Monday, January 04, 2010

Warisan bapa


Warisan bapa

Inilah warisan bapa. Bukannya barangan dalam gambar di atas tapi amalannya yang dipraktikkan semenjak aku mula mengenal dunia.

Bezanya bapa mempraktikkan untuk kegunaan harian. Aku pula mempraktikkan untuk keperluan kerja. Akhirnya juga amalan ini aku praktikkan untuk kegunaan harian.

Adakah anak jantan seorang aku itu akan mewarisi amalan ini?

lukmanw@gmail.com
http://orankecilorangbesar.blogspot.com

Catatan susulan; kalau bapa sebagai mentor OSH aku, rupa-rupa Tok Wan aku (bapak kepada emak aku) adalah mentor Environment aku. Antara ingat dan lupa Tok Wan aku ini mengamalkan beberapa perdekatan 3R (reduce, reuse and recycle) iaitu;

1. Membawa pinggan sendiri ke majlis kenduri,
2. Menggunakan tali buatan sendiri (kulit batang pisang, dll),
3. Mengambil kulit pisang di Warung Pisang Goreng untuk makanan ternakan, dan sebagainya.

Insya-Allah posting mendatang akan dicatatkan kisah Tok Wan aku ini.

No comments:

Post a Comment