Monday, February 01, 2010

Nasi Lemak Ayam Kampung Tomyam Ipoh




















Nasi Lemak Ayam Kampung Tomyam Ipoh

Ramai blogger yang aku kenal (Cikgooden, Explorer dan lain-lain lagi) telah singgah menjamah makanan di sini. Entah mengapa aku tidak begitu "tertarik" hendak ke sini. Kerap juga aku ke Jalan Yang Kalsum ini sama ada berjamu selera dengan Nasi Ganja @ Nasi Kandar Ayam Merah ataupun Mee Rebus Ramli.

Semalam dalam perjalanan pulang dari KL, aku singgah untuk makan tengahari lewat (5 pm!) di sini. Sengaja aku dan orang rumah aku seorang itu mengosong perut semata-mata untuk menikmati menu di sini.

Walaupun aku tertarik kepada lauk Sotong dan Limpa, aku memilih juga Nasi Lemak Ayam Kampung dan Nasi Goreng Ayam Kampung, Ais Lemon, Fresh Orange, Teh Tarik, Air Kosong serta berbungkus lagi 2 Nasi Lemak Ayam Kampung untuk dibawa pulang.

Lain orang mungkin lain cita rasanya. Kedua-dua menu yang dipilih agak biasa-biasa sahaja bagi kami. Ayam Kampung bergoreng itu dihidangkan sudah agak "sejuk"! Sepatutnya ianya dihidang dalam keadaan panas-panas baru diangkat kuali seperti yang dilakukan oleh kebanyakan warung Nasi Lemak Ayam Kampung di KL!

Menu Ayam Kampung Goreng di sini juga adalah yang terpopular. Biasanya hari-hari biasanya sebanyak 150 - 180 sekor digoreng. Manakala ianya mencecah lebih 200 ekor di hujung minggu!

Keadaan restoran ini amat selesa untuk menjamu selera. Layanan pekerjanya mesra. Bilik ainya bersih. Kertas tisunya (jenis besar dan tebal) begitu banyak dipasang pada dipenser-nya di sekeliling dinding.

Apa yang membanggakan apabila melihatkan pekerja-pekerja restoran ini sedang menjamu selera (mungkin makan malam?) semasa kedatangan kami dengan menu special dan berhidang. Rasanya Siakap 3 Rasa dengan pelbagai menu ala Thai lain. Sukar untuk melihat pekerja-pekerja restoran atau kedai makan menikmati makanan yang sama yang dijual. Biasanya pekerja-pekerja restoran hanya makan "nasi lauk taruk atas" sahaja, malah ada yang tauke beri makan kuah taruk atas saja pun ada!

Restoran ini juga terkenal dengan menu berasaskan Belut.

Kami akan datang lagi ke restoran ini. Tapi bukan untuk Nasi Lemak Ayam Kampungnya. Kemungkinan besar untuk mencuba menu ala Thai ataupun Nasi Lemak Sotong dan Limpa. Belut? Mungkin belum sampai seru lagi!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot/

4 comments:

  1. bestttt makan sini... saye org ipoh kalau balik kg. mesti makan sini ngan famili!

    ReplyDelete
  2. bestttt makan sini... saye org ipoh kalau balik kg. mesti makan sini ngan famili!

    ReplyDelete
  3. akhirnya, saya dah dapat try kedai ni.
    Terima kasih bagi info bang Lukman

    http://www.speedrider.org/2011/07/restoran-nasi-lemak-ayam-kampung.html

    ReplyDelete