Sunday, January 10, 2010

Harga Barang Dijamin Kekal!


Harga Barang Dijamin Kekal!

Syukor! Harga barang dijamin kekal. Pagi tadi seperti biasa, dalam perjalanan ke KL kami singgah makan di Tanjung Malim.

Rupa-rupanya harga barang (makanan dan minuman) di sini masih sama seperti sebelum harga gula dinaikkan 20 sen.

Harga Teh Cina masih masih 60 sen dan harga Air Suam dan Ais Kosong masih 20 sen. Malah harga Teh-O Kosong (tanpa gula) masih lagi RM 1.20. Begitu juga dengan harga Mineral Water masih sebotol RM 1.50 (saiz kecil)!



Bagaimanapun semasa mendaftar masuk di Hotel Kualiti, KL tadi, aku terkejut apabila melihat di borang pendaftaran tertera kadar harga bilik RM 195.00 untuk "kadar gomen". Sebelum ini (paling terakhir kami menginap minggu kedua bulan Disember lepas) kadarnya hanya RM 175.00 (kadar biasa RM 240.00).

"Biasa saya dapat goverment rate RM 175.00", tanya aku kepada gadis di kaunter.

"Ini rate baru Encik. Baru naik RM 20.00", katanya sambil jari lincah menaip pada papan kekunci komputer tanpa menoleh mukanya.

Ohhh..... itu sahaja yang keluar dari mulut aku. Gula naik 20 sen, rate hotel naik RM 20.00

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment