Sunday, January 17, 2010

Sang Bangau, Pak Ngah Husin & Marketing Strategy




Sang Bangau, Pak Ngah Husin & Marketing Strategy

Kebetulan minggu ini tiada kelas dan aktiviti motorsportpun belum bermula. Tengah bermalas-malasan di hadapan tv sebentar tadi, terdengar sayu-sayu orang memberi salam di luar rumah.

"La! Sapa lak tu mai minta derma tu. Pergi tengok Hakim", keluh aku.

"Pak Ngah Husin, ayah!", rupanya jiran selang 4 rumah dan juga bau-bau bacang Tukoro. Agaknya nak panggil kenduri kut.

"Ni Pak Ngah nak jemput mai rumah. Pak Ngah buat Chendol", pelawa Pak Ngah Husin memerangkap pilot kepada budak-budak sekolah di taman aku tinggal ini.

"Chendol ayah chendol!", anak jantan seorang aku sudah terlompat-lompat kegirangan.

Menziarahlah aku 2 beranak ke rumah Pak Ngah Husin. Rupanya sudah ramai yang mengelilingi Mesin Ais Cap Bangau ini.

Bila dicicip ulas chendol, teringat aku Chendol Ansari. Tepat tekaan aku, ulas chendol ini Pak Ngah Husin beli dari pembuat chendol Taiping iaitu di Masjid India Taiping. Hampir kesemua peniaga-peniaga chendol di Taiping dan Kamunting membeli ulas chendol dari pembuat chendol Taiping di Masjid Taiping ini termasuklah peniaga chendol berbangsa Cina.

"Pak Ngah nak start jual chendol di sini ka?" saja aku buka mulut.

"Cadang-cadangnya macam itulah! Ni nak test dulu OK ke tak OK!"

Oh tak sangka Pak Ngah Husin ini rupa-rupanya mengetahui dan mengamalkan prinsip-prinsip marketing strategy dengan elemen-elemen; advertising dan promotion.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.con

Anak aku tanya - itu bangau ke itik ayah?

No comments:

Post a Comment