Al Fatehah - Mohamad Sabri, MPT
Sudah lama aku tidak ketemu Mohamad Sabri salah seorang kakitangan MPT yang agak terkenal dengan kebolehannya bermain muzik dan penghibur di majlis-majlis keraian ini. Rasanya paling akhir bertemu dengannya apabila terserempak di Hotel Sunway Seberang Jaya tahun lepas ketika itu dia dijemput menjayakan suatu majlis makan malam di hotel tersebut.
Seketika tadi orang rumah aku memberitahu beliau terdengar percakapan ketika beratur untuk membayar di kaunter pembayaran Tesco Taiping bahawa Mohamad Sabri atau Abang Sabri panggilan aku terhadapnya, telah meninggal dunia.
Lantas aku menghubungi berapa kenalan yang bekerja di MPT dan telah mendapat pengesahan bahawa beliau telah meninggal dunia pada 4 pagi 26 Januari 2010 lalu kerana menghidap Barah Hati. Jenazah beliau telah dikebumikan di Perkuburan Islam, Kampung Jambu.
Sebenarnya aku memang berhajat untuk menghubungi aruah dalam masa terdekat ini kerana ada syarikat motosikal yang ingin menggunakan khidmatnya sebagai penghibur untuk promosi dua hari sepanjang acara di musim Cub Prix tahun ini. Sudah lebih 10 tahun rasanya aku menjadi orang perantaraan dengan syarikat-syarikat yang berkaitan motosikal dan motorsport ini jika mereka hendak menggunakan khidmat aruah sebagai penghibur.
Al Fatehah untuk aruah.
lukmanw@gmail.com
htp://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Klik di sini untuk kisahnya.
Alfatihah untuk arwah. Cuma aku ingin bertanya, adakah Sabri ini adalah seorang bekas peserta dalam pertandingan bakat yang pernah dianjurkan oleh RTM tahun 80an dulu? Kalau melihat pada mukanya aku rasa memang mirip. Kalau benarlah ini orangnya, aku rasa kehilangan ini adalah amat besar sekali kerana memang aku kagum dengan persembahannya dalam tv pada suatu masa dahulu. Memang tidak pernah aku jumpa seorang insan yang berbakat dalam muzik dan boleh berlawak. Tetapi bakat arwah tidak diketengahkan oleh media di negara kita. Memang rugi...
ReplyDeleteAssalam The Rider In Black
ReplyDeleteKalau tak silap saya, arwah mendapat tenpat kedua dalam pertandingan bakat anjuran RTM tersebut.