Thursday, March 04, 2010

Butang baju melayu abang mana Pah…?


Butang baju melayu abang mana Pah…?

Betulkah abang nak berulang?", tanya orang rumah seorang aku itu.

“Kenapa ayah tak pakai ketayap puteh transformer ayah beli semalam?”, tanya anak jantan seorang aku itu.

"Ayah bukankah Geng Songkok Puteh?", tanyanya lagi.

Perbualan ini berlangsung jam 4 pagi hari Selasa lepas di rumah aku di Kamunting. Aku bangun diam-diam jam 3.30 pagi tapi isteri dan anak juga sama-sama terbangun.

Aku dijadualkan menjadi Hakim di Perarakan Sambutan Maulid Nabi di UUM yang berlangsung di waktu pagi dan petangnya pula ada satu mesyuarat perlu dihadiri. Selepas mesyuarat aku bercadang untuk kembali semula ke Kamunting. Bukannya jauh hanya 205 km! Bagi seseorang yang tak merokok seperti aku – sebatang rokok pun tak habis untuk perjalanan sejauh itu!

Entah mengapa di tahun ini aku mula selesa berulang-alik Kamunting ke Sintok. Keluar rumah awal pagi dan lewat petangnya sekitar Magrib sudah berada di rumah. Pengalaman berulang-alik kerja setiap hari Kamunting ke Kulim Hi Tech pada 2004-2006 dan setahunnya dari Kamunting ke Ipoh menyebabkan aku sudah menjadi betah untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Terdetik juga di hati untuk berulang-alik dengan “kuda besi” yang sudah tentu tidak kena toll dan mungkin lebih cepat.

Oh ya, berbalik kepada perarakan. Cuma 2 sepanduk yang tidak bercetak. Lainnya semua menggunakan kemudahan komputer. Menarik juga dengan pengelibatan pelajar antarabangsa dan pelajar tempatan yang bukan beragama Islam.

Perarakan bersambung dengan Forum Perdana 2 tokoh pendakwah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Fakta kurang menarik - satu kontigen tiada sepanduk dan satu kontigen lewat hanya menyertai di tengah jalan perarakan.

*Tajuk posting tidak ada kena-mengena dengan isi posting kali ini mahupun secara sengaja ataupun tidak disengajakan!
















































2 comments:

  1. alamak, mana hilangnya kontinjen telekom?

    ReplyDelete
  2. Mus

    1. Ingatkan tiada yg perasan :-)
    2. Dewan Penginapan Pelajar TM lewat tiba dan hanya menyertai perarakan di tengah jalan.
    3. Nasib baik datang juga kalau tidak akan dikategorikan "off-line".

    Lukmanw

    ReplyDelete