Saturday, January 23, 2010

Berapa RM harga Kembung sekilo?


Berapa RM harga Kembung sekilo?

Bila kali terakhir anda ke pasar? Tak kiralah Pasar Ikan ke! Pasar Malam ke! ataupun Pasar Hari! Berapa RM harga Kembung sekilo? Kalau yang bersaiz kecil dipanggil Temenung Borek. Kalau goreng garing atau perangat memang kegemaran aku!

Baru-baru ada rakan sekerja hantar email kepada semua staf. Email komplen! Dia baru makan tengahari terkejut sebab membayar RM 4.50 untuk sepinggan Nasi, seekor Kembung, sejemput sayur dan sebotol Air Mineral 500ml.

Ada member lain balas email itu. Siap dengan perkiraan detailnya.

Nasi RM 1.00
Ikan RM 1.50
Sayur RM 1.00
Air Mineral RM 1.00
Jumlah RM 4.50

Betul le kata dia! Cuba pergi Market Changlung tu dan tengok (kalau tak beli!) berapa RM harga Kembung sekilo.

Rabu lepas aku pergi makan Mee Kari Gulam sebelah Market Changlung dan saja pergi jenguk dalam market. Sekilo Kembung rupanya RM 12.00.

Khamis malam Jumaat lepas aku pergi Pasar Malam Kamunting. Terkejut aku tengok di sini harganya RM 13.00 sekilo!

Pagi Jumaat semalam saja aku pergi Market Taiping. Market Taiping ini sebenarnya nostalgia kepada veteran-veteran Taiping sebab keujudannya bermula dari tahun 1884. Dah beratus tahun! Setiap kali Veteran Perang British yang mengenali aku datang ke Taiping mesti aku bawa mereka melawat ke sini.

Sekali lagi aku terkejut apabila melihat harga Kembung di Market Taiping adalah sekitar RM 7.00 - RM 9.00 sekilo sahaja. Kalau saiz kecil sekitar RM 5.00 - RM 6.00 sahaja sekilo.

Berapa RM harga Kembung sekilo di tempat anda?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/














No comments:

Post a Comment