnya untuk membentuk bujur buah peria yang berjalur.

Kebanyakan pembuat atau penjual Kuih Peria ini biasanya turut menjual Kuih Dangai.

Mana agaknya boleh dicari Kuih Peria dan Dangai yang masih asli lagi?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment