Saturday, January 02, 2010

Lost & Found Phobia


Lost & Found Phobia

Semalam flight MAS dari Penang mengambil masa hampir 10 minit berlegar di ruang KLIA sebelum mendapat kebenaran mendarat kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Flight MAS ke Miri begitu juga, semasa dalam perjalanan di udara seolah-olah berada di dalam kapal laut yang terumbang-ambing dilanda ombak besar. Sudah lama aku tidak merasai perjalanan agak menakutkan ini.

Setibanya di Airport Miri jam menghampiri 12 tengah malam. Semasa menantikan baggage tiba di atas belt conveyor itu, dada sudah senak. Bukan senak kekenyangan makan lewat di atas flight (makanan di-serve lewat sebab keadaan kapal terbang yang terumbang-ambing!) tetapi senak menunggukan kotak yang berisikan kertas-kertas soalan peperiksaan akhir semester ini untuk pelajar MOSH Miri ini yang tak kunjung tiba.

Aku sebenarnya phobia apabila menunggukan baggage yang lewat atau tak kunjung tiba. Pengalaman kehilangan sebuah beg berisi dokumen-dokumen perlumbaan Cub Prix Sabah pada tahun 2006 memang menge-phobiakan aku!

Mujurlah beg berisi dokumen itu sebenarnya tidak hilang tetapi tersalah kapal terbang menuju ke Johor Baharu! Terpinga-pingalah aku keseorangan menunggu beg dokumen yang tak kunjung tiba itu pada awal pagi di LCCT.

Bagaimanapun setinggi penghargaan aku kepada urusetia AirAsia ketika itu yang mengambil tindakan mengenalpasti dan mengesan beg tersebut sebaik sahaja aku melaporkannya di Kaunter Lost & Found LCCT. Seterusnya AirAsia menghantar terus beg dokumen tersebut melalui van mereka keesokan harinya dari KL (mungkin secara udara dari JB ke KL!) ke rumah aku di Taiping.

Mujurlah juga kotak berisikan kertas-kertas soalan peperiksaan akhir semester ini untuk pelajar MOSH Miri ini akhirnya tersembul keluar dari celah-celah tirai lut-sinar tingkap belt conveyor airport tersebut. Kalau hilang juga alamat kedatangan aku ke Miri kali ini hanyalah makan angin dan kenalan datang lagi!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment