Friday, December 11, 2009

Pasar Malam Hujung Minggu Saberkas Miri

S1 – banyak gerai yang menjual ikan bakar terutama Ikan Tongkol, Ikan Bawal, Ikan Talapia serta beberapa ikan laut dan ikan sungai yang lain.

Pasar Malam Hujung Minggu Saberkas Miri

Seperti biasa di mana saya pergi, Pasar Malam, Pasar Hari, Pasar Minggu dan Pasar Tani adalah tempat yang akan menjadi tumpuan. Tidak ketinggalan Pasar Malam Hujung Minggu di Pusat Komersial Saberkas, Miri ini.

Sebentar tadi kami 3 beranak menjelajah dari hujung ke hujung Pasar Malam yang beroperasi hanya pada hari Jumaat dan Sabtu ini. Seawal 4 petang sudah kelihatan penjaja-penjaja membuka hasil jualan masing-masing.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogpot


S2 – makanan laut seperti bebola ikan, bebola sotong dimasak secara panggang.

S3 – juga terdapat banyak makanan laut yang dimasak secara Goreng Tepung termasuk Kepak Ayam yang diluruskan secara diselit ke bilah lidi.

S4 – bebola isi ikan dimasak secara sate iaitu dibakar dan bersalut madu.

S5 – lauk-pauk dan sayur siap dimasak dijual agar mahal! Semuanya RM 3 ke atas!

S6 – Nasi Lemak “transparent”! Boleh see-through tengok lauk!

S7 – Pulut Panggang – ada tidak berisi (kosong), ada isi daging dan ada isi sambal (bukan isi kelapa parut!)

S8 – bentuk Pulut Panggang mirip 4 segi dan lebih gemuk!

S9 – Murtabak Ayam dan Daging bersaiz 4 segi 3’ x 3’.

S10 – Keropok Lekor buatan tempatan – Miri

S11 – warnanya Putih, rasanya hampir sama.

S12 – Kuih Kuaci warna merah!

S13 – Tauhu Sumbat berkuah Kicap Rojak Berkacang.

S14 – Hati Buyah (Hati Lembu), makanan tradisional popular.

S15 – Kek Lapis, bukan sahaja berlapis-lapis malah berpetak-petak warnanya!

S16 – Hati Pari, ingatkan Hati Ikan Pari rupanya hanya nama sejenis Kek Lapis warna hitam!

S17 & S18 – Banyak geral menjual majalah lama, dijual tanpa kulit hadapan!



S19, S20 & S21 – Krafttangan tradisional yang dikomersialkan.





S22 – Tembikai bujur, saiz kecil tapi manis

S23 – Durian tempatan dengan buah penghujung, saiznya sebesar kepala lutut orang dewasa

S24 – Sagu tempatan dengan antara menunya dimasak dengan tempoyak.

S25 – Buah-buah tempatan

S26 & S27 – Antara ikon makanan Sarawak; Ikan Terubok Masin.



S 28 & S 29 – Sotong Basah dijual 3 dan 4 ekor untuk RM 10.00! Kalau makan Yong Tau Fu, janggutnya sahaja sudah RM 5.00.

No comments:

Post a Comment