Down Memory Lane 2 – Nasi Kandar Hussain. Masjid Negeri Ipoh
Pagi tadi, dalam perjalanan ke KL, kami 3 beranak singgah di Medan Selera Datok Sagor bersebelahan Masjid Negeri Ipoh untuk bersarapan. Sudah tentu pilihan kami ialah Roti Bakar & Telur ½ Masak.
Di Medan Selera Datok Sagor ini kalau kami datang makan tengahari, kadang-kadang Nasi Kandar Hussain menjadi pilihan. Begitupun Nasi Kandar Hussain ini boleh dinikmati seawal jam 8 pagi.
Aku sendiri mula menikmati Nasi Kandar Hussain ini sebelum terdirinya Medan Selera Datok Sagor ini. Ketika itu di pertengahan 80an, terdapat beberapa gerai di bawah pokok di atas tapak Medan Selera Datok Sagor ini termasuklah Nasi Kandar Hussain. Setiap Jumaat ketika itu, aku menyertai rakan-rakan sekolah yang lain datang bersolat Jumaat di Masjid Negeri ini. Biasanya sebelum solat, kami menikmati Nasi Kandar Hussain ini.
Ketika tahun 2006 dan 2007 ketika aku bertugas sebagai Pengurus di kilang simen di Ipoh kerap kali juga aku ke sini terutama apabila terasa hendak makan Kari Kambing.
Boleh dikatakan di Ipoh, selain dari Nasi Ganja atau Nasi Ayam Merah Jalan Yang Kalsom, Nasi Kandar Hussain di Medan Selera Datok Sagor ini tidak kurang hebatnya.
Di sini juga tersedia Sambal Kelapa menyerupai Sambal Kelapa Nasi Ganja.
Antara kegemaran aku di sini ialah Sayur Tauge Kuning yang dimasak lunyai itu. Bagaimanapun orang rumah seorang aku itu lebih suka kalau sayur (apa jenis sayurpun) dimasak “half cooked”.
Selain dari itu di sini juga sentiasa ada Menu Telur Ikan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
hebat bro.ipoh makan mmg best
ReplyDelete